🔗

64 11 16
                                    

"Huft, tinggal 2 orang lagi," ujar Yoon seraya mengelap peluh yang menitis.

Sunoo hanya memerhatikan aksi Yoon dari jauh. Dia perasan Yoon terluka di beberapa anggota badan dia, tapi dia tak mampu nak halang.

Kemudian, dia menoleh ke arah Jaemin yang juga sedang menembak beberapa musuh mereka.

Kemudian matanya meliar ke arah lain, secara tak sengaja dia nampak ada orang yang memegang pistol dan dihalakan ke arah Yoon.

"A Yoon!! Elak!!"

Yoon yang terdengar suara Sunoo terus mengelak. Peluru yang ditembak oleh orang tadi juga tidak terkena di badan Yoon, malah ia terkena di lantai.

Sunoo menghela nafas lega. 'Fuh, nasib baik Yoon dengar cakap aku,'

•~•

"Terima kasih tau Sunoo sebab selamatkan aku tadi. Kalau tak mesti aku pun dah jadi roh macam kau," Yoon membuka coat hitam yang dipakainya.

"Takpe lah. Nasib baik jugak aku ternampak orang tadi. Oh ye mana first aid kit kau?"

"Ada kat dalam almari tu. Ambillah," dia menunjuk ke arah sebuah almari.

Saat Sunoo membuka pintu almari tersebut, punyalah terkejut sampai terduduk.

"Kau betul betul anak mafia sejati eh, banyak naw pistol dengan pisau kau. Ada panjang ada pendek ada tajam ada tumpul,"

"Nak buat macam mana, tu kerja aku setiap malam. Kalau siang aku sekolah macam budak normal," Yoon mengikat rambutnya.

Dia mengambil kotak ubat lalu membukanya. Kemudian, Sunoo mengambil kapas, ubat luka dan plaster.

"Weh! Kau nak buat apa ni?!" jerit Yoon apabila Sunoo menyelak rambutnya ke belakang telinga.

"Nak rawat kau lah! Bukan sikit luka tu!"

Sunoo meletakkan ubat di lukanya lalu menempelkan plaster. Dan selama Sunoo merawat Yoon, selama itulah Yoon senyap dan tak bersuara.

'Ni eh rasanya bila ada orang ambil peduli tentang aku. Biasanya aku letak ubat sendiri je, Jaemin tak pernah ambil tahu tentang aku,'

"Siap!" Sunoo menyimpan ubat di dalam kotak itu dan meletakkan di dalam almari. Belum sempat dia bangun, Yoon mengucup pipinya.

"Terima kasih~" Yoon kemudian lari ke luar bilik dan turun ke bawah dengan muka merah.

Sunoo kaku di situ. Dia memegang pipinya yang baru selesai dikucup. Masih terasa hangat, saat dia melihat di cermin, ada bekas gincu di pipinya.

'Okay, jujur aku tak pernah kena kiss sampai merah macam ni. Terang siak gincu dia,'

•~•

"Nah, kau suka mint choco kan?"

Sunoo terus merampas aiskrim yang berada di tangan Yoon. "Suka! Tapi sebelum tu terima kasih tau. Macam mana kau tau aku suka mint choco?"

"Biasalah, Jisoo selalu cerita kat aku tentang kau. Benda yang sama tiap hari. Lama lama aku jadi ingat,"

Tiba tiba wajah Sunoo bertukar murung. "Eh aku salah cakap ke?" Yoon panik.

"Kau..jangan sebut nama Jisoo lagi boleh?" semakin lama Yoon berasa agak takut kerana muka Sunoo menjadi semakin seram.

"B..boleh! Boleh! T..takde masalah,"

Sunoo berubah ceria kembali, dan ia membuatkan Yoon menghela nafas lega. "Fuh~"

👻🔗__________🤍_________🔗👻

DIE OR ALIVE || 김선우 [✓]Where stories live. Discover now