So, as long as I live I love you, will have and hold you.
You look so beautiful and white.
And from now till my very last breath, this day I'll cherish, you look so beautiful in white.
Lagu bertajuk "Beautiful in White, oleh Westlife" bergema dalam dewan. Semua tetamu berdiri dan melihat ke arah pengantin perempuan yang baru masuk. Beberapa pengiring berjalan sambil menaburkan kelopak bunga ros.
"Cantik..." Bisik beberapa tetamu. Sesiapa yang hadir menyaksikan perkahwinan pagi itu akan terkagum dengan kecantikan Althea. Gaun pengantin yang membaluti tubuhnya juga sangat indah. Siapa sangka gaun pengantin yang tampak biasa itu akan menjadi gaun tercantik yang pernah mereka lihat.
Di hujung sana, sudah ada Morgan yang menunggu. Matanya tidak berkedip memandang bakal isteri yang diiringi oleh Adrian. Dia cukup terharu dan hatinya yang tadi gugup berubah menjadi bahagia.
Adrian dan Althea sampai di hadapan Father dan Morgan. Saatnya telah tiba untuk Adrian lepaskaan anak perempuannya, Althea.
"Jaga Althea dengan penuh kasih sayang, dan jangan pernah lukakan hatinya."
"Saya janji, uncle."
"Tia, papa serahkan kamu kepada Morgan. Jaga cinta kalian berdua dan harus saling melengkapi. Papa doakan kalian terus bahagia hingga ke anak cucu."
Althea mengesat air matanya yang jatuh saat Adrian melepaskan pelukannya.
Upacara pernikahan berlangsung sebaik sahaja kedua mempelai berdiri di hadapan Father dan disaksikan oleh semua tetamu yang hadir.
"Now I will announce you husband and wife. You may now kiss."
Morgan mengucup bibir Althea dengan lembut. Jantungnya berdegup kencang saat bibir mereka bersatu.
"I am so happy, Tia. I'm so happy to have you as my wife."
"Me too."
"Sayang..."
Althea yang masih sibuk menata wajahnya melirik ke arah Morgan yang memanggilnya.
"Sayang...atur kejap."
Morgan meminta isterinya mengatur tuxedo yang dikenakannya.
"Hm, sebelum ni pakai macam mana?"
"Pakai macam biasa lah. Sayang, tolong lah."
Althea senyum sinis. "Alah, buat lah sendiri. Saya nak siap kejap."
Morgan dengan pantas melingkari pinggang ramping Althea dan menariknya ke dalam dakapannya. Pandangan mereka bertaut dan Althea pusingkan kepalanya ke kanan. Malu menatap Morgan dalam keadaan itu.
"You already look so beautiful, sayang."
"Dah lah. Kita dah lambat ni, Morgan. Nanti apa pula kata mama."
Morgan cemberut. Dia membenamkan dagunya atas bahu Althea. Sejujurnya dia tidak mahu pergi mana-mana malam itu. Dia ingin habiskan masa dengan isterinya.
"Awak dah janji kan?"
"Ya, ya. Nak mesra dengan isteri pun tak boleh," rajuk Morgan lalu membetulkan tuxedonya.
Althea senyum manis lalu membantu Morgan. Dia tidak tahu kalau sifat manja Morgan itu akan membuatnya gembira.
"Awak nampak kacak malam ni," puji Althea.
"Untuk awak juga," kata Morgan lalu mencuit hujung batang hidung Althea.
"Tia, nak kiss."
"Apa awak ni? Dahlah, saya nak siap ni."
YOU ARE READING
[HER S3] KISAH BUKAN CINDERELLA | Completed √
RomanceAlthea Arianna De' Adrian, gadis kacukan yang hidupnya selalu ditimpa masalah. Kehadirannya tidak diterima oleh keluarganya sendiri kerana mereka percaya kehadiran Althea membawa malapetaka pada keluarganya. Merasa sendirian, Althea sering ditindas...