cuatro ♡࿐

74 21 10
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

SUDAH berkali-kali aku membaca skrip episod satu itu, berulang kali sambil menghantuk naskah skrip itu ke kepala. Apa yang aku fikir 9 tahun lepas? Sampai semua yang aku fikir tentang dia, aku tulis. Memalukan betul! Dan kenapa aku pilih untuk tulis point of view heroin? Kenapa aku tulis skrip macam tulis diary?!

Ini baru episod 1, macam mana aku nak hadap muka Aidan Haiyan dekat set?

Aku meramas rambut sendiri dengan kuat. Bibir aku ketap kuat. Aku tak tahu apa yang patut aku rasakan sekarang. Malu itu sudah pasti.

"Haih, 18 tahun Luna Aleesa. Apa kau fikir masa tu?" aku mengeluh sebelum terus menghantuk kepala ke meja.

"Oi. Kalau buat macam tu, boleh putar balik masa ke?" teguran kasar oleh Dahlia membuatkan aku terus duduk tegak, memandang ke arahnya dengan wajah yang cemberut.

"Aku rasa dia mesti geli baca skrip ni, sumpah." komenku sambil menghentak skrip ke meja.

Kenapa aku tak boleh menolak permintaan Emir? Kenapa aku setuju dengan Emir?

Yalah, kalau aku tak setuju, mesti si Emir tu merajuk. Lepas tu, mesti dia dah tak nak ambil skrip aku. Payah juga bekerja dengan orang yang kuat drama ni.

"But at least he know how much you liked him. Kau tak pernah cakap kau suka dia dekat dia, kan? Sepanjang korang bersama pun tak." celah Ayla yang entah dari mana munculnya itu.

Aku mengangguk. Kesal dengan sikap yang tidak terbuka langsung dengannya. Sikit pun aku tak pernah bagitahu dia tentang perasaan aku kepadanya.

Bagi aku, dia cuma seorang lelaki yang hanya boleh diperhatikan dari jauh. Bukan untuk dijadikan seseorang yang aku boleh berdiri disebelahnya. Dia hanyalah seorang lelaki seperti matahari.

"Kau jadi ke tak nak pergi set?" soalan Ayla membuatkan bulu roma aku berdiri tegak. Seram sejuk bila memikirkan tentang itu.

"Kalau aku tak pergi, tak pelik, kan?" soalan Ayla, aku balas dengan soalan.

Tolonglah jawab tak pelik. Please, Ayla.

"Tak pelik..."

Alhamdulillah.

"Tapi pelik juga."

Eh? Aku terus memandang ke arah Ayla. Tak puas hati dengan jawapan acuh tak acuhnya.

"Kau ni mana satu?" mendatar saja aku menyoal, geram.

"I mean, memang tak pelik kalau kau tak pergi sehari dua, tapi pelik sebab ni first time kau tak pergi. Faham tak? Bulan Purnamakan seorang yang strict, dan kadang-kadang kau sendiri yang cadang idea dekat pelakon dan pengarah. Takkanlah sebab rookie actor Aidan Haiyan kau nak tolak tepi karisma Bulan Purnama yang kau bina selama ni?" panjang lebar Ayla membebel.

"Ha'ah. Emir pun dah syak macam-macam tau. Jenuh aku nak cover pasal kau. Siapa suruh kau blah macam tu masa kau meeting dengan Aidan bulan lepas?" Dahlia bersetuju.

Aku mengeluh. Macam tak ada guna je ada kawan yang cuba bagitahu benda betul saja.

"Luna," Ayla datang menghampiri, bahuku ditepuknya dua kali.

"You can make it clear to Aidan. Dulu kau tak pernah open up dekat dia, tak pernah jelaskan pada dia apa yang kau buat. Sekarang, kau ada peluang untuk jelaskan dekat dia pasal apa yang dah jadi." dia memujukku.

