Seminggu kemudian....
Jeongwoo mengeluh. Langit malam dilihat sejak.
Aman.
Seperti kali terakhir dia menghabiskan langit malam dengan Areum. Bukan si gadis yang bersalah, tetapi dia.
Habis sahaja trip, Jeongwoo terus menjarakkan diri. Dia membuang contact Areum, bahkan memblock gadis itu di semua media sosial.
Katakan saja Jeongwoo lelaki pengecut.
Kerana itu hakikatnya.
Telefonnya berdeting, tandanya mesej daripada laman twitternya.
Jeongwoo geleng kecil. Tak perlulah Haruto datang. Lagipun kini, dia tiada di rumah sewa. Lelaki itu berada ditempat yang tak seharusnya dia ada.Dia di rumah Areum sekarang.
Siang tadi, dia membantu umi Areum membawa barangannya pulang ke rumah. Sekaligus, wanita itu mengajaknya makan malam bersama.
Syukurlah tiada Areum. Kata umi, gadis itu sedang mengerjakan solat Isyaknya di masjid bersama abi dan Haris.
Oh, Haris.
Jeongwoo mengeluh kecil.
Lelaki itu memang pilihan tepat untuk Areum.
" Jeongwoo? Masuklah dulu. " Sapaan umi membuatkan pemuda itu menapak masuk. Dia tersenyum hangat.
" Buat susah je, umi. "
" Tak ada apalah. Jeongwoo je pun. Eomma appa kamu mana? "
" Kerja. Macam biasa. "
" Duduklah dulu. Kejap lagi abi dengan Areum balik. "
Serta-merta, Jeongwoo bergetar.
Berjumpa Areum kembali? Selepas seminggu dia menghilangkan diri?
Sudah diulangi tadi, Jeongwoo lelaki pengecut.
" Assalammualaikum! "
" Tu dah balik! Abi, Areum, masuklah, kita ada tetamu! " Sapaan umi membuatkan Jeongwoo memejamkan matanya.
Gemuruh.
Sebelum matanya bertentangan dengan Areum yang bertelekung putih.
Sekali lagi, terselit dihatinya betapa indahnya ciptaan Tuhan. Areum Natasya sesempurna itu jika hijab menyelubungi auratnya.
Seakan permata berharga yang tidak boleh diusik.
" Natasya, apa pandang lelaki macam tu! " Teguran abi membuatkan Areum tersentak. Segera dia berlari ketingkat atas.
Ah, Park Jeongwoo.
" Jeongwoo? Bila kamu datang? "
" Tadi. Umi ajak. " Segera tangan abi disalam. Dengan senang gelaran haji itu menyambut.
YOU ARE READING
Midnight / yjh ✓
FanfictionJaehyuk hanya mahu membantu si gadis. Eh, terberi hati sekali. S2 : Jeongwoo and Junghwan's focus. © YOON JAEHYUK FANFICTION