Bab 22

2.2K 84 0
                                    

TEPAT pukul 9 malam, aku sampai di rumah. Aku baru sahaja balik dari hospital. Sebelum balik tadi, sempat aku menjenguk Nuha hanya dari luar. Aku takut nak masuk. Takut kalau emosi Nuha semakin tak stabil kalau dia nampak muka aku.

Masuk sahaja dalam rumah, aku nampak mama berada di ruang tamu sambil memeluk tubuh dengan pandangan tajamnya ke arahku.

Mesti mama dah tahu kes petang tadi.

Haih...

Selepas satu-satu masalah timbul.

" Betul ka apa yang mama dengar? Dina ada hubungan dengan suami orang?."

" Tak, ma. Salah faham aje. Nuha ingat Dina ada hubungan dengan Hadi sebab kami keluar sama-sama. Itu pun terserempak aje. Bukannya pelan nak jumpa pun."

Mama menghela nafas lega. " Betul ni hang tak ada apa-apa hubungan dengan Hadi?."

" Tak ada, ma."

" Lega mama. Mama bukannya apa. Hang tu dah ada Aidid. Nanti apa pula kata Aidid kalau dia tau pasal ni. Ni Aidid dah tahu ka belum pasal ni?."



" Entah."

" Hang bergaduh ka dengan dia?."

" Tak adalah. Mana ada..." Tipuku. Tak kanlah aku nak bagitahu hak sebenar. Tak pasal pasal kena marah dengan mama nanti. Lagipun, mama masih lagi tak tahu tentang perjanjian aku dan Abang Aidid. Kalau dia tahu, mesti dia mengamuk. Silap-silap tiga hari tiga malam dia berhenti-henti membebel dekat aku.

" Habis tu kenapa mama dah lama tak nampak hang keluar dengan dia?."

" Dia sibuk."

Betullah tu dia sibuk. Sibuk dengan Felisha!

" Nuha pula macam mana?."

Bila mama sebut pasal Nuha, aku mengeluh. " Dia okay. Cuma doktor cakap dia perlukan banyak rehat. Dina nak jenguk dia sebelum balik tadi tapi... Dina takut dia makin stres."

" Haih... Kalau macam ni lah jadinya, lebih baik hang kahwin ja dengan Aidid tu. Habis cerita. Orang pun tak akan ingat yang bukan-bukan pasal hang. Suruh dia masuk meminang hang cepat. Mama tak mau timbul apa-apa fitnah lagi pasal hang."

Aku tergamam seketika.

Suruh Abang Aidid masuk meminang aku?

Kerja gila namanya. Hubungan kami olok-olok aje dan aku pun dah batalkan perjanjian tu. Mana mungkin aku buat macam apa yang mama suruh.

Aku tak nak terikat dengan perkahwinan. Tak kiralah dengan siapa sekalipun aku kena kahwin. Aku tak nak!



" Hang pi lah naik atas. Mandi, solat. Lepas tu jangan lupa turun makan. Mama ada buat ayam masak merah."

Mama pandang aku seketika sebelum dia naik ke atas. Aku menunduk. Teringat semula masalah yang menimpaku. Pelipis yang sudah terasa berdenyut-denyut diurut perlahan.

Nuha...

Apa yang aku perlu buat untuk buat percayakan cakap aku?

Sebuah keluhan terbit dari bibirku.




KEESOKAN HARINYA...

URUSAN HATI (new version)Where stories live. Discover now