BAB 10

6.3K 390 4
                                    

"Weih weih buat tiktok jom yang Dararari tu." Ajak Zehra dan dikeluarkan telefonnya. Sekolah mereka dibenarkan untuk membawa telefon.

"Jom jom. Sya jom alah bukan joget pun." Ajak Lysa. Bukan selalu nak buat tiktok. Dah alang alang bosan tak tahu nak buat apa.

Sya bangun dari duduknya dan melangkah mendekati Zehra dan Lysa yang sudah berdiri dihadapan tingkap.

Hamsyar melangkah masuk ke dalam kelas Sya. Tangan kirinya diletakkan di atas meja dengan tangan kanan di dalam kocek seluar.

Keningnya ternaik apabila musik darari kedengaran di telinga nya. Matanya mencerlung tajam ke arah gadis tu.

Sya menoleh ke arah kanan dan terkejut apabila mata tu memandang nya panas dingin. Telan air liur dibuatnya bila terpandang tangan kiri jejaka tu terkepal erat.

"Aku tengok korang jelah." Sya kembali duduk di kerusinya.

"Lah Sya, bukannya joget pun." Sya mengeleng pantas dengan mata dibuat isyarat ke arah pintu. Mereka dua yang faham buat buat tidak nampak.

"Goodgirl sayang." Hamsyar mengusap kepala Sya perlahan. Gadis tu tersenyum nipis. Mati dia kalau dia ikut serta Lysa dan Zehra tadi.

"Macam ni baru calon isteri." Memerah wajah Sya dan menunduk kepalanya agar wajahnya tidak nampak oleh jejaka ni.

"Blushing love?"

Terasa seperti hendak pengsan sekarang. Sumpah wajahnya sudah bertukar warna merah.

"Don't hide your beautiful face. Let me see it." Hamsyar pandai buat dia malu!. Digeleng kepalanya tanda tidak mahu.

Hamsyar berjalan ke tepi Sya dan bercangkung.

"Sayangg" Semakin suka Hamsyar mengusik Sya yang semestinya sudah malu.

"Dah tak sudi tengok muka aku dah? Lebih suka tengok jari dah hm? Sini aku gigit jari dia." Terkejut Sya bila Hamsyar mengambil tangan nya.

"Hey jangannn Hamsyarrr." Hampir saja lagi jarinya digigit oleh jejaka ni.

"Tengok lagi jari tu lama lama. Aku yang handsome dekat sini tengok jelah."

Calvin dan Aizat seperti mahu muntah mendengar tu. Tak ada lah handsome mana hauk sikit ja.

"Kenapa cantik sangat ni? Bidadari siapa ni? Aku ke?"Hamysar menekup muka Sya sehingga mulut gadis tu memuncung.

"Dah biasa dah jadi nyamuk dekat sini kan Vin?." Aizat pandang sahabatnya. Calvin hanya mengangguk saja.

"Kau kata apa tadi? Kita jadi nyamuk? Moh ler kita terbang." Terlepas ketawa Aizat. Badan sado gini nak terbang memang terjunam jatuh balik.

"Lepas lah. Apa ni tekup muka orang." Ditepis perlahan tangan Hamsyar.

"Tapi suka kan aku buat macam ni." Dicubit cubit pipi gebu tu. Wajah Sya berkerut menahan geram.

"Sakit lah. Nak gaduh ke hah?" Diusap pipinya yang merah disebabkan Hamsyar.

"Jom gaduh. Mana tahu gaduh gaduh nanti kahwin." Hamsyar tersengih miang. Sya pandang menyampah.

"Siapa lah yang nak jadi isteri dia. Tak beruntung pun." Membulat mata Hamsyar. Dicubit pinggang Sya.

"Aaaa okey okey tak kata dah. Gurau gurau." Nasib baiklah Hamsyar tidak mencubit kuat kalau tak dah menjerit sampai satu bangunan sekolah dengar.

"Ha nak kata macam tu lagi tak sayang?" Sya mengeleng kepalanya tanda tidak mahu. Memuncung mulutnya sambil mengusap pinggang.

Vote.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now