"Siapa tu?"'tanya Cindy dengan perlahan.
"Kau kenal ke Rith?"tanya Kiera pula.
Quincy di belakang Shiela jengahkan kepala dari balik bahu senior dia itu untuk lihat.
Shiela terus pandang ke Aerith setelah perasan kapten pasukan mereka itu hanya kaku berdiri disitu seperti baru melihat hantu.
"Selamat tengah hari cik muda.."tunduk Lee dengan riak wajah sugulnya.
Kejung Aerith dekat situ. The heck! Nafas tertahan-tahan hingga sesak dada dibuatnya.
Semua di situ pandang dengan kening terangkat tinggi setelah dengar 'cik muda' di ucapkan oleh lelaki asing hadapan mereka saat itu.
"Kenapa awak ada dekat sini?"tanya Aerith dengan perlahan.
Untuk seketika Lee diam memandang ke lantai. lelaki itu kelihatan tidak berani hendak memandang Aerith. Keningnya turut berkerut-kerut seakan susah hati.
Cepat-cepat Aerith jalan mendekati Lee. Selepas dia berdiri di hadapan lelaki lampai itu, tangan lee di capai lalu di goyangkan dengan perlahan. "Kenapa awak ada dekat sini Lee..."tanya dia sedikit tinggi. Jengkel bila lelaki itu tidak berkata apa-apa.
Barulah Lee angkat kepala. Memandang Aerith bersama renungan kesalnya.
Mata Aerith bergerak kanan dan kiri cuba membaca renungan itu. Dadanya di hentak dengan perasaan tidak sedap.
"Maafkan saya cik...saya dah cuba sebaik mungkin untuk cover cik muda...tapi tuan terlalu bijak untuk di tipukan"beritahu Lee dengan perlahan.
"Apa?"terundur Aerith selepas itu. Dia pandang penuh ketakutan yang amat sangat. Mulutnya ternganga luas.
Lee mengangguk.
"Tuan dah tahu cik tipu dia...tiga hari lepas sewaktu tuan hubungi pihak akademi untuk tahu perkembangan cik di sana...tapi panggilan yang diterima adalah orang atas akademi tu sendiri. Saya tak sempat nak halang mereka dah beritahu segalanya mengenai cik.."tambah Lee lagi.
Shiela terus dapatkan Aerith saat dia perasaan keadaan tegang di situ. "Asal ni Rith?"soalnya selepas berada di sisi kawannya itu. "Huh?Siapa dia ni?"
Tidak menghiraukan Shiela. Aerith cepat-cepat menggeleng kepala.
"Tak...tak Mungkin.."geleng Aerith tercungap-cungap hendak mencari nafas kerana begitu takut!"Awak tipu saya kan.."
"Maafkan saya cik muda...tuan sudahpun berada di sini...beliau sekarang bercakap dengan dekan.."maklum Lee. "Saya cuba cari cik muda supaya dapat elakkan tuan sendiri yang jumpa cik.."
Aerith berdiri kaku di situ sebelum kembali mendekati Lee. Kolar baju lelaki itu di cengkam kuat. "Awak dah janji dengan saya Lee..."
Lee tunduk memandang Aerith dengan kening berkerut susah hatinya. Dia sendiri rasa serba salah.
"Ada apa sebenarnya ni Rith?"tanya Shiela lagi berasa bengang. Dia cuba pegang tangan Aerith tapi kawannya itu begitu panik sampai dah tak boleh nak pandang atau fokus akan dia selain lelaki asing dihadapan mereka saat itu.
Pada masa yang sama waktu itu Harvey dan Hudson yang berada di rink Nampak akan kejadian tersebut. Mereka terus berhenti di situ dari meluncur untuk lihat dengan lebih jelas.
"Awak dah janji dengan saya Lee untuk jaga rahsia ni elok-elok...."nangis Aerith yang sudah lemah lutut kerana begitu ketakutan.
"Saya cuba cik..saya betul-betul cuba"
"Di mana daddy saya sekarang?"soal Aerith bersama genangan air mata di tubir kelopaknya.
"Pejabat dekan..."
Sebelum Aerith sempat hendak pergi, Shiela telahpun memegang kedua-dua belah bahu kawannya itu.
"Aerith...ada apa ni?"tanya Shiela. Hampir mahu meledak marah padanya.
"Aku kena pergi Shiela.."beritahu Aerith tercungap-cungap.
"Ke mana?Apa yang dah berlaku?Siapa lelaki ni?Kenapa kau panik macam ni?"kening Shiela berkerut susah hati.
Sambil menggeleng kepala menahan diri dari menangis, Aerith pandang Shiela. "Ayah aku dah ada dekat sini..."katanya. "Kalau aku tak balik..kau kapten pasukan ni. Okay?"
"Hah?Apa kau cakapkan ni?"
"Dengar je apa aku cakap..kau stay dengan dia orang..kalau aku tak balik..beritahu dekat coach...kau kapten pasukan ni.."pesan Aerith lagi sebelum turunkan tangan Shiela dari lengannya secara paksa.
Masih tidak faham apa yang terjadi Shiela hanya mampu perhatikan sahaja Aerith pergi dari situ sambil diekori dengan lelaki asing tadi. Dia pandang ke rakan-rakannya yang mendiamkan diri sejak tadi.
"Kenapa dengan Aerith?"tanya Cindy dengan muka cuak dia.
Shiela menggeleng. "Aku tak tahu...dia asyik sebut daddy dia dah datang sini.."
Kiera, Quincy dan Cindy terkedu di situ.
Di dalam rink Harvey dan Hudson sudah gerak hendak keluar dari situ, tetapi di halang oleh tempikan coach mereka. Mahu tak mahu mereka terpaksa stay di situ dalam keadaan ingin tahu yang teruk!
YOU ARE READING
41. The Ice Hockey Princess
Teen FictionAerith Jane nak sangat buktikan pasukan hoki ais perempuan pun boleh setanding dengan pasukan hoki ais lelaki akademi mereka. Dua pasukan berbeza, kapten yang tak sekepala, pendapat seorang ke barat seorang lagi ke utara Macam mana agaknya perjalana...