Boboiboy melihat kearah Rudy yang baru balik dari latihannya."Malam nih dia akan ada tusyen jadi aku nak kau ikut dia supaya kau dapat berjumpa dengan pembuli tersebut.",jelas Boboiboy lalu memberikan fail kes kepada Rudy.
"Baik....cederakan atau bunuh terus?",tanya Rudy inginkan kepastian.
"Koma dah cukup. Cacat ke janji diorang dah tak boleh buli sesiapa lagi.",jawab Boboiboy.
Anggukan faham diberi. Rudy terus keluar pergi misi.
Boboiboy pula sibuk dengan tugas Tapopsnya.
Jadi dia tak dapat nak ikut Rudy. Ini adalah misi pertama bagi Rudy untuk lakukannya sendirian tanpa bantuan Boboiboy.
....
Situasi Rudy...
Dia sudah mengikut mangsa pergi ke tusyen dan dalam perjalanan balik.
Langkah terhenti apabila sekumpulan lelaki mula mendekati mangsa tersebut.
Rudy melihat dari tempat persembunyian.
Mangsa dipukul dengan teruk di lorong sepi dan mereka melakukan perkara tidak senonoh kepada mangsa.
"Tak guna. Memang aku akan seksa korang."
Rudy mengengam tangan menahan marah.
Dia menunduk tidak mampu mendengar tangisan dari mangsa tersebut. Seorang lelaki yang dibuli tanpa belas kasihan.
Lepas sejam akhirnya mereka meninggalkan mangsa di tepi tong sampah dalam kesakitan.
Rudy terjun dari bangunan dan membuka langkah kearah lelaki tersebut.
"Nanti akan ada orang datang tolong...jangan risau aku akan pastikan mereka mendapat hukuman setimpal.",dengan dingin Rudy berkata lalu menutup badan lelaki tersebut dengan jaket miliknya.
Lelaki itu sudah lemah sangat dan dia terus pengsan tak sedarkan diri.
Siren ambulance mula kedengaran dan Rudy terus pergi dari situ mengejar pembuli tadi.
.
.
.
Matanya memandang tiga orang lelaki di depannya yang sedang merokok.
Fail yang berada di dalam beg di keluarkan.
"Kesalahan membuli dan melakukan perkara tidak sepatutnya...pukul mangsa sehingga cedera teruk.",jelas Rudy.
Wajahnya ditutupi dengan mask dan hoodie hitam.
Fail tersebut disimpan ke dalam beg semula.
"Kau merepek apa bodoh. Kau nak kena pukul ke!?",tengkingnya.
"Biar aku tentukan hukuman untuk korang."
Belum sempat mereka menyerang Rudy satu tumbukan dikenakan tepat pada perut mereka bertiga.
Pisau lipat yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan.
Zap! Zap! Zap!
Argh!!
Mereka memegang tangan yang dikelar oleh Rudy.
"Tak guna k-
Dush!
Mereka bertiga ditumbuk sehingga terbaring lemah.
Rudy memijak dada ketua kumpulan tersebut dengan kasar.
Matanya tajam memandang lelaki tersebut.
"Jumpa kau lepas 2 tahun atau alam mati."
Dush!
Kepala lelaki itu disepak kuat sehingga darah mengalir laju.
Rudy melihat mereka tiga yang sudah terbaring di atas tanah.
"Siap."
Sekelip mata Rudy hilang dari penglihatan.
****
Di stesen Tapops...
Boboiboy baru selesai melakukan misi. Seperti biasa dia akan mendapat pujian dari komander dan laksamana.
"Bagus Boboiboy! Kali nih kamu berjaya selamatkan power sphera Gigabot!",dengan teruja Kokoci berkata.
Hanya senyuman diberikan.
Selesai sahaja Boboiboy terus ke kantin untuk makan tengahari.
Di kantin....
Kelihatan Boboiboy bersama kawannya sedang makan.
"Ouh ye jarang kami nampak kau Boboiboy...kau dah tak duduk di rumah Tok Aba ke?",tanya Yaya.
"Ouh tak...aku duduk dekat Cyberjaya sekarang...",jawab Boboiboy dengan sengihan.
"Ouh kau duduk dengan siapa?"
"Adik angkat aku..."
"Uish sejak bila kau ada adik angkat pulak nih!?",terkejut Gopal mendengar berita tersebut.
"Hehe dah lama dah aku lupa nak bagitahu korang...",dengan sengihan Boboiboy menjawab.
Mereka pun menyambung makan semula.
Boboiboy melirik kearah kawannya yang leka menjamu selera.
Senyuman sinis terukir sebelum dia menyambung makan semula.
Apa yang dia fikirkan?
....
Rudy memandang kearah Ali yang berada di depannya.
"Apa kau nak?",dengan malas Rudy bertanya.
"Semalam...aku nampak kau."
Terus terbeliak mata Rudy mendengar jawapan dari Ali.
Takkanlah Ali nampak apa dia buat semalam?!
Bersambung...
Vote dan coment 😘
YOU ARE READING
Pay For Kill[Complete]
Mystery / ThrillerEA×BB fanfic ❗❗Warning: story nih adalah genre Triller yang agak serius jadi kepada readers bawah umur tidak disarankan baca tapi kalau nak baca juga sila tanggung sendiri💀 pembunuhan kejam dan tidak memberi belas kasihan...blood triggered. Ries dh...