Fahd & Bela Bhg. 2

4 0 0
                                    

SANG Musang tercungap-cungap memanggil Sang Harimau.

"Fahd! Fahd!" laungnya dari luar gua.

Sang Harimau keluar dari gua itu.

"Kau panggil si Foxi ni ke sini, kenapa?" soal Sang Harimau, Fahd kepada harimau bertocang itu.

Harimau bertocang yang baru keluar dari gua berkerut dahi.

"Aku tak ada panggil pun." Balas harimau itu.

Sang Harimau, Fahd kembali memandang Sang Musang yang sedang mengambil nafas.

"Kenapa kau ke mari? Kau baru habis maraton ke? Aku tak tahu pula hari ni ada hari sukan." Sang Harimau, Fahd mula merapu.

"Tak ada masa untuk lawak lapuk kau tu. Bela dalam bahaya! Sang Serigala sudah menangkapnya!" jelas musang itu.

Sang Harimau, Fahd kaget. Tanpa berfikir panjang Sang Harimau pantas berlari memasuki hutan tebal yang berada di bawah tempat tinggalnya.

Musang merebahkan diri dengan dada naik turun.

"Kau tak bawa barang kau ke? Aku baru nak tanya kau tentang penyakit lemah jantung." Kata harimau bertocang kepada musang yang terbaring itu. Musang itu hanya menghiraukan harimau itu.

🦊🦊🦊


"AKU dah lama tahan daripada terkam kau. Sudah lama aku ingin makan daging biri-biri sehingga sanggup mencurinya. Tapi aku rasa sekarang aku tidak perlu risau akan makan malam sebab ia sudah terhidang." Ucap serigala sambil menatap biri-biri dengan mata garang.

Biri-biri mengundur ke belakang. Mata melilau melihat sekeliling untuk melarikan diri.

"Maafkan aku, serigala..." Rayu biri-biri dengan suara yang menggeletar.

"Kau nak aku maafkan kau tapi kau pergi ke kawasan Fahd yang dikenali sebagai musuh ketat aku! Kau tahu yang dia merampas semua yang aku miliki dan jadikan semua itu sebagai miliknya."

"Aku takkan lepaskan kau." Bisik Sang Serigala dengan wajah marah.

Sang Serigala mencakar lengan biri-biri buatkan biri-biri menjerit kesakitan. Serigala tersebut juga mula mengigit kaki biri-biri. Sang Biri-biri menangis kesakitan.

🐺🐺🐺

SERIGALA yang memijak kaki biri-biri mula berhenti.

"Aku lepaskan kau kali ni. Kalau kau buat lagi aku akan terus makan kau tanpa sempat kau bersuara." Keras suara serigala memberi amaran kepada biri-biri. Serigala pergi meninggalkan biri-biri yang terbaring lemah dengan berlumuran darah.

Sang Biri-biri menutup mata menahan pedih. Biri-biri menyeret dirinya masuk ke dalam semak samun. Sang Biri-biri merehatkan diri yang lemah di situ.

"Rawr!" Sang Harimau, Fahd mengaum kuat apabila tiba di kawasan serigala. Serigala yang terperanjat keluar dari sebalik semak.

"Apa kau ni? Bisinglah!"

"Apa, apa? Mana biri-biri aku?" soal Sang Harimau, Fahd dengan marah.

"Biri-biri kau?" soal serigala sengaja.

"Ouh, kejap!" kata serigala lalu masuk ke dalam semak, tempat ia keluar tadi.

Lantas serigala menyeret seekor biri-biri yang sudah mati ke hadapan harimau.

Mata Sang Harimau terbutang. Terkejut melihat biri-biri itu.

"Kenapa kau terkejut? Bukan ni selalu menjadi makanan kau ke?" Serigala ketawa mengejek.

"Aku tahu ni bukan biri-biri aku! Di mana ia? Kau sorok Bela di mana?" jerkah Sang Harimau, Fahd di hadapan muka serigala itu.

"Tersembur..." Serigala mengelap wajahnya.

"Nak bercakap, cakap elok-elok. Aku dah bagi apa yang kau minta. Jadi sekarang kau berambus!" Halau serigala.

"Tak! Aku takkan pergi selagi aku belum jumpa Bela! Aku tahu dia ada di sini." Ujar harimau tidak mengalah.

"Bela! Keluar! Bela!" laungnya memanggil Sang Biri-biri.

Bela, Sang Biri-biri menunduk di sebalik semak. Biri-biri itu mendengar semua yang dibicarakan oleh dua ekor haiwan itu tetapi tubuh biri-biri itu terlalu lemah untuk bergerak jadi ia hanya menutup mata dan pekakkan telinga.

"Pergilah... Biri-biri kau tak ada. Jangan buat kacau dekat tempat aku. Lebih baik kau pergi. Kalau biri-biri kau tu ada, dia akan keluar, kan? Tapi... Hahaha!" Serigala ketawa mengejek lagi. Puas hati dia.

"Aku tak mengalah!" Lantas Sang Harimau mencari biri-biri di setiap semak yang berada di kawasan itu.

Serigala gelisah. Serigala memanggil gengnya yang sudah bersedia di sebalik semak di sebelah kirinya.

Sekumpulan serigala muncul di hadapan harimau tetapi Sang Harimau hanya menghiraukan mereka.

Harimau masih mencari biri-biri. Apabila harimau memeriksa di semak yang tebal, harimau telah menjumpai biri-biri. Melihat biri-biri yang terbaring lemah, harimau pantas mendekati biri-biri.

"Bela..." Panggil harimau secara berbisik.

Tatkala harimau ingin mengangkat biri-biri, kepalanya dipukul dari belakang. Harimau jatuh terduduk. Sang Harimau bertahan.

Harimau bangun untuk melawan sekumpulan serigala itu.

Sementara harimau menentang anak buahnya, serigala mengangkat biri-biri lalu serigala melarikan diri dengan biri-biri yang tidak sedar.

Sang Harimau, Fahd yang perasan serigala melarikan diri laju hendak mengejar tetapi seekor serigala memukulnya dengan sebuah batu yang agak besar sehingga harimau itu jatuh ke tanah.

Kepala Sang Harimau terasa pening. Seketika kemudian Sang Harimau, Fahd tidak sedarkan diri.


🐯🐯🐯



SERIGALA merawat luka yang berada di badan biri-biri. Bukan sengaja serigala hendak menyakitkan biri-biri. Tapi itu cara serigala ingin memberi amaran kepada biri-biri agar tidak jauh dari dirinya.

Serigala menyanyangi biri-biri tetapi apabila mengetahui bahawa musuhnya turut menyukai Sang Biri-biri buatkan serigala tidak senang duduk.

Serigala duduk di samping biri-biri yang dibaringkan di atas papan kayu yang serigala siapkan. Serigala tunduk memandang wajah itu.

"Maaf? Hahaha... Aku takkan maafkan kau. Kau seharusnya terima balasan ini sebelum kau lepas daripada aku." Ugut serigala dengan berbisik di telinga biri-biri.



🐑🐑🐑


SANG Harimau, Fahd tersedar. Harimau itu bangun perlahan-lahan sambil memegang kepala yang terasa berat. Harimau itu memandang sekeliling. Ia berada di dalam guanya.

Harimau mengeluh berat. Kaki diturunkan dari katil yang diperbuat daripada kayu itu untuk melangkah keluar dari situ. Ia ingin mencari Sang Biri-biri, Bela.

"Eh, kau nak ke mana? Perawat Foxi suruh kau rehat." Harimau bertocang menahan harimau, Fahd dari turun katil.

"Tak. Aku perlu cari Bela!" kata harimau dengan wajah garang.

"Hei, hei. Sabar." Harimau bertocang memegang bahu harimau, Fahd yang berkeras mahu pergi.

"Hei! Sabar!" jerkah harimau bertocang apabila harimau, Fahd seperti tidak terkawal.

"Kalau kau dimasukkan ke dalam zoo mesti kau sudah disuntik. Jadi sebelum aku minta ubat penenang dekat perawat Foxi lebih baik kau kawal diri kau. Kau nak pergi cari Bela dengan keadaan begini? Aku rasa Bela pun akan ketakutan. Kau tenangkan diri lepas itu baru aku lepaskan kau. Tapi buat masa ni dengar nasihat untuk berehat." Kata harimau bertocang bersama nasihat.

Harimau bertocang menyuruh harimau, Fahd menarik nafas lalu menghembus. Harimau, Fahd hanya menurut.

Malam itu harimau, Fahd duduk di tebing gunung tempatnya. Harimau itu merenung ke langit yang gelap tanpa sebarang bintang itu.

Seketika pandangannya berubah menjadi tajam. Pandangan harimau, Fahd yang sebenar.

Sang Harimau & Biri-biri: Fahd & BelaWhere stories live. Discover now