HAPPY READING!
LANGKAH kaki Ben semakin laju seiring jantungnya yang berdegup kencang. Baru sebentar tadi Ben mendapat panggilan dari Khai mengenai keberadaan Hakim. Tracker mereka baru sahaja menemukan titik koordinat terbaru Hakim dan konconya.
Mungkin pakar IT milik Hakim tanpa sengaja melakukan kesalahan kecil sehingga mendedahkan lokasi mereka. Huh! Ben tidak akan melepaskan mereka lagi untuk kali ini. Semua dendam akan dituntaskannya bila berjumpa dengan Hakim nanti. Akan dibalas setiap apa yang dilakukan lelaki itu pada gadisnya.
"Bos! Dah jumpa."
"Siapkan semua keperluan. Kita pergi secepatnya."
"Siap bos!"
Jam sudah menunjukkan jam 5.00 pagi namun Nadia mungkin belum lagi membuka matanya. Sebaik sahaja segala kerjaanya selesai,dia akan segera menemui Nadia. Akan diberitahunya pada Nadia, dia telah membalas segala perbuatan Hakim. Itu sudah pasti. Dia akan pastikan segalanya akan segera berakhir hari ini.
***
Nadia menahan mualnya. Sejak beberapa hari yang lalu dia sering mual-mual dan tidak sedap badan. Otaknya menolak keras jika dia menampung benih-benih kehidupan dari lelaki yang tidak dikenalinya.
'Huekk...huekk...'
Nadia menutup mulutnya lalu berlari tergesa ke tandas.
'Huek...huekk...'
Nadia menitiskan air matanya. Apa kesalahan yang telah dia lakukan sehingga dia jadi begini?
"Cik Nadia? Awak dekat mana?" Satu suara lembut kedengaran dari luar bilik. "Cik Nadia..."
Nadia menghampus air matanya dan melangkah keluar dari tandas. Di luar sudah ada Cik Anis yang merupakan salah satu staff yang berkerja untuk merawat Nadia.
"Cik okay?" tanya Cik Anis lembut. Cik Anis tersenyum sayu melihat mata sembab Nadia, mungkin gadis itu baru sahaja menangis. Begitu banyak yang gadis itu telah lalui sehingga gadis itu kelihatan terlalu tertekan. Namun syukur sejak beberapa hari ini gadis itu kelihatan sedikit membaik. Dia tahu apa yang dilalui gadis itu, dia dan beberapa staff lain telah diberitahu mengenai perkara itu.
"O-okay Cik Anis. Saya- Huek...Huek.." Nadia berlari semula ke tandas disusuli Cik Anis. Cik Anis segera mengelus belakang tubuh Nadia. Jantung Nadia dan Cik Anis berdegup kencang memikirkan hal yang mungkin terjadi.
Dalam diam Cik Anis menghitung waktu-waktu ketika Nadia dikatakan menghilang. Jika tidak silap perkiraan ini mungkin sudah minggu keempat atau kelima sejak Nadia ditemui, kemungkinan besar Nadia memang sedang mengalami morning sickness.
Cik Anis segera membantu Nadia membersihkan wajahnya dan membantu Nadia meredakan mualnya. "Cik Nadia rehatkan diri dulu. Minum air ni."
Nadia sekedar menganggukkan kepalanya.
"Saya keluar dulu ya, Cik Nadia. Lepas ni saya datang lagi."
Nadia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil lalu memandang ke arah jendela yang terbuka memperlihatkan pemandangan yang begitu indah.
Jika benar apa yang difikirkannya terjadi, apa yang dia akan lakukan?
***
Encik Zulkiflie dan Puan Nazirina berjalan bersama menuju ke arah ruangan Nadia. Di tangan mereka ada bekal makanan yang dimasak khas oleh Puan Nazirina kepada Nadia.
"Encik Zulkiflie, Puan Nazirina."
"Kenapa doktor?" tanya Puan Nazirina. Mereka berdua segera menghampiri doktor itu.
"Boleh kita bincang sekejap? Ada benda yang perlu saya nak sampaikan."
Puan Nazirina dan Encik Zulkiflie segera bertatap muka lalu mengangguk perlahan. Mereka bertiga segera masuk ke dalam ruang kerja doktor itu.
"Silakan duduk, encik, Puan."
"Apa yang doktor nak cakap?"
"Macam ni, kami nak minta kebenaran tuan dan puan untuk melakukan pemeriksaan kehamilan kepada Cik Nadia. Sebab menurut Cik Anis, sejak kebelakangan ini Cik Nadia sering mual-mual. Jadi untuk kepastian, kami akan membuat pemeriksaan untuk mengesahkan hal tersebut. Macam mana? Kalau encik dan Puan setuju, kami akan lakukan pemeriksaan secepatnya," ujar doktor itu berterus terang.
Encik Zulkiflie menggenggam tangan isterinya. "Kami setuju. Tapi boleh kami yang beritahu Nadia pasal benda ni?"
"Boleh." Usai perbincangan singkat itu mereka sepasang suami isteri pun akhirnya berjalan semula ke ruangan Nadia. Puan Nazirina berusaha menunjukkan wajah yang ceria di depan putrinya.
"Assalamualaikum..." Sunyi. Tidak ada jawapan. Ketika mereka masuk kelihatan Nadia sedang tertidur dalam posisi duduk. "Tolong bantu adik dulu. Nanti sakit badan adik bila tidur macam tu."
Encik Zulkiflie segera mengangkat dan membaringkan anaknya ke atas katil dengan posisi yang lebih selesa. Kemudian dia duduk di samping katil anaknya lalu mengelus perlahan rambut Nadia. Anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh kini terlihat rapuh kerana manusia yang tidak bertanggungjawap.
"Anak daddy kuat..."bisik Encik Zulkiflie.
Mungkin terganggu dengan keadaan sekeliling, Nadia akhirnya membuka kelopak matanya. "Mommy, daddy."
***
'BANG! BANG! BANG!'
Beberapa tembakan rambang telah ditewaskan oleh pihak Ben sebaik sahaja mereka tiba di tempat perlindungan Hakim. Dengan kepintaran Hamzah dan beberapa anggota pentingnya mereka telah berjaya mengatur strategi yang cukup mantap untuk menangkap ahli kumpulan Hakim dan tentunya Hakim sendiri.
"Serangan!" jerit seorang lelaki yang mana merupakan ahli kumpulan Hakim. Dia berlari masuk ke dalam bangunan namun tidak sempat kerana sempat ditembak oleh Zack. Tidak lama setelah itu, puluhan lelaki bersenjata keluar untuk menentang Ben dan yang lainnya. Namun begitu kelibat Hakim masih belum kelihatan. Serangan mengejut itu pasti mengejutkan Hakim.
"BANTAI!!!" jerit Zack lalu melepaskan tembakan menggunakan sniper rifles berjenis Barrett M95. Jeritan manusia menggema di seluruh kawasan bersatu dengan bunyi senjata api yang tidak henti-hentinya. Siap di barisan hadapan beberapa orang penting termasuk Ben sendiri segera berlari masuk ke dalam bangunan.
***
"Cik Nadia...mengandung."
Satu bebanan terasa begitu berat menimpa tubuh Nadia. Dia menunduk melihat perutnya. Diusap sayang lalu melihat kedua orang tuanya. "Mommy...Daddy..."
"It's okay. Mommy dan daddy sentiasa akan ada dengan adik. Adik jangan risau. Kita jaga sama-sama. It's okay," pujuk Encik Zulkkiflie memeluk tubuh Nadia dengan erat. Berkali-kali lelaki itu mengucapkan kata-kata semangat. Melihat betapa terpukulnya Nadia membuat dia semakin merasa dia bukan ayah yang baik.
"Apa adik kena buat ni?"
"Adik jangan risau. Ada mommy dengan daddy," kata Puan Nazirina pula. Selesai sesi singkat itu, Nadia akhirnya dibawa ke ruangannya semula. Nadia kembali mengusap perutnya. Di dalam sana ada nyawa yang baru muncul, menumpang di tubuh Nadia. Ketulan daging suci yang suatu hari nanti akan memanggilnya dengan panggilan ibu.
Mampukah dia menghadapi ini semua di masa depan? Dia cuma seorang gadis berumur 17 tahun yang masih terlalu mudah untuk memikul tanggungjawap seberat ini. Bagaimana nasib bayi itu nanti bila mendapati kehadirannya adalah hasil dari perbuatan bejat seorang lelaki yang tidak bertanggungjawap? Bagaimana dia berdepan dengan masyarakat yang serba menghakimi nanti? Bagaimana dia ingin memberitahukan hal ini kepada Ben?
Nadia buntu. Nadia sungguh terjatuh di bahagian terburuk dalam hidupnya. Jika ada yang memikirkan Nadia sungguh lemah, maka itu sangat betul. Jika orang-orang mengatakan Nadia terlalu memperbesarkan masalahnya, iya betul. Di masa akan datang pasti akan ada yang mengatakan Nadia tidak memiliki mental yang kuat kerana selalu menangis dan sukar untuk menenangkan diri sendiri dengan tambahan mengatakan di luar sana ada orang yang mampu kembali bangkit dari kesakitan yang bahkan masalahnya lebih teruk dari Nadia. Dia pasti itu.
Namun manusia tetaplah manusia, mengatakan itu dan ini memang mudah namun bila diri sendiri yang menghadapi situasi begitu entah bagaimana dia menanganinya. Kekuatan mental setiap manusia adalah berbeza, ada yang mampu menghadapi dugaan yang begitu hebat, ada pula manusia yang memiliki mental yang begitu lemah seperti Nadia.
"Mommy...macam mana ni?" Nadia menarik baju Puan Nazirina. Gadis itu meracau-racau memikirkan itu dan ini.
"Kita rawat sama-sama ya? Adik jangan risau."
Nadia mengusap perutnya kembali namun sedetik kemudian dia memukul keras perutnya lalu terisak kembali.
"Astaghfirullah, tenang. Adik, Nadia... dengar daddy. Tenang. Jangan macam ni."
"Adik tak nak dia!" rintih Nadia. Pikirannya yang mula membaik kini terganggu kembali. Memikirkan siapa ayah kepada bayi yang berada di perutnya membuat Nadia kembali menggila. Memori demi memori kembali kembali dan terngiang-ngiang di fikiran Nadia. "AKU TAK NAK BUDAK NI!!"
"Adik tenang..."Puan Nazirina memeluk erat tubuh Nadia yang memberontak dengan tangan yang sentiasa memukul perutnya sendiri. "Adik, please. Bertenang. Ingat...Baby tu tak bersalah."
Nadia memeluk kedua orang tuanya. "Memang dia tak salah...Hiks...Tapi adik. Adik yang salah."
"No. Adik tak salah..."
"Mommy...Daddy maafkan adik."
"It's okay. It's okay."
Bersambung...
Nadia kembali menggila gaiss!
Cepat vote gais kalau nak unlock next chap!
Love you <3