CHAPTER 19

12.1K 530 1
                                    

Dahlia membetulkan pinggang selepas Ray memberhentikan superbikenya di hadapan sebuah mansion. Mansion yang tersergam membuatkan mulut Dahlia ternganga. Mansion itu nampak suram dan kurang menarik jika dibandingkan dengan mansion sebelum ini. Pagar di sekeliling mansion ini macam kubu, cukup tinggi.

"Rumah siapa ni Ray?" Ray tergelak halus apabila Dahlia sebut rumah.

"Mansion sayang bukan rumah atau panggil saja istana."

"Istana? Kita nak jumpa sultan mana pulak ni?" Dahlia gelabah. Tak kuasa dia nak jumpa kerabat-kerabat ni, bukan dia reti protokol istana pun.

Ray hanya mampu tersenyum melihat kenaifan isterinya. Wajah pucat isterinya ditenung lama. Banyak perkara yang perlu Dahlia fahami mengenai dirinya. Banyak rahsia yang belum diketahui Dahlia. Dia sendiri tidak tahu jika Dahlia dapat menerimanya.

"Dah... jangan duk merepek. Rumah ni aku punya, jadi kau tak payah risau. Jom." Ray tarik tangan Dahlia masuk ke dalam mansion.

Ray membawa Dahlia masuk dan Dahlia terkejut melihat sengihan Karl, Mike dan Eden. Dahlia bertambah terkejut melihat hampir 50 orang lelaki berpakaian hitam beratur di belakang Karl.

"Si...apa... me..re..ka...se..mua?" Terketar-ketar bibir Dahlia bertanya kepada Ray melihat lelaki-lelaki berwajah garang, badan sado dan tegap.

"Mereka semua orang-orang aku. Jangan risau mereka hanya dengar arahan aku. Mereka akan lindungi kau dari Count Drac. Kau masih ingat Count Drac?"

"Mestilah ingat. Count satu dua tiga tu. Takkan seramai ini nak lindungi saya, agak-agak la."

"Just tell her the truth,"  gesa Karl.

"No!  She can't take it. It's too big for her to handle."

"You shouldn't have brought her here, what if something happen to you."

" Nothing will happen to me!" suara Ray sudah naik seoktaf apabila Karl asyik bertingkah dengannya.

Dahlia segera memegang tangan Ray. Dia tidak suka jika ada pergaduhan yang berlaku kerana dia cukup takut dengan kesan daripada pergaduhan tersebut.

Nafas Ray yang menderu deras tadi semakin menurun apabila Dahlia menenangkannya. Untunglah ada isteri yang boleh meredakan kemarahannya. Mike dan Eden sudah tersengih memandang Dahlia.

Suasana tegang menjadi tenang seketika sebelum tiba-tiba seorang anak buah Ray datang dan membisikkan sesuatu kepada Karl. Karl sekadar mengangguk dan berpaling kepada Ray.

"It's time... let's  go!" Ajakan berupa arahan itu menyentak Dahlia dari lamunan.

Dahlia melamun sebab cuba untuk mentafsir apa yang dibicarakan oleh Ray dan Karl tadi.

"Go? Nak pi mana?" Dahlia terpinga-pinga membuatkan semua yang berada di situ ketawa.

Walaupun mereka cuba mengawal ketawa supaya tidak kedengaran kuat tapi masih kuat jika semua di situ ketawa serentak. Ray mengetap bibir, masih mahu menahan diri dari terletus bunyi ketawa.

"Err... Dahlia, kau tunggu di sini dengan Eden. Aku ada kerja sikit nak buat."

"Kerja? Kerja apa?"

"Dahlia, jom kita pergi belakang, ada kolam renang, kita belajar kat sana." Eden segera mengajak Dahlia sebelum Dahlia bertanya lebih-lebih kepada Ray.

Dahlia pandang Ray. Hatinya berdebar hebat, entah mengapa. Rasa seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Dia tidak mahu melepaskan Ray pergi. Risau bertamu di dalam hatinya.

Ray memberi isyarat supaya anak-anak buahnya keluar dahulu. Tinggal Ray, Eden dan Dahlia. Eden bergerak agak jauh dari Ray dan Dahlia, memberi peluang untuk Ray dan Dahlia berbicara.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDOnde histórias criam vida. Descubra agora