Episod 23

14.6K 997 61
                                    

"Kau ni siapa, hah?!" Suara Mama memetir. Entah apa yang dia marahkan pun aku tak tahu tapi mulut aku waktu ni hanya terkunci menahan rasa sebak dalam diri. Mataku memandang mata hijau cantik milik Elvis.

Elvis beri pandangan sinis pada mama seolah-olah tengkingan mama langsung tidak memberi kesan padanya.

"Kalau sayang nak tahu ni lah jantan tak guna yang selalu keluar masuk hotel dengan Dina. I told you, right?" Ikram pula menyampuk menambahkan perisa api kepanasan mama. Ada nada tak puas hati dalam suaranya tu.

Tak guna jantan ni. Boleh pula dia fitnah aku. Bila masa pula aku keluar masuk hotel dengan Elvis?

"My beautiful Medina, are you alright?" Suara Elvis yang kedengaran lembut itu memecahkan tangkungan air mataku. Perlahan-lahan aku menggeleng.

"I- I'm not okey... Sa-saya tak nak duduk kat sini lagi... Sa-saya nak pergi dari sini. Hiks..." Aku gigit bibir bawahku. Menahan esakkan yang semakin menjadi-jadi.

Untuk apa lagi aku ada dekat sini kalau sekadar terus mengemis kasih pada seorang ibu yang tak sudi? Terus berebut perhatian dari orang yang sememangnya membenci. Sudahlah, aku dah penat.

Kalau mama nak pergi dari rumah ni, biarlah. Aku pun tak nak terus memaksa orang yang tak sayangkan aku. Aku tak boleh nak paksa orang untuk terus hidup dalam dunia aku. Sakit untuk melepaskan tapi lebih menyakitkan kalau harus menahan luka bila sedar yang orang yang kita sayang hanya ada bersama kita kerana terpaksa

Elvis tarik tangan aku, cuba membantu aku untuk bangun namun tangannya tu pantas ditepis.

"Kau jangan berani nak sentuh anak aku! Sebab kaulah dia berani melawan aku tahu tak?!" Tengking mama lagi. Dia memandang tajam pada Elvis.

"Mama ni dah kenapa? Elvis tak ada kena mengena dalam hal ni!" Marahku. Tak pasal-pasal Elvis pula yang dituduhnya.

Elvis hanya beriak tenang namun pandangan sinis tetap dilemparkan pada mamaku. Matanya memandang mama, Ikram dan Aida silih berganti.

"Dina tak payah nak bela dialah! Mama tahu yang jantan ni dekat dengan Dina sebab harta je kan?!" Tengking Mama. Aku sempat mengerling ke arah Ikram dan Aida yang menarik senyum senget.

Pasti ini semua kerja mereka yang menjadi tukang hasut! Huh!

Elvis tetap juga bantu aku untuk bangun walaupun mama jelas-jelas menjenggilkan mata padanya. Elvis tampaknya sedikitpun tidak peduli.

"Mama jangan nak samakan Elvis dengan Ikramlah! Jangan tuduh Dina bukan-bukan! Jangan nak samakan kami dengan mama dan jantan tak guna tu!" Tengkingku geram.

Kenapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri? Kenapa perlu samakan aku dengan dia? Kenapa perlu tuduh orang lain semata-mata nak tutup kesalahan sendiri?

"Kurang ajar!"

Baru saja tangan mama ingin hinggap di wajahku, tangan Elvis terlebih dulu memegang kejap tangan mama.

"Kau!"

Tangan mama ditepis kasar. Pandangan tajam dilemparkan pada wanita itu.

"Sekali lagi kau cuba sentuh perempuan aku, aku akan pastikan tangan kau patah." Tenang namun cukup tegas kata-kata yang dilemparkan oleh Elvis. Matanya sedikitpun tidak berkalih dari memandang mama.

Mama memegang pergelangan tangannya. Nampak yang mama ingin melawan namun mulutnya terkunci.

"Kau jangan nak berlagak!" Ikram menolak kasar bahu Elvis, mengundang tawa sinis lelaki itu.

Elvis tidak membalas. Hanya senyuman yang terukir dengan matanya memandang tajam. Seriau pula aku melihatnya.

"Come My beautiful Medina, I'll take you home." Elvis mendekatiku. Tanganku ditarik.

"Home?" Dahi aku berkerut. Rumah aku dekat sini saja. Rumah mana lagi yang aku ada? Tak akan rumah papa, kot?

Elvis tarik senyum.

"Rumah aku."

"Woi, kau jangan nak pandai-pandai bawa Medina keluar dari sini! Kau ni memang-argh!" Ikram tiba-tiba saja menjerit bila tangannya yang menarik tangan aku dicengkam ditarik kuat ke arah Elvis dan tumbukan dilayangkan ke wajah lelaki itu.

Ikram terus terduduk memegang pipinya. Tak sempat dia ingin bangun, kaki Elvis naik menyepak wajah Ikram hingga darah tersembur keluar dari hidung dan mulut lelaki itu.

Terjerit Aida dan Mama dibuatnya. Aku pula sudah hilang kata-kata. Terkejut dengan tindakan Elvis.

Wajah dingin tanpa senyuman itu mendekati Elvis yang terbaring. Mata hijau milik menyorot dingin.

"Arghhhh!" Suara kesakitan Ikram bergema. Dia cuba menarik tangannya yang dipijak oleh Elvis. Lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan apa-apa reaksi wajah.

"Kau dah gila ke?" Mama tolak tubuh Elvis namun lelaki itu sedikit pun tidak beranjak.

"Kau sentuh dia sekali lagi, aku akan pastikan tangan kau hilang." Ugut Elvis dengan matanya tajam menikam Ikram.

Elvis angkat kakinya dari terus memijak tangan Ikram. Dia mendekatiku lalu lenganku ditarik keluar dari situ.

Tak ada yang menghalang dan mulut aku pun terkunci untuk bersuara. Hanya mengikut langkahnya saja.

"Medina!"

Aku kaget bila mama muncul di depan pintu. Tak jadi untuk aku masuk ke dalam kereta milik Elvis.

"Masuk sekarang! Kau jangan nak menggatal dengan jantan tak sedar diri tu! Kau dengar sini jantan tak guna! Aku akan buat report polis dengan apa yang kau dah buat dekat suami aku!" Tengking Mama.

"Kau ni memang dasar anak tak guna tahu tak! Entah jantan dari mana kau kutip! Biadap! Kau masuk sekarang!" Mama terus memaki aku buatkan aku mati kata untuk membalas.

Mama menghalang bukan kerana dia risaukan aku dan aku tahu dia akan terus memilih Ikram dari aku walau apapun alasannya.

Dia menolak sekerasnya untuk percaya yang Ikram hampir merogol aku dan dia menerima semua apa yang Ikram katakan.

"Masuk Medina! Aku akan pastikan jantan tu menyesal! Biar dia meringkuk dalam penjara! Kau pun sama! Entah-entah dia yang mengandungkan kau lepastu kau tuduh Ikram nak rogol kau, kan?!"

Aku tergamam mendengar tuduhan mama. Automatik air mata bertakun. Ada rasa sakit hati yang terus menyerang saat ni. Mama dah keterlaluan!

"Pergi matilah! Aku tak nak jadi anak kau lagi! Kenapalah aku dapat mama macam kau, hah?! Kau memang tak guna tahu tak?! Pergi mampus lah kau dengan jantan tu!" Tengking ku. Air mata terus saja mengalir laju dan kata-kata ku jelas membuatkan mama tergamam.

Tanpa menunggu lama, aku terus masuk ke dalam kereta Elvis. Tidak memperdulikan mama yang memandangku.

Aku dengar pintu bahagian pemandu dibuka. Elvis tidak berkata apa-apa, hanya saja dia menghidupkan enjin kereta dan perlahan-lahan kereta mewah yang aku naiki ini meninggalkan kawasan rumahku yang penuh dengan kisah hitam hidup aku.

Argh! Lantaklah! Aku tak akan datang ke sini lagi! Tak guna! Semuanya dah tak ada gunanya! Semua boleh pergi mati!










Sorry for late update! Stay tuned! I'll try to update more!

Elvis King | PBAKL2024Where stories live. Discover now