ELIZA memandang bubur yang terhidang di hadapannya itu dengan pandangan kosong. Bukan makanan tak sedap ke apa tapi tekak terasa tak nak makan bubur!
"Semua dah balik ke?" tanya Eliza.
Sebaik sahaja dia membuka mata, ahli keluarganya mula datang menyerbu. Habis tubuhnya dipeluk dengan erat oleh keluarganya itu. Ada juga yang berdrama. Siapa lagi kalau bukan Farah. Mahu tak berdramanya kalau dia sendiri koma dekat dua bulan!
Betapa bersyukurnya dia kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang kepadanya untuk melihat dunia. Hati juga terasa tersentuh dengan ahli keluarganya serta Izaan, Farah, Razif dan Zafril yang tak putus-putus melawatnya, menunggu dengan hati yang penuh sabar agar dia membuka mata.
Waktu dia berada di dalam koma, telinga setiap hari menjadi saksi luahan hati setiap sorang yang datang menjenguk. Betapa pilunya hati mendengar luahan tersebut. Telinga hanya mampu mendengar tetapi tiada tindak balas yang dapat diberikan. Rasa dirinya seperti terangkap.
Selama ini, dia hanya tengok sahaja pesakitnya koma, tapi kini, dia sendiri yang mengalaminya.
"Dah. Ibu kau balik sekejap. Nanti ibu kau datang balik," jawab Izaan. Dia kemudian memandang bubur yang masing tak terusik itu.
"Sweety, tak nak makan ke?" tanya Izaan hairan.
Eliza yang mendengar panggilan tersebut mula menundukkan kepala. Dah lama rasanya dia tak dengar panggilan manis itu. Acap kali dia mendengar Izaan menggunakan panggilan tersebut sewaktu berbual dengannya ketika dia berada dalam koma. Betapa setianya Izaan ini, menunggu tanpa sebarang keluh kesah, mengharapkannya agar cepat bangun dari lena yang panjang ini. Hati turut terasa tersentuh dengan keikhlasan yang ditunjukkan.
"Bukan tak nak makan tapi tekak tak terasa nak telan bubur.." jawab Eliza. Sekali-sekala tangan mengacau bubur itu menggunakan sudu.
"Habistu, nak makan apa?"
"Nak nasi paprik." Entah malaun apa yang merasuk, muka simpati ditayangkan. Mana tahu boleh dapat sebungkus nasi paprik ke.
Izaan yang melihat terus tergelak. "Tak padan dengan sakit, dah request macam-macam eh? Makan lah bubur tu. Penat-penat aku bayar untuk kau duduk wad ni tahu! Jadi baik kau makan." Izaan sudah mula memberikan arahan.
Cepat-cepat Eliza memasukkan bubur itu ke dalam mulut. Orang dah tolong bayar duduk wad mahal ni, jadi bersyukur la sikit. Dah la wad VVIP dekat hospital ni mahal nak mampus!
Tiba-tiba, dia teringat pulak perkara yang jadi terhadapnya dua bulan yang lepas.
"Izaan."
"Hmm?" Izaan yang sedang menunduk memandang telefon pintarnya itu mula memanggung kepala.
"Kau tahu tak siapa yang langgar aku? Lepas aku kena langgar, aku nampak kereta tu blah macam tu je.."
Izaan diam untuk seketika sebelum dia mula menggali nafasnya dalam-dalam kemudian dihembus keluar. "Tengku Melissa."
"Hah?" tanyanya blur. Tak faham kenapa tiba-tiba muncul nama Tengku Melissa.
"Yang langgar kau tu tu Tengku Melissa sweety.."
Sejurus dengan itu, sudu di tangan terus terlepas daripada pegangannya. Terkejut dengan berita yang sampai di peluput telinganya itu. Tengku Melissa? Tapi kenapa? Tak pernah sekali pun dia kacau perempuan itu. Bukan tak pernah kacau, jumpa pun sekali saja! Jadi apa penyebabnya untuk gadis itu melakukan perkara tersebut yang hampir meragut nyawanya?
"Melissa? Tapi kenapa?"
"Sebab dia jealous dengan kau."
"Jealous?" Berkerut dahi Eliza jadinya.
YOU ARE READING
Hate or Love? | C
Romance↳ KARYA PERTAMA YANG PENUH DENGAN CACAT CELA ♡ start : 17 April 2022 ♡ end : 20 May 2022 WARNING ⚠️ ⚠️ ⚠️ ↳ this story is EXTREMELY CLICHE, CRINGE AND CHEESY, and totally there is a lot of GRAMMATICAL ERROR both in BM and ENGLISH, so pls bear that i...