Terasa berat hati Ghazi mahu melepaskan genggaman pada tangan Ilana saat Lexus LX350 berhenti di bahu jalan tepat di hadapan balai berlepas. Sepatutnya dia menghantar Ilana terus ke rumah setelah sampai di Kuching tadi, namun Ilana telah mendapat panggilan telefon dari Puan Nora dan juga Emran, memberitahu yang Emran akan menunggunya di lapangan terbang untuk mengambilnya nanti.
"Saya ikut awak sampai ke kereta dia," ujar Ghazi sebaik sahaja Luke membukakan pintu untuk Ilana. Jemari Ilana di dalam genggaman dikucup lama sebelum dilepaskan dengan perlahan. Terasa robek hatinya terpaksa berbuat demikian.
"Tak payahlah, Sayang," balas Ilana lembut, menyambut huluran beg pakaian yang dikeluarkan oleh Luke dari bonet kereta itu. Wajah mencuka Ghazi yang sedang bersandar di sisi kereta direnung.
"No. You're my wife. I need to keep you safe," bantah Ghazi sebelum mengisyaratkan Ilana untuk mula berjalan masuk ke dalam bangunan lapangan terbang itu. Ghazi mengikutnya tidak jauh di belakang, memerhati setiap derap langkah Ilana yang mula pergi darinya itu. Setiap kali Ilana melangkah, terasa hati Ghazi ditoreh, terasa seperti dia sendiri yang menghantar Ilana kepada lelaki lain yang tidak berhak mendapatkan Ilana.
Dari jauh lagi mata Ghazi sudah dapat menangkap Lamborghini Urus berwarna kuning milik Emran menunggu di bahu jalan. Saat Ilana melangkah keluar dari bangunan lapangan terbang itu, Ghazi menunggu dan memerhati dari cermin luas dari dalam bangunan sahaja. Melihat Emran keluar dari kereta dengan satu senyuman lebar, menggamit Ilana, membukakan pintu penumpang hadapan untuk Ilana sebelum meletakkan beg pakaian Ilana ke dalam bonet. Api cemburu Ghazi membuak-buak, namun apakan daya dia di waktu itu. Kembali ke Malaysia ertinya dia perlu kembali hidup dalam kepura-puraan.
"I'm ready to go, Dex," ujar Ghazi kepada Dex yang berdiri tidak jauh darinya itu, ada getaran di dalam suaranya saat sorot matanya mengikut Lamborghini Urus yang menderu pergi dari ruang balai berlepas itu. Satu keluhan berat dilepaskan. Pedih. Hatinya terasa pedih. Segalanya keindahan dan kebahagiaan yang dirasai semenjak lima hari lepas di Singapura, seperti hilang begitu saja saat melihat Ilana berlalu pergi dengan Emran.
"Sir," panggil Dex perlahan, mengisyaratkan kepada Ghazi yang kereta sudahpun menunggunya di luar. Kacamata disangkut semula di batang hidung sebelum Ghazi mula melangkah ke Lexus LX350 berwarna hitam bertinted tebal di mana Luke sedang menunggu dengan pintu yang terbuka.
Ghazi melemparkan pandangannya ke luar cermin kereta di sepanjang jalan menuju semula ke Waterfront Hotel. Keluhan demi keluhan dilepaskan dari bibir.
"Luke, I want you to take this car and stay on Ilana when she goes to the office on Monday, orders are as per usual. If there are anything else, I will update you personally," arah Ghazi setelah beberapa ketika.
"Yes, Sir," jawab Luke yang duduk di kerusi penumpang hadapan. Nampak gayanya, tugasnya suatu ketika dahulu di Sydney sebagai pengawal peribadi dan pengiring Mrs Ilana Saramaia Razaleigh-Strauss akan diteruskan lagi.
Ghazi mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeans, jarinya menatal skrin beberapa kali sebelum diletakkan ke cuping telinga. Sempat dia mengerling Patek Philippe di pergelangan tangan, berharap yang dia tidak menganggu PAnya, Ariana, di hujung minggu sebegitu.
"Ariana, sorry to disturb you. This will be quick. Tolong carikan saya a few realtors yang ada list of houses for sale. Saya akan text awak the details of the kind of property I want. You can do it on Monday, but I want the realtors to get back to me latest by Wednesday. Ok, terima kasih," ucap Ghazi pantas sebelum memutuskan talian.
~~
Ilana menapak keluar dari pintu rumahnya, melangkah menuju ke BMW yang diletakkan di garaj. Sepanjang hujung minggu setelah pulang dari Singapura dia cuma berada di rumah sahaja, malas mahu ke mana-mana untuk merehatkan diri secukupnya sebelum kembali ke pejabat. Hari itu sudah Isnin semula, bererti dia harus ke pejabat, meneliti kerja yang telah ditinggalkan selama seminggu. Apa agaknya khabar Musaerna.
YOU ARE READING
CIKLET: Telah Ku Janji Selamanya
RomanceTanggungjawabnya kepada keluarga dijadikan asas kepada setiap keputusan yang dibuat Ilana Saramaia dalam hidupnya sejak dia berumur 8 tahun lagi. Semuanya dilakukan demi meneruskan legasi keluarga yang dibanggakan selama ini. Namun segalanya beruba...