bab 18

366 12 2
                                    

Kandungan Nisrina Aura sudah 9 bulan menunggu hari sahaja mahu bersalin sudah 2 bulan Hal tersebut berlaku sekarang ni rumah tangga mereka bahagia tiada gangguan lagi,Datin salmah pun sudah insaf dengan perbuatannya yang lalu dia juga sudah makin rapat dengan Nisrina Aura sampaikan Adam Isaac cemburu la HAHAHA dan harini merupakan majlis perkahwinan Adam idlan dan Farhani rupa-rupanya Adam idlan dan Farhani bercinta dalam diam terkejutla jugak semua orang...

"Sayang dah siap ke?"Tanya Adam Isaac sambil menjenguk kepalanya di pintu
Tersenyum dia tengok isterinya yang comel itu dengan perut besar eeee comell

"Kejap tengah betulkan tudung ni"kata Nisrina Aura sambil membetulkan awning tudung bawalnya itu di depan cermin

"Mari sini abang betulkan awning awak"kata Adam Isaac sambil membetulkan awning isterinya itu

(Betul ke eja awning tu saya taktahu la hehe)

"Dah siap,comelnya isteri abang ni eee rasa nak gigit je pipi bambam dia ni"kata Adam Isaac sambil mecubit pipi isterinya dan mencium pipi isterinya beberapa Kali

"Abang dah la kita kan nak pergi kenduri kahwin idlan dengan Hani"Kata Nisrina aura sambil menolak lembut muka suaminya itu

"Hehe,okay jom"kata Adam Isaac sambil menarik tangan isterinya keluar dari bilik..

°
°
°
°
°
"Tahniah idlan dan Hani,semoga rumah tangga kamu berdua harmoni dan bahagia..idlan hani betul-betul kalau mama tahu idlan buat hani sedih mama tarik telinga kamu"kata datin salmah sambil menunjukkan muka tegas..

"HAHAHA,baik mama idlan akan ingat pesanan mama dan jaga isteri idlan dengan baik..lagipun idlan dah angau dengan isteriku yang tercinta ni"kata Adam idlan sambil tersenyum nakal ke isterinya..Farhani menunduk malu apabila ternampak senyuman suaminya itu..

"Abang,aura nak makan kek tu abang tolong ambikkan boleh..haa dengan pudding caremal tu sekali ye jangan lupa ayam goreng tu sekali..babies nak makan"kata Nisrina Aura sambil membuat muka comel supaya suaminya itu mengambil makanan untuknya hehe

"Amboi-amboi baby ke sayang yang nak makan..kesian anak baba ye ibu fitnah awak"kata Adam Isaac sambil mengusap perut besar isterinya sekali sekala dia berasa tendangan..

"Mana ada la..memang betul pun babies yang nak makan"Kata Nisrina Aura sambil tersenyum Manis

"Yela-yela tunggu sini kejap abang pergi ambilkan makanan untuk aura"kata Adam Isaac sambil bergerak ke bahagian makanan..

"Nah,makan bagi habis tau tak baik membazir"kata Adam Isaac sambil meletakkan makanan di depan isterinya..

Sedang menjamu selera Nisrina Aura berasa perutnya sakit..

"Abang sakit"kata Nisrina Aura sambil memegang tangan Adam Isaac yang berada di perutnya itu..

"ABANG ERGHH S-SAKIT"kata Nisrina Aura sambil mengcengkam tangan suaminya

"Eh..aura nak bersalin dah ke"kata Adam Isaac dengan kelam kabutnya apabila ternampak kain isterinya basah dengan air ketuban

"YELA ABANG!"kata Nisrina Aura sambil menahan sakit boleh pulak suaminya itu dah nampak tanya lagi..

"eh eh Jom "kata Adam Isaac sambil dukung isterinya keluar dari dewan itu..

"Eh kenapa adam tu sampai pergi dukung aura tu"Kata Datin Salmah memandang pelik ke anak dan menantunya itu

"Aura nak bersalin la tu"kata Dato Aariz  dengan selamba sambil menyuap kek coklat ke mulutnya..

"Ohhh..HA! EH ABANG JOM LA KITA IKUT ADAM TU YANG ABANG BOLEH MAKAN LAGI KENAPA"kata Datin Salmah kelam kabut bangun dan menarik suaminya untuk ikut anak dan menantunya itu..

Bidadari Mr Adam Isaac(C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang