8🦋

163 7 0
                                    

Setelah sampai di rumah keluarga Aleesya,aku baru nak turun dari kereta yang tersangatlah mahal ini tetapi belum sempat aku turun sepenuhnya Alex mula buka mulut setelah lama kami mendiamkan diri.

"Ingat apa yang aku kata dalam Mall,kau jangan nak menggatal dengan lelaki lain,faham?"kata Alex dengan tegas dan pandang mata Aleesya dengan tajam.

"Apasal pulak? saya ni bukan macam perempuan yang awak kenal tu jenis gatal dengan lelaki lagi satu saya nak buat apa pun bukan hal awak pun kan?"kata Aleesya dengan geram sebab ada ke patut Alex anggap dia perempuan gatal?.

"Bukan hal kau?aku berhak untuk tahu semua pasal kau because you're my girlfriend dan kau milik aku"kata Alex lagi tegas dari tadi.

"Gf sementara je bukan suami saya yang berhak bagai untuk ambil tahu pasal saya"tak kalah juga Aleesya dengan senyuman sinis.

"Jadi kau nak aku jadi suami kau dulu baru boleh ambik tahu pasal kau?boleh je sekarang kalau kau nak"kata Alex dengan senyuman sinis melihat Aleesya.

"Awak nak jadi suami saya?memang saya akan tolak lah sebab saya tak suka awak pun"kata aku dengan selamba tanpa memikirkan perasaan Alex yang tengah terkedu mendengar semua yang keluar dari mulut Aleesya.

"Aku tak perlu kan jawapan kau untuk tolak aku sebab aku sendiri yang akan buat kau suka dekat aku"kata Alex dan dekatkan sedikit antara dia dan Aleesya.

"Eh awak jangan nak dekat-dekat ek,kang ada yang kena makan penumbuk dengan saya kejap lagi"kata aku dengan tegas dan cuba untuk keluar dari kereta ni. Tetapi sempat di halang oleh Alex dengan memegang pergelangan tangan Alessya.

"Eh lepaslah tangan saya ni"kata aku sambil meronta di lepaskan.

"Kau dengar sini ek,sekali aku nak dekat kau,aku akan dapatkan kau dengan sekali petik je dan masa tu aku takkan lepaskan kau dengan mudah, remember Aleesya"kata Alex dengan serious dan pandang mata Aleesya dengan dalam.

"Awak ingat saya takut dengan awak ke?sikit pun taklah. Awak nak dapatkan saya?hmph never"kata aku dengan berani.

"Kau cakap besar Aleesya but it's okay sebab apa yang aku mahu akan aku dapatkan satu hari nanti"kata Alex dan lepaskan tangan Aleesya. Aleesya pun keluar dari kereta dengan cepat dan terus masuk ke dalam rumah tanpa melihat sedikit pun ke arah Alex yang masih melihatnya.

"Ceh,akan aku dapatkan satu hari konon,ingat aku takut ke dengan dia?"kata aku tanpa sedar keluarga aku dari tadi memerhatikan aku.

"Oi kak,kau dah kenapa cakap sorang-sorang tu?dah tak betul ke?"tanya Amir memerhatikan aku yang terkejut dengan sergahan Amir itu.

"Em takdelah,yang tak betul tu kau bukan aku"kata aku dan duduk disebelah Pn.Amalina yang tengah melihatnya.

"Esya okey?"tanya Pu.Amalina dengan risau. Dia dapat rasakan anak perempuannya ini ada masalah yang disorokkan. Aku pandang mama yang disebelah aku dan bersandar di bahu mama.

"Haih,Esya okey mama cuma Esya letih sikit lepas keluar dengan kawan"kata aku dan Pn.Amalina belai kepala aku yang masih dibahunya itu.

"Kalau Esya ada masalah bagitahu saja mama,jangan sembunyikan nanti makin teruk jadinya okey? kata Pn.Amalina dengan senyuman yang boleh kurangkan segala keletihan dibadan aku ni.

"Okey mama"aku senyum dekat Pn.Amalina dan biarkan mama belai kepala aku yang masih dilitupi tudung.

"Macam mana tak penat mama kalau dia keluar dengan boyfriend dia?"kata Amir dengan senyuman nakal kepada aku.
Aku terkejut dan pandang Amir dengan pandangan yang cukup tajam.

"Hah!Esya dah ada boyfriend?bila? kenapa Esya tak pernah bagitahu mama?"tanya Pn.Amalina bertubi-tubi dekat aku.

"Err sebenarnya dia tu cuma kawan Esya je tak lebih pun"kata aku dengan sengihan.

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now