"Betul. Kau pernah cakap, you may can't speak up, but your script does. Dia nak maafkan kau ke tak, itu dia punya pasal. Tapi, at least kau dah jelaskan pada dia apa yang patut melalui skrip kau. Luna, you are not the 18 years old you anymore. Benda yang kau anggap satu masalah 10 tahun lepas, sekarang dah selesai. It's okay, Luna." Dahlia turut sama bersetuju.

You'll also like

          

Ish, tahu-tahu saja aku kata mereka tak ada guna. Aku mengangguk. Ada betul juga apa yang mereka berdua katakan. Lagipun, benda dah jadi. Aku tak patut fikirkan sangat.

Haih, ni semua salah Aidan Haiyan. Sekali berjumpa dengan dia, kacau bilau jiwa aku.

Bila fikirkan balik, Aidan yang sekarang dan Aidan yang dulu, sungguh berbeza. Adakah sebab aku selalu lihat dia ketawa? Dan ini kali pertama aku lihat dia bersikap kasar?

Tak tahu. Yang pasti, aku lebih sukakan Aidan Haiyan berumur 17 tahun. Bukan seorang pelakon, tapi seorang pelajar kelas depan yang bijak dan athletic.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

MACAM aku agak, dia langsung tak tengok aku. Aku pula tercegat melihat lakonannya. Lakonan yang pastinya memberi deja vu kepada kami berdua.

Aku cuba untuk menahan rasa setiap kali suaranya menyebut nama Aleesa, watak utamaku. Aku pun satu, masa nak tulis tu bukan nak ubah nama. Sibuk nak guna nama kami kenapa!?

Usaha aku move on selama 10 tahun hampir goyah kerana skrip yang aku tulis ikut perasan. Skrip tak matang.

"Cik okey ke?" soalan dari Amanda, secretary Emir, serta merta membuatkan aku menoleh ke arahnya. Dia menghulurkan aku satu gelas coffee.

Pantas, aku sambut coffee itu sambil mengangguk. "Thanks, Amanda. Kenapa? I nampak macam tak okey ke?"

Dia menggeleng. "Cik banyak termenung dan tak fokus. Biasanya Ciklah paling semangat. Anak mata helang Cik pun tak ada hari ni. Itu yang saya tanya tu."

Aku tersengih. "A bit nervous sebab ni skrip lama."

"The whole script was so good! Cik tak perlu nervous, kisah kali ni macam real!" kemain semangat lagi Amanda cuba untuk hilangkan 'nervous' aku.

Haih, Amanda. Tu bukan macam dah. Tu memang betul real. Itu kisah aku.

Aku masih lagi tersenyum memandangnya. Tak tahu nak cakap apa. Kang aku kata itu kisah aku, terkejut pula si Amanda ni nanti.

"Nasib baik saya baca balik skrip lama Cik masa check email lama hari tu. Terkejut saya masa Encik Emir kata dia reject skrip ni, padahal plotnya best apa." tercengang aku seketika saat mendengar kata-kata Amanda itu.

Jadi kaulah puncanya? Kenapalah kau rajin sangat nak tengok balik email lama? Kalau tak, memang tak adalah aku bertemu dengan Aidan.

Coffee yang diberinya tadi, aku hirup. Sabar, Luna. Benda dah jadi. Tak ada guna nak maki Amanda dalam hati.

"Saya dengar ni skrip pertama Cik. Haiyan dalam skrip tu first love Cik ke?"

Maka dengan soalan maut itu, coffee yang baru saja singgah ke mulut tersembur keluar lalu tersedaklah aku seorang diri. Sempat aku lap mulut sebelum coffee yang berbaki dalam gelas, aku teguk sampai habis, melegakan ketidakselesaan kerongkong.

Amanda pula tergelak seronok. "Betullah ni? Patutlah kemain lagi berpuitis skrip Cik."

"You nak tengok I mati tersedak ke? Bukan nak hulur air dekat I." keluhku sebelum mencapai botol air yang berdekatan. Air mineral itu memang disediakan untuk aku cuma aku baru sedar kewujudannya.

eclipse ☾Where stories live. Discover now