PROLOG

26.1K 2.1K 194
                                    

JIYAD KHALEEL
SALWA ZAKIYAH
🤍

.
"Berhakkah aku untuk sebuah cinta?"
.
"Layakkah aku untuk dicinta?"
.
.

"Aku terima nikahnya Salwa Zakiyah binti Abu Bakar dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus ringgit tunai." Menitis air mata saat perkataan sah masuk ke gegendang telinganya. Tangan terketar-ketar mengangkat doa dibacakan Kadi. Suasana tak begitu suram tak juga meriah. Tidak ramai yang hadir, dengan alasan pengantin lelaki masih belum sedia memaklumkan pada keluarganya dan Salwa menyokong tidak bersedia mahu mengenali keluarga besar lelaki itu.

Sempat mata membalas tatapan si pengantin lelaki yang menoleh kebelakang memberi senyum manis buatnya.

Dia membalasnya kelat.

Jiyad Khaleel, suaminya sekarang. Seorang yang sanggup mengetepikan restu keluarga sendiri semata-mata mahu menghalalkan perempuan yang dia cinta.

Di pihaK Jiyad pula, tak mampu digambar seberapa besar pengorbanannya untuk menghalalkan Salwa Zakiya, satu-satunya perempuan yang berjaya lenturkan hati lelakinya. Cintanya pada Salwa, cinta mati. Tak peduli usia percintaan mereka hanya satu tahun. Tak peduli juga usia mereka yang masih mentah untuk mendirikan rumah tangga.

Dia jadi seorang lelaki pengecut setiap kali ada lelaki yang cuba mendekati kekasihnya. Satu-satunya jalan menunjukkan keberaniannya sebagai lelaki, dia halalkan Salwa dengan menikahi perempuan itu tepat setelah mereka tamatkan pengajian.

Ya memang perkahwinan mereka dilakukan secara rahsia, cukuplah buat masa ini dia mahu memiliki Salwa dan perlahan-lahan mengenalkan gadis itu pada ahli keluarganya. Dia yakin mereka tidak akan menolak.

Apa yang dia mahu sekarang cuma Salwa! Dia mahu Salwa jadi miliknya seorang selamanya.

Itu sumpah Jiyad Khaleel.

__

Pegun mata Salwa memandang hiasan kelompak bunga dihiasi lilin kecil berbentuk hati di bilik mereka. Toleh sahaja kebelakang dia tarik senyum melihat Jiyad menghampiri seraya memeluk pinggangnya dari belakang.

"Sayang suka?" Soalan Jiyad dibalas anggukan oleh Salwa. Senyumnya melebar saat rahangnya hangat dikucup lelaki itu.

"Suka sangat. Terima kasih Jiyad." Salwa pusing tubuh berganti dia melingkar tangan di leher lelaki itu. Tak berkelip dia tatap sepasang mata lelaki itu. Walau dibalik cermin mata bulat dipakai Jiyad, dia akui. Pada dasarnya Jiyad sangat kacak.

Cuma untungnya dia, kekacakkan Jiyad tak dapat dinilai di mata kasar orang lain. Dengan mudah tanpa persaingan, Salwa miliki Jiyad.

Jujur agak sukar, dengan dingin Jiyad yang selalu menyakitkan hatinya. Di balik kaca mata bulat dipakai lelaki itu, hatinya sering panas dijeling tajam lelaki itu. Dan pernah dituduh mata duitan kerana jelas mengejar perhatian lelaki itu.

Dan siapa sangka, akhirnya Jiyad rebah dalam genggamannya.

Lelaki itu sah miliknya sekarang.

"You should call me abang." Jiyad jatuhkan ciuman hangat di kening Salwa.

"Abang.." Sesaat itu tubuh Salwa melayang didukung Jiyad tanpa amaran.

AFTER LOVEWhere stories live. Discover now