Bab 35

388 15 3
                                    

Adam terkelip-kelip dengan senyuman manisnya melihat ibu dan babahnya. Encik Hilman yang melihat anak terunanya tersenyum sumbing menjulingkan matanya ke atas. Menyampah!

"So, begitulah. Next week eh ibu? Ibu dah call ke mak ngah dengan paksu?" tanya Adam kepada Puan Suhaila.

"Hm, kejap lagi ibu call." kata Puan Suhaila tenang.

Adam yang mendengar balasan acuh tidak acuh ibunya mendengus perlahan.

"Ibu, call la cepat. Nanti mak ngah dengan pak su takleh datang. Kang nanti Adam tak jadi tunang macam mana?" pujuk Adam perlahan.

"Eh engkau ni. Dah gedik sangat kenapa? Sabarlah." marah Encik Hilman apabila melihat anak syurga di hadapannya ini mendesak isterinya.

Adam lepas keluh berat. Risau kalau ibunya lupa memberitahu makcik dan pakciknya, terus terbatal pertunangan dia dengan Hawa.

"Cuba kau cerita balik, along, macam mana bakal kakak ipar aku tu bagitahu kau pasal ni?" kata Afif kepada Adam. Ikutkan hati mahu sahaja ditendang abangnya ini. Tergedik-gedik. Dah macam patah tulang belakang!

Adam terus menarik sengih sumbing apabila Afif menyuruhnya bercerita kembali. Deheman dilepas membetulkan suara. Adam mula mengimbau saat bahagianya ketika Hawa berjumpa dengannya tengah hari tadi.

"Assalamualaikum, Dr Adam." tegur satu suara yang lembut dan sudah pasti Adam mengenali suara ini. Suara bidadari langitnya.

"Waalaikummussalam, Hawa. Ya, ada apa?" tanya Adam tenang. Well, dia hanya berpura-pura tenang. Sedangkan jantungnya sudah seperti ingin melompat keluar.

Ketika ini, mereka sedang berada di kafeteria. Adam yang sedang menunggu Dr Teoh dan Dr Ikhwan untuk makan tengah hari bersama dan Hawa yang kebetulan terserempak dengan Adam di situ.

"Erm, can we talk, for a bit?" ujar Hawa perlahan. Tidak ingin menarik perhatian staf hospital yang mengenalinya.

Adam tiba-tiba merasa perutnya senak. Takkan Hawa nak reject aku? Tapi aku tak pergi masuk meminang lagi? Aduh, macam mana ni. Patah sudah hati aku.

Hawa yang melihat Adam seolah termenung mengerutkan dahi. Orang nak bincang ni, dia sempat pula termenung.

"Dr Adam?" tegur Hawa sekali lagi. 

Adam tersentak dari lamunannya.

"Ha, ye. Jom, kita pergi sana sikit." ujar Adam sambil tangan menunjuk ke arah sudut kafeteria yang agak tersembunyi tapi masih boleh dilihat oleh orang lain.

Keduanya terus melangkah ke tempat ditunjuk Adam. Tidak sempat melabuhkan duduk, Hawa terus menghulurkan sekeping kertas.

Adam mengerutkan dahi tapi tangan tetap menyambut huluran Hawa itu. Kertas? Terus didongak kepala melihat Hawa.

"Bukalah." ujar Hawa memberi kebenaran untuk Adam membuka dan membaca isi kertas itu.

Adam terus membuka dan matanya membaca isi kertas itu. Alamat? Alamat rumah siapa ni? Kepala didongakkan kembali melihat Hawa, seakan bertanya maksud isi kertas itu.

"Tu alamat rumah abang saya. Abang saya suruh Dr Adam datang dengan keluarga terus." terang Hawa kepada Adam.

Adam kerut dahi, cuba memproses maksud kata-kata Hawa. Seketika kemudian, bibirnya melorek senyum bahagia. Kepala terus diangguk laju.

Melihat reaksi Adam itu, Hawa ukir senyum nipis. Dia terus ingin beredar dari situ. Tidak manis berlama-lama dengan lelaki berduaan. Namun, belum sempat Hawa ingin buka langkah, Adam terlebih dahulu membuka bicara.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now