Masuk tahun ini, sudah hampir satu dekad aku berkhidmat dengan Ryan. Aku memegang erat notis berhenti kerja dua bulan. Sebelum maklumkan pada HR, adalah lebih baik kalau aku sendiri bercakap dengan boss terlebih dahulu.
Sudah sepuluh dekad mengharungi susah dan senang bersama, dan kini aku mahu pergi pula. Memang terasa sedikit di hati.
Dari kami mulakan start up, menemui kegagalan, dan kini kami berganding bahu sebagai boss dan setiausaha. Tak ada yang lebih mengenali Ryan Chia berbanding aku. Kecualilah Stella, teman wanitanya. Ops! Bekas teman wanita.
Sedar tak sedar, dah lama aku berkhidmat dengan Ryan.Aku mengetuk pintu. Sebaik sahaja aku membuka pintu, Ryan akan tersenyum ke arah aku. Seperti biasa, dia akan sibuk dengan kerja-kerja komputer, kemudian menyuruh aku duduk.
"Apahal weh?" Soalnya. Lagaknya seperti sembang dengan member. Aku kemudian duduk, menghulurkan sampul surat putih kepadanya. Tangan yang menekan-nekan papan kekunci terhenti. Dengan wajah terkejut, dia menjeling ke arah aku.
"Apa ni?" Soalnya mengambil surat berhenti kerja aku. Wajahnya tadi dengan senyuman berubah tegas.Ryan mengeluh. Dia membuka sampul itu dan kemudian membaca isi kandungannya.
Diam. Kami berdua tidak bercakap, suasana jadi dingin seketika.
"Yell," panggilnya. Dia memandang ke arah aku. Aku kemudian tersengih.
"You nak I naikkan gaji you ke?" Soalnya. Aku tersengih sebelum ketawa dan menggeleng. Wajah cacing kepanasan Ryan sedikit kelakar pada mata aku."Bukan sebab gaji," jujur komen aku. Dengan gaji lima angka, aku yakin di mana-mana syarikat memang sukar untuk dapatkannya. Aku memandang ke arah Ryan, memberi jaminan bahawa gaji yang diberikan lebih daripada mencukupi.
"Habis tu?" Soalnya perlahan. Masih berniat mahu memujuk aku."I cuma nak pergi tengok dunia. Dah lama sangat kerja, rasa nak pergi melancong tenangkan fikiran," ujarku.
"I suruh hr approve cuti you kalau macam tu...tak sayang ke nak berhenti kerja," nasihatnya. Aku menggeleng.Ryan kali ini berjalan ke hadapan aku. Dia melutut memandang aku.
"Yell....Kalau you tak ada...I...office ni," Ryan memujuk aku. Melihat Ryan kecewa, aku sedikit tergugat dengan keputusan aku.Aku menggaru kepala.
"Pres. You can do everything without me," balasku. Ryan mencapai tangan aku kemudian dia meminta maaf. Dia masih lagi melutut. Walaupun Ryan bukan presiden syarikat, tetapi aku sudah terbiasa menanggil Ryan dengan gelaran Presiden. Semuanya gara-gara kami bekerjasama sewaktu berada di persatuan pelajar dulu.
"It's not the same like we worked together," katanya. Aku menggaru kepala. Ryan tiba-tiba bangun dan mengambil dompetnya keluar.
Dia mengeluarkan kad kredit berwarna hitam lantas dihulurkan pada aku. Aku mengerutkan dahi memandang ke arah Ryan. Boss aku yang juga merangkap member rapat aku. Aku tahu kad itu selalu dia akan beri kepada Stella, teman baik aku merangkap teman wanita Ryan, itu kes sebelum mereka putus. Sejak putus, jarang pulak aku nampak Ryan guna kad kredit balance unlimited itu."Take this card. Pergi bercuti, tenangkan fikiran ke apa ke? Then, balik kerja macam biasa," ujarnya. Aku mendengus, terasa kalah pula kalau begini.
"Pres..." panggilku. Dia menekup telinga, tak mahu dengar."Yell, Kalau I ada buat perangai yang you tak suka, you cakap je dengan I. Kita kenal dah lama kan! You know it very well, I can terima any teguran from you," dia meyakinkan aku. Persoalannya sekarang, Ryan cukup baik. Cukup baik sekali. Bahkan berbanding seorang boss, lagaknya macam member. Tapi dia memang asalnya member aku pun!
"Ryan," panggil aku sekali lagi. Dia memandang ke arahku. Aku tersenyum pahit, masih tidak mengambil kad yang dia telah letakkan di atas meja.
"Yell, benda yang lepas tu, kita lupakan lah," pujuknya. Aku tunduk.
"Sorry," katanya.
Riak wajah Ryan berubah.Aku mendengus.
"Bukan macam tu lah," gumamku. Ryan memejamkan mata menyuruh aku tidak lagi memberi alasan.Ryan memang kenal benar dengan aku. Dan aku juga kenal Ryan.
Kami sahabat. Rakan seperjuangan. Dan juga, "keluarga".
"Okai. I ambil cuti," ujarku. Kalah juga dengan boss yang satu ini. Ryan tersenyum, menang.
Character inspired:
Ryan Chia - Hwang In Yeop
Danny Chia - Ahn Bo Hyun
Author note:
Hi. Meet again.
Since Heartless My One and Only , My Flower Lily, kali ni author tampilkan satu lagi story merry (takdalah merry sangat) dalam bentuk penulisan yang lebih santai.
Untuk My TraitorBestie, author cuma nak cakap genre dia lebih ke arah bitter-sweet macam tu. Jangan risau, I kan adil orangnya hahahah.
Kalau dalam My Flower Lily second male lead game strong, kali ni, i nak letak our female lead as "second lead", so nantikan lah macam mana. And for Heartless My One and Only, cant get enough of the toxicness🤪 tapi author suka toksik macam tu.
Last word, semoga My Traitor Bestie boleh buat emotions korang rasa macam dalam roller coaster ride.
Lupa nak habaq, prepare tisu sama nahh.😋
Love & Kisses
LXX
YOU ARE READING
My Traitor Bestie (BM)
RomanceAtas nama persahabatan, Yellena mengalah dengan perasaan. Cintanya terkubur begitu sahaja. Mana taknya, Yellena jatuh hati dengan kekasih hati rakan baik sendiri. Bagi Yellena...jika tak dapat berdiri di sisi, cukuplah dia berada di tepi sebagai pem...