Bab 15

667 19 5
                                    

Telefonnya berdering menandakan panggilan masuk. Tengku Azira yang mengelamun tersentak apabila telefonnya berdering. Baru saja dia ingin menagangkat deringan telefonnya berhenti berbunyi.

Telefon Tengku Azira berdering lagi menyanyikan lagu when you're gone dari Avril Lavigne. Dia melihat siapa yang menelefonnya dia tersenyum lalu dia mengangkat telefonnya.

"Hello.. Assalamualaikum." Ucap si pemanggil.

"Waalaikumsalam.." Jawab Tengku Azira sambil tersenyum.

"Az.. aku nak ajak kau keluar nak tak? Teman aku jalan nak?" Ajak Tengku Nazman.

"Emm.." Dia memikir dan melihat jam yang tergantung di biliknya jam menunjukkan pukul 3.45.

"Alah... jom ah.. aku dah bagitau mama nak ajak kau keluar.." Pujuk Tengku Nazman.

"Ok lah.. aku bersiap dulu.. kau jangan lambat ambil aku.. kalau kau lambat aku tak nak ikut kau jalan." Ugut Tengku Azira.

"Yelah.. okey bye.. see u later." Ucap Tengku Nazman lalu menamatkan panggilannya.

*****

"Aduhh mana Naz ni lamanya.. " Tengku Azira berdiri di depan pagar rumahnya. Baru saja dia ingin berpaling masuk ke rumah sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya.

Tengku Nazman menurunkan cermin keretanya. "Az.. naik lah." Pelawa Tengku Nazman.

Melihat Tengku Azira yang masih berdiri di situ dia turun dari kereta. Tengku Nazman tau yang Tengku Azira marahkan dia sebab lambat.

"Az.. janganlah marah.. sorrylah.. aku bukan sengaja nak lambat." Pujuk Tengku Nazman. "Kau tau tak dekat satu jam aku tunggu kau kat sini. Rumah tak lah jauh sangat selang berapa blok je pun."

"Sorrylah.. tadi tayar kereta aku pancit.." Tengku Nazman masih memujuk. "Ok.. jom lah." Lalu masuk kedalam perut kereta. "Yess.." Sorak Tengku Nazman. Lalu dia juga masuk kedalam kereta dan meniggalkan perkarangan rumah banglo itu.

****

Mereka masuk ke dalam panggung wayang. Semasa mereka membeli tiket wayang Avengers Tengku Azira melanggar seseorang. "Ops.. sorry, are you okay?." Ucap lelaki itu. "I'm fine." Dia mengangkat muka.

"Eh.. Akif." Tegur Tengku Azira. "Awak rupanya Az.. saya ingat siapalah tadi. Awak okey tak?." Akif tersenyum lalu memegang kedua-dua bahu Tengku Azira. "Saya okey. Awak tak payahlah risau." Jawab Tengku Azira lalu melepasakan pegangan Akif.

Tengku Nazman yang dari tadi melihat gelagat mereka berdua berdeham. "Oh.. sorry ni Nazman. Tengku Nazman bin Tengku Hafizul Johny. Awak kenalkan? Tak mungkinlah awak tak kenal budak hot. Dia ni sepupu saya." Terang Tengku Azira.

Akif hanya mengangguk dan menghulurkan tangannya. Tengku Nazman menyambut huluran Akif. "Akif. Kawan sekelas Az.." Maklum Akif. "Tengku Nazman panggil Naz je.. sepupu Az aka boyfriend Az." Jawab Tengku Nazman.

"Betulke?" Tanyanya dengan nada terkejut. 'Gila ke mamat ni?'. "Betullah. Kan sayang?" Jawab Tengku Nazman lalu melingkarkan tangannya ke leher Tengku Azira. Tengku Azira hanya mengangguk dan tersenyum. Senyum paksa.

"Tahniah.. ok lah aku pergi dulu bye.. jumpa kat sekolah." Ucap Akif. Merwka berdua hanya mengangguk.

"Ish..apasal kau ni tiba-tiba mengaku bf aku." Ujar Tengku Azira. "Memang betul pun aku ni bf kau kan? Bakal suami kau lagi." Kata Tengku Nazman.

"Kau ni kan.. dahlah jom lah kita masuk." Tengku Azira ingin berpaling tapi tangannya disambar oleh Tengku Nazman. "I love u. Jangan tanya kenapa. Aku pun tak tau sejak bila." Bisik Tengku Nazman dan berlalu masuk kedalam Hall 1. Tengku Azira kaku di tempatnya. 'Aku salah dengar ke?' Tengku Azira tersemyum dan berlalu mengikut jejak Tengku Nazman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodoh Pilihan Keluarga(in progress)Where stories live. Discover now