Baru sahaja selesai solat, pintu bilik Qasha diketuk perlahan dari luar. Sesaat kemudian kepala Marina menjengah kedalam dengan mulut yang tersengih-sengih.
"Qasha, ada nak buat apa apa tak lepas ni?" Soal Marina lembut.
"Tak ada pulak, ingatkan nak baring je. Kenapa?" Jawab Qasha yang sedang melipat telekung.
"Jom keluar nak tak? Akak nak beli barang" ajak Marina.
"Keluar? Pergi mana?" Wajah ceria Marina dilihat datar.
"Pergi mall. Akak nak beli barang rumah sewa. Jom ikut. Nanti akak belanja aiskrim Baskin Robbin" ajaknya lagi. Qasha hela nafas panjang. Tak sampai hati pulak nak hampakan wajah mengharap akaknya itu.
"Ha yelah. Kejap bagi Qasha siap-siap," ikutkan hati memang malas. Baik dia tidur sahaja sekarang ni. Tapi tak mengapalah. Nanti karang merajuk pula si Marina.
"Yeay!" Terus menghilang. Qasha hanya menggeleng perlahan.
"Nak beli apa lagi ni?" Soal Qasha yang sudah kepenatan mengikut akak kembarnya itu ke hulu ke hilir. Kalau boleh semua kedai dalam pasaraya ni dia nak lawat. Habis dua dua tangan penuh dengan beg beg shopping. Nasib Si Marina pun tolong bawa sekali. Kalau tak memang dah lama Qasha tinggalkan sahaja beg shopping ni dekat tepi.
"Kejaplah. Kita masuk Dyson tu je last, lepastu kita lepak starbuck okay" pujuk Marina semula.
"Ha yelah, cepat sikit. Qasha tunggu luar" dengan penuh kemalasan, Qasha terus melangkah kearah kerusi yang disediakan di hadapan kedai jenama Jepun itu. Beg beg shopping tadi sudah diletakkan di sisi. Tangan mula mengurut betis kakinya. Pedih. Sudah dua jam dia dan Marina menggelilingi pasaraya ni. Rasa menyesal pulak setuju nak teman dia shopping.
"Aduh, ni mesti bengkak nanti" ngomel Qasha sendiri sambil tangan laju memicit daging kakinya.
"Excuse me"
Qasha angkat kepala. Terkaku sebentar melihat lelaki yang menegurnya itu. Kacaknya. Haritu lelaki kacak langgar bahu dia. Harini seorang lagi lelaki kacak menegur dia. Memang pasaraya ni selalu dilawat oleh lelaki lelaki kacak ke?
"Yes?" Sahut Qasha laju.
"Sebelah seat tu kosong ke? Boleh duduk?" Tangannya menghala kearah kerusi di sebelah Qasha. Sekilas menoleh sebelum kepala diangguk beberapa kali.
"Duduklah, memang kosong" pelawa Qasha sopan.
Tak ambil masa yang lama, lelaki itu terus mengambil tempat di sebelah Qasha. Beg beg shopping tadi menjadi pemisah. Keadaan antara mereka menjadi agak janggal apabila masing-masing mengunci mulut. Masing-masing hanya diam melihat kedai yang berpusu-pusu manusia di dalamnya.
Sesekali Qasha melirik mata ke sebelah. Hendak tegur, tapi risau kekasih orang pula. Tak pasal pasal kena cop perampas nanti.
"Shopping ke?" Akhirnya kesunyian antara mereka dipecahkan apabila lelaki itu memulakan pertanyaan pertama. Dia melihat kearah beg beg yang dipegang oleh Qasha.
"Aah, kakak punya. Dia nak pindah. Tu yang shopping sikit" balas Qasha ringkas dan padat. Lelaki itu pula hanya mengangguk sahaja.
Tak lama kemudian lelaki itu menjawab satu panggilan telefon. Qasha pula terpaksa memasang telinga. Sememangnya mereka duduk agak hampir.
"France?" Guman Qasha apabila terdengar bahasa yang digunakan oleh lelaki itu.
Selang beberapa minit panggilan itu dimatikan semula.
"You orang luar ke?" Soal Qasha datar. Boleh lah nak buat buat borak. Bosan juga menunggu Marina habis berbelanja. Dah lupa jalan keluar agaknya dalam kedai tu.
YOU ARE READING
BOOK 9 | Berakhir Tanpa Ikatan [SUDAH DIJADIKAN E-BOOK]
RomanceSAD ROMANCE/ CONFLICT AUTHOR MAVESSA SHORT STORY Aqasha Nurin, seorang gadis dari keluarga yang biasa biasa. Hidupnya sering terselit dengan perkataan malang. Tidak kira dari segi hubungan keluarga, kawan, kewangan, percintaan, kesemuanya dianggap m...