Prolog 🍃

357 26 7
                                    

   Arya Amanda melangkah masuk kedalam tadikanya dengan gembira . Senyuman manis si kecil itu tidak lengkang dari bibir .

   Matanya meliar didalam kelas itu mencari seseorang . Ha tu pun dia dah jumpa . Arya laju melangkah kearah kembar itu .

   "Hi Zharfan. Hi Za'ym." Sapa Arya ceria . Zharfan dan Za'ym sajalah kawan yang dia ada . Mereka sudah berkawan sejak berumur 4 tahun dan sekarang mereka berumur 6 tahun .

   "Hii Arya." Za'ym membalas sapaan itu dengan pelat . Manakala Zharfan hanya mendiamkan diri .

   Arya mengambil tempat duduk disebelah Zharfan . Muka Zharfan dipandang lama . Zharfan yang terasa diperhati terus mengalihkan pandangan pada Arya . Mata kecil mereka bertembung.

   Arya menghadiahkan senyuman manis kepadanya membuatkan pipinya merah . Blushing.

   "Zhafran kenapa muka awak merah? Awak sakit ke?" Soal Arya kerisauan . Zharfan menggeleng kecil.

   "Nama saya Zharfan bukan Zhafran." Ucap Zharfan lancar . Za'ym ditepi sudah boring . Asyik dipinggirkan sahaja. Biarlah asalkan abangku bahagia. Za'ym meletakkan kepala diatas meja lalu tidur.

   "Owh hehe sorry tersalah ebut." Kata Arya sambil tergelak kecil . Comel.

   "Sebut bukan ebut."

   "Ye ye saya tahu awak andai ."

   "Pandai bukan andai." Usik Zharfan lagi . Saja mahu menyakitkan hati gadis kecil itu . Arya menjulingkan mata keatas lalu memandang kehadapan semula . Malas nak layan Zharfan itu .

   "Awak merajuk ke?" Soal Zharfan yang sudah tidak senang duduk . Macam mana nak pujuk dia baru berumur 6 tahun tidak tahu tentang hal pujuk memujuk ini.

   "Awakk sowwy la . Im sowwy." Ucap Zharfan bersama puppy eyesnya. Perkataan sorry dipelatkan supaya nampak lebih comel.

   "Awak nii comell laa." Arya tergelak kecil. Tanpa Arya sedar Zharfan menguntum senyuman manis untuknya tapi tidak sampai 1 saat senyuman itu mati . Cikgu dah sampai .

   "Alaa cikgu dah sampai." Kata Zharfan perlahan tapi didengari Arya.
Adiknya yang sedang tidur dipandang lalu dikejut perlahan .

   "Za'ym bangun cikgu dah sampai." Kejut Zharfan .

    "Cikgu dah ampai?" Za'ym mengangkat muka laju laju . Nasib cikgunya tidak perasan yang dia tidur tadi .

   "Awak petang nanti ita main kat taman tau ." Ucap Za'ym pada Arya . Arya mengangguk bersama senyuman manis dibibir . Si kecil itu suka sangat tersenyum senyum.

   "Awak ni asyik enyum enyum je . Suka abang saya ke?" Soal Za'ym berani . Arya hanya mendiamkan diri dan selamba berjalan kearah driver abinya lalu masuk ke dalam kereta.

   Kepala Za'ym diketuk .

   "Soalan apa yang kau tanya ni Za'ym ." Ucap si kecil itu. Za'ym hanya tersenyum sumbing .

Di taman

   Mereka duduk diatas meja yang berada ditaman itu . Sebenarnya taman yang mereka pergi ialah taman yang berada didalam halaman rumah Zharfan dan Za'ym .

   Mereka menyiapkan homework yang diberi cikgu tadi kerana dipaksa oleh Zharfan . Si bijak.

   "Awak saya penat la . Asyik uat homework je . Bila nak main." Za'ym mengangguk angguk bersetuju dengan apa yang keluar dari mulut kecil Arya itu.

   "Buat la sampai habis dulu lepastu baru la main."

   "Hm" ucap Arya perlahan . Matanya sudah berkaca . Perlahan lahan air matanya jatuh ke pipi . Ala dramatic betul.

   "Ayokk Ayong buat Arya nangis." Ucap Za'ym kuat . Zharfan memandang Arya yang sedang menundukkan kepala itu .

   Zharfan bangun dari duduk lalu berdiri disebelah Arya . Kepala Arya digosok perlahan .

   "Sowwy my lady. Jom la main." Kata Zharfan lembut membuatkan hati Arya berbunga bunga.

   Za'ym yang melihat scene itu memandang geli . Euwww tak payah la nak bersweet kat sini .

   "Kalau awak nak saya maafkan awak . Awak kena janji engan saya ulu." Kata Arya sambil memandang mata Coklat Zharfan.

   "Janji apa?" Soal Zharfan .

   " Bila ita dah besar nanti kita kahwin boleh?"

   "Boleh."

   "Promise?"

   "Promise." Jari kelingking mereka bertaut. Kedua duanya melakar senyuman manis dibibir.

   "Kalau awak dengan ayong kawin saya tinggal sorang . Nanti saya takut macam ane?" Sampuk Za'ym .

   "Ita kawin masa besar la bukan sekarang." Jawab Arya tenang . Zharfan ditepi mengangguk angguk kepala.

   "Along la bukan ayong." Zharfan membetulkan sebutan adiknya. Macam biasa Za'ym menunjukkan senyum sumbingnya.

_____________________________

   

   

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arya Amanda 1 ✓ Where stories live. Discover now