عرشي

55 8 1
                                    

Setelah mendapat tahu dari Rizqin . Tengku Sufian bergegas ke hospital. Kini dia telah sampai di hadapan gerbang hospital.

Dia berlari menyusuri semua bilik dan kaunter. Mata mata yang memandang hanya di biarkan sepi sahaja.

Kata kata Doktor Zakuan masih terngiang ngiang di kepalanya sekarang.

Flashback

" Di komputer terdapat riwayat penyakit Arwah ibu kepada pesakit. Kemungkinan pesakit juga mengalami hal yang sama dan tekaan saya tepat. Bahawa pesakit mengalami kanser otak tahap empat."

"Pemeriksaan telah di buat terhadap pesakit." Doktor Zakuan menghabiskan tiga jam untuk membuat pemeriksaan terhadap Arshiya dan benar gadis itu memang memiliki penyakit persis seperti ibu Arshiya.

"Ini tak mungkin!" Suara jeritan Tengku Sufian bergema di bilik itu. Kedua dua tangan nya mencengkam baju putih yang di kenakan oleh Doktor Zakuan.

Doktor yang pernah merawat ibu Arshiya suatu ketika dahulu.

"Sufian sabar!"

"Sufian!"

Jerit mereka disitu dengan serentak.

Lelaki itu masih enggan melepaskan tangannya. Bahkan semakin erat mencengkap kolar Doktor Zakuan sehingga urat di tangan nya kelihatan. Wajahnya juga sedang kemerahan menahan amarah.

End flashback

Kini dia sedar. Arshiya lebih memerlukan dirinya. Selama ini dia menjauhi gadis itu kerana belum siap kehilangan. Dia takut gadis itu akan meninggalkan dirinya. Dia mahu melupakan gadis itu.

Namun dia silap. Semakin dia cuba menjauhi semakin susah untuk dia melupakan gadis itu. Dia sentiasa datang melawat Arshiya ketika gadis itu sedang tidur kerana dia masih belum berhadapan dengan realiti. Dia juga sentiasa masak untuk Arshiya namun gadis itu sentiasa menolak sekiranya makanan masuk ke dalam tekaknya. Mual.

Kini, Tengku Sufian berjanji bahawa dia tidak akan meninggalkan gadis itu sendiri dalam kegelapan. Gadis itu perlukan dirinya.

Arshiya, kali ini kamu tidak akan sendiri.

Sampai sahaja di hadapan pintu Arshiya. Tengku Sufian menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia perlu berhadapan dengan kenyataan. Kali ini mungkin kenyataan yang dia hadapi tidak indah tapi percayalah.

Pelangi muncul selepas hujan.

Tombol pintu digenggam. Dia menolak pintu ke dalam.

Kelihatan gadis itu sedang tidur dengan alat bantuan pernafasan dan monitor di lengkapi dengan wayar wayar yang berada di badan Arshiya.

Kulit Tengku Sufian juga terasa sejuk kerana aircond yang berada dalam wad.

Bip..

bip..

bip..

Andaikan kita orang yang sama. Aku tidak akan biarkan kamu kesakitan sayang.

Tidak lupa juga sahabat sahabatnya yang sedang duduk menunggu Arshiya sedar.

"Sufi.." Tegur Tengku Airiel.

"M-macam mana Arshiya?" Tengku Sufian memandang semua wajah sahabatnya termasuk Racheal.

Masih masih menundukan kepala kecuali Gerald. Lelaki itu diam dan menatap anak mata Tengku Sufian.

Gerald menggelengkan kepala.

Maksud Gerald apa?

"Dia koma. Kemungkinan untuk bangun dalam 30%" ujar lelaki itu dengan nada perlahan. Dia hanya menyampaikan apa yang dikatakan oleh Doktor Zakuan sebentar tadi.

✔️عرشي ArianWhere stories live. Discover now