6

11 3 0
                                    

Sewaktu izanami mencari moros dan Ker

"Moros"panggil izanami sebaik sahaja dia melihat moros sedang berehat disebuah gudang

"Ah Izanami, kenapa? rindu?"moros tersenyum selepas melihat izanami tiba-tiba mencarinya

"Bukan.nak tanya soalan. Kita ni memang lahir lahir jadi malaikat terus ke?" Tanya izanami tanpa berbasa basi

"Maksud kau?" Tanya moros kembali, hairan

"Kenapa nama kita pelik?kau tak perasan ke nama kita lain dari malaikat yang lain?"

"Kau cemburu dengan beomgyu ke? Izanami, tak payah lah cemburu dengan malaikat lain,kita buat saja kerja kita" jawab moros. Salah faham dengan soalan izanami

"Kau---waktu kau jemput roh, ada tak roh yang pernah kenal kau?" Tanya izanami lagi tidak berputus asa

"Kalau ada yang kenal kita tu nama nya makhluk neraka dah bukan roh"

"Kau kenapa tanya soalan pelik-pelik ni" tanya moros kembali

"Dewa pernah bagi amaran dekat kau tak untuk jangan ambil tahu?"

"Kau memang niat nak bertanya sampai esok pagi?" Letih moros melayan soalan izanami

"Tadi waktu aku pergi domain dewa, dewa bagi aku amaran" pancing izanami

"jangan kau cuba ambil tahu" izanami ulang kembali ayat yang dikatakan oleh dewa

Dengar sahaja ayat yang dituturkan oleh izanami,moros menjadi panik

"kenapa?kau dah ingat?"

"Ingat?ingat apa?kau ingat apa-apa yang aku tak ingat?"

"Tak" jawab moros

"Dah,baik kau pergi sekarang kita tak boleh dekat sangat" kata moros lagi

"Huh?kenapa?" Izanami hairan

"Tak payahlah nak tahu. Baik kau pergi" halau moros

"Kau betul taknak bagitahu?"

"Aku bukan tak nak bagitahu,tapi-"

Belum habis ayat moros cakap tiba-tiba ada satu suara yang memotong percakapan mereka

"Itu kau perlu tanya dewa"

"Oh- Ker, kau rindu aku jugak ke sebab tu kau ke sini?" Tanya moros

"Bukan. nak jemput roh" jawab ker

"Roh?" Bingung izanami dan moros

"Kau tak sedar gudang yang kau berehat ni tempat penyeksaan dan pembunuhan? Aku ke sini sebab nak jemput 2 roh yang akan berdendam"kata Ker

"Apa maksud kau aku perlu tanya dewa sendiri?" Tanya izanami kepada Ker

"Sebab kami dah dilarang. Aku tak nak ingkar arahan dewa, izanami. Dan takkan pernah jugak terdetik untuk ingkar" tiba-tiba moros menjawab bagi pihak ker

angel of death || H. Asahi || ON HOLDWhere stories live. Discover now