002

47 6 6
                                    


Semasa mereka berjalan keluar dari pagar sekolah,tiba tiba Yumi kata "Jiho,watch and see",dia kemudian berlari meninggalkan Jiho.

"Bukan ke watch and see tu sama?" Jiho berkata perlahan cukup untuk dia seorang yang dengar.

"Yumi! Kau nak pergi mana?!" dia menjerit sambil melihat ke arah Yumi yang tidak jauh.

Yumi membalikkan badannya kemudian berkata "Tengok je lah!",dia kembali melihat ke arah depan dan sambung lari.

Secara tiba tiba,Yumi merangkul bahu Beomgyu dari belakang sambil berkata "Hello,my "boyfriend" " dengan kuat.

"Aku? Kau kata kat aku?" Beomgyu menanya dengan nada yang perlahan. Tetapi dia tidak mendapat respon dari Yumi,Yumi malah menarik tangan Beomgyu dan cepat cepat keluar dari sekolah. Yumi tidak mahu kalau tiba tiba Beomgyu tu malukan Yumi depan semua orang,tak ke malu.

"A-aku gurau je" Jiho hanya tercegat disitu. Dia sudah ditinggalkan oleh Yumi.

°°°°°

Dengan tangan yang masih mengenggam  pergelangan tangan Beomgyu,disini lah mereka,luar kawasan sekolah. Berdiri di hadapan 7Eleven yang memang berdekatan dengan kawasan sekolah.

Yumi perlahan-lahan lepaskan tangan Beomgyu.

"Kenapa kau panggil aku "Boyfriend" tadi? Sejak bila aku jadi boyfriend kau?" Beomgyu mula bersuara.

"Awak takkan tak ingat awak confess kat saya!"

"Entah bila masa entah aku confess. Dah la,perasan je" Beomgyu mula membuka langkah.

"Eh eh,tunggu lah" Yumi memegang tangan Beomgyu.

"Kau nak apa lagi?" Beomgyu tanya tanpa menoleh ke arah Yumi.

"Saya nak ais krim. Belanja,boleh?" Yumi kata sambil menunjuk ke arah kedai 7Eleven.

"Haih kau ni miskin sangat ke? Nah,ambik ni. Kau pergi beli sendiri" Beomgyu mencampakkan duitnya ke muka Yumi kemudian menepis tangan Yumi. Dia mula meninggalkan Yumi keseorangan disitu.

"Mintak belanja ais krim pon marah" Yumi membebel seorang diri. Dia melihat duit yang dicampak oleh Beomgyu sudah di tanah. Dia perlahan lahan mengutip duit tersebut.

Dia mengira duit itu.

"10,10,10,5,20,5. Campur semua berapa ek?" Yumi membuat kira kira mengguna tangannya.

"60?!?! Dia ingat aku ni nak beli ais krim emas ke sampai 60 Ringgit dia bagi?!" Yumi tidak menggunakan duit itu,dia menyimpan duit tersebut di dalam pocket jacketnya. Dia berjalan pulang.

°°°°°

Sampai sahaja di rumah,dia terus masuk ke biliknya dan menutup pintu dengan kuat. Kemudian dia menghempaskan badannya ke atas katil.

"Panas..." Yumi bangun dan mengambil controller aircond biliknya. Dia menekan butang "on" 

Kemudian dia menyimpan duit yang dicampak Beomgyu didalam envelope putih dari dalam lacinya.

Dia mandi dan menukar baju.

°°°°°

"Kau kenapa gyu? Melepek kat sofa macam orang sakit dari tadi. Baju pon belum tukar" abangnya,Yeonjun membebel.

"Takde apa lah" Beomgyu hanya merespon itu.

"Bangun la,pergi makan"

"Taknak"

"Oh btw Kai kata kau dah ada girlfriend,boleh aku tahu siapa perempuan itu?" Yeonjun tanya sambil menatap ke arah Beomgyu.

"Huh?" Beomgyu bangun dari baringnya "Sejak bila pulak aku ada girlfriend ni? Kau dapat info dari mana?" Beomgyu tanya dengan kerutan di dahinya.

"Mana lah aku tahu,tu pon Kai yang bagi tahu aku"

"Kai dapat info dari mana?" Beomgyu tanya dengan serius.

"Entah lah,tapi tadi dia kata dia ada nampak perempuan tiba tiba peluk kau dari belakang sambil kata-" belum selesai Yeonjun cakap,Beomgyu sudah terlebih dulu bangun dari duduknya dan menuju ke arah biliknya. Dia menutup pintu dengan kuat "BEOMGYU! NANTI ROBOH PINTU TU!" Yeonjun hanya mampu menjerit dari ruang tamu.


"Tak guna la perempuan tu,sekarang khabar angin ni dah tersebar" Beomgyu mencampakkan beg sekolahnya ke atas katil.

"Siap la kau,aku tau apa nak buat" Beomgyu mengepalkan tangannya.

°°°°°

*tok* *tok* *tok*

Pintu bilik Yumi diketuk dengan perlahan. Tanpa respon dari Yumi,adiknya,Yujun masuk.

"Hmmm? Nak apa?" Yumi memandang Yujun sekilas.

"Takde apa apa" Yujun duduk di atas katil Yumi.

"Kak,khabar angin tu dah tersebar luas"

"Khabar angin apa?"

"Alah,yang akak panggil Beomgyu dengan gelaran "boyfriend" tu"

Yumi bangun dari baringnya.

"Hah?"

"Ish,orang dah tau dah. Akak ni pon kalau nak tegur boyfriend akak tu tak payah lah kuat kuat. Kan orang dah kecoh,akak tau la kan Beomgyu tu dah la ramai peminat"

"Apa apa la,benda tu semua....tak betul" Yumi kembali baring.

"Kalau tak betul,yang akak panggil dia dengan gelaran boyfriend tu dah kenapa?"

"Entah,dah la. Kau keluar" Yumi menolak badan adiknya. Namun adiknya mengeraskan badan dan enggan keluar.

"Keluar lah,pergi sana" Yumi campak bantal ke arah Yujun.

Yujun bangun dan keluar dari bilik Yumi. Dia menutup pintu dengan kuat.

"YUJUN! KALAU PINTU AKAK NI ROBOH,YUJUN GANTI YA!" Yumi menjerit dari dalam biliknya,tidak berpuas hati.

"𝐁𝐨𝐲𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝" || ᴄ.ʙɢWhere stories live. Discover now