BAB 5

105 7 1
                                    

Kiara berpeluk tubuh sambil berjalan.Mukanya hanya masam mencuka.Dia hanya memandang dua merpati sejoli yang berada dihadapannya.

Bergurau-senda,siap bertepuk bertampar lagi.Tak hiraukan langsung dia.Dia hanya memerhatikan Tasya.Kecik besar kecik besar je aku tengok si Tasya sekarang ni.

Geram

Tahu tak dia sekarang tengah naik hangin ni,nasib kawan.Kalau tidak,dah disekeh kepala si Tasya ni.

Kononnya suruh dia datang lah sebab tak nak berjalan dengan Hans berdua.Habistu,ni apa??

Kiara berpaling dan pergi ke arah bertentangan.Dia ingin membeli air.Sedap pulak tadi ada budak tu pegang air .

Bagus jugak minum air ni,dapat melegakan hati yang tengah panas ni.

Sambil menunggu pesanan siap,Kiara memerhatikan keadaan sekeliling.Pelbagai ragam manusia yang berada di sini.Ada yang bersama dengan keluarga dan rakan-rakan.

Dia mengerutkan dahi apabila terpandang di suatu yang tidak berapa jauh darinya.Seseorang yang seperti mengintip dirinya.

Bukan nak perasan sendiri,tapