Rayyan terbangun dari tidur apabila terasa ada orang yang menepuk lengannya perlahan.
"Abang..." Dalam keadaan mamai, Rayyan buka mata. Berkerut dahinya melihat Adriana yang duduk bersila di atas katil itu. Automatik dia pun turut terduduk sama.
"Kenapa ni?" tanya Rayyan. Perlahan nada suaranya. Wajah mamainya merenung Adriana yang terkelip-kelip pandang wajahnya sekarang ni.
Lah. Dah kenapa pulak ni?
"Nak makan." Nak terjatuh rahang Rayyan mendengar pernyataan yang baru sahaja isterinya keluarkan. Dia kerling jam di dinding biliknya itu. Baru pukul 3 pagi tapinya.
Rayyan garu kening yang tidak gatal seketika. Dia pandang wajah Adriana sekilas.
"Sayang nak makan apa?" Lembut dia bertanya. Dia tahu. Kalau sampai isterinya bangun sampai macam ni mesti dia mengidam.
Adriana pandang Rayyan takut-takut. Perlu ke tidak dia beritahu. Rasa serba salah, tapi... kalau tak cakap rugi pula, kan? Sebagai seorang hamba Allah yang baik lagi manis, kita kena cakap!
Oleh itu, Adriana memutuskan untuk berkata dengan Rayyan.
"Nak mi tomyam." Tercengang Rayyan dibuatnya. Mi tomyam? Pukul 3 pagi ni ada ke jual mi tomyam? Adoi, wahai isteriku. Kenapa permintaan yang susah ni juga kamu mahu aku tunaikan?
"Err..." Sekali lagi, Rayyan garu kening yang tidak gatal. Tak tahu macam mana nak cakap dengan isterinya. Tetapi, dia kena juga cakap. Kalau tak, pasti isterinya tertanya-tanya nanti.
"Sayang." Rayyan memegang bahu Adriana sekejap. Lembut anak matanya berlaga dengan anak mata Adriana sekarang ini. Malah, mata itu terkebil-kebil menatap wajah Rayyan sekarang ni.
Buat Rayyan rasa malu pula tiba-tiba.
Haih. Parah kalau macam ni.
"Kita makan yang lain dulu ya? Esok nanti abang masakkan untuk sayang, boleh? Kedai tutup sekarang ni," pujuk Rayyan lembut. Dapat dia lihat wajah teruja Adriana sudah semakin mengendur sedikit. Tetapi, dia tak mampu nak kata apa-apa buat masa ni.
Dengan lembut, Rayyan mengusap bahu itu. Mahu memujuk Adriana sebernanya. Tahulah yang Adriana dalam keadaan yang sedih sebelum ni. Terlalu sedih.
Lama juga isterinya mendiamkan diri sebelum akhirnya dia menghela nafas perlahan. Adriana perlahan-lahan ukir senyum nipis.
"Tak apalah." Rayyan dapat tangkap suara itu agak bergetar sedikit. Rayyan sekali lagi usap tubuh itu. Bibirnya menghadiahkan senyuman manis buat si isteri.
YOU ARE READING
MR KING : RAYYAN
Romance#1 Under The Ravenes Series •Never play with the king. Tak pernah terlintas di dalam minda Adriana untuk menjadi seorang babysitter sementara. Dalam kamus hidup pun tak pernah! Tetapi atas desakan rakannya di samping dirinya yang memerlukan kewanga...