"Kemarahan ditunjukkan pada individu yang menolak cinta dan sebaliknya memilih untuk marah. Ia juga dikenali sebagai Wrath."
Ahh... nampaknya kisah kedua sudah dimulakan. Panahan cahaya matahari yang menyinari bumi membuatkan mataku berkelip beberapa kali sebelum dapat membiasakan diri dengan biasan cahaya itu.
Awan mendung yang berarak di dada langit sedikit sebanyak menenangkan jiwa yang sedang keresahan menanti kisah seterusnya. Terselit juga perasaan teruja tanpa sedar.
Apa yang sudah terjadi dengan sifat kemanusiaan yang semakin terhakis dalam diri aku?
Anehnya tempat kali ini kelihatan seperti rumah anak-anak yatim. Sekejap, kenapa tempat ini seakan pernah aku lihat.
pap!
Langit yang tadinya mendung terus berselindung di sebalik kegelapan apabila suara Daeril kedengaran semula. Suara yang semakin dingin.
"Kemarahan menjadi bahaya apabila bergabung dengan kebencian. Api yang kecil juga akan menjadi besar apabila disimbahi minyak dan begitulah juga dengan kemarahan umat manusia."
Malam yang dingin tanpa sinaran bintang-bintang yang berkelipan. Kelihatan seorang budak lelaki sedang berlari ke belakang hutan bersendirian. Namun mengapa budak lelaki itu menangis? Dan keadaan dia... pakaian berwarna pastel yang dipakainya seperti terpalit sisa makanan dan sampah.
Adakah dia dibuli oleh kanak-kanak lain yang tinggal di situ?
Tanpa membuang masa aku terus mengikuti budak lelaki tadi sehingga kami berada di tengah-tengah kawasan hutan. Terdapat sebuah perigi usang yang ditimbuni oleh papan kayu.
Suasana di sekitar lebih menyeramkan apabila terdengar tiupan angin yang berlanggar dengan objek-objek lain sehingga menghasilkan bunyi yang sukar untuk dijelaskan.
Setelah seminit keadaan menyepi, barulah aku perasan Daeril tiada di situ. Jejaka bertopeng seperti anonymous itu hilang tanpa meninggalkan sebarang tanda mahupun bunyi.
"Bantu aku. Hapuskan mereka. Kenapa hidup aku harus menderita seperti ini?" Ucap budak lelaki itu bersama tangisan kecil. Tapi... dengan siapa dia berbicara? Di setiap sudut kawasan ini hanyalah dikelilingi pokok-pokok yang cukup tinggi selain perigi usang tadi.
Angin dingin menghembus kuat secara tiba-tiba. Bunyi anjing menyalak juga tidak ketinggalan seperti dalam typical horror movie dimana hantu bakal muncul bila-bila masa sahaja.
"Seru nama aku sebanyak tiga kali dan aku akan bantu kau." Suara itu kedengaran. Tapi dari mana? Bukankah itu suara dari kisah pertama? Ivy... ya. Aku pasti dia gadis diawal kisah tadi.
"Ivy... Ivy... Ivy..."
Hilaian tawa kedengaran sungguh beralun.
"Jangan risau... derita kau akan tamat tengah malam nanti. Kau, aku dan kami akan hapuskan semuanya. Kau hanya perlu pejamkan mata dan semuanya akan berakhir..." Ah suara itu semakin menghasut. Siapa dia sebenarnya.
Dengan patuh, budak kecil itu memejamkan matanya. Senyuman lebar perlahan-lahan terukir di wajah. Ahh sialan. Senyuman itu sungguh menggerunkan.
"Hidup mereka bakal berakhir tidak lama lagi." Ayat itu diulang beberapa kali seperti pita rakaman yang telah rosak.
Suara dan tingkah budak lelaki itu juga sudah berubah seperti bukan dirinya yang ketakutan dan kesedihan sebentar tadi.
Budak lelaki tadi mengatur langkah keluar dari kawasan itu bersama siulan.
"Keifer yang sering dibuli oleh kanak-kanak lain akhirnya meminta bantuan daripada pelindungnya." Daeril menutur tenang ayatnya sambil menyelak helaian muka surat yang seterusnya.
YOU ARE READING
Fear
Mystery / ThrillerSaat dunianya semakin hancur, Cahaya misteri datang menyinari kegelapan. Jejaka bertopeng itu... Seperti bayangan hitam penuh dendam. Semakin jauh dia dibawa oleh jejaka misteri itu, Semakin banyak penyiksaan yang disaksikan. Pembunuhan demi pembunu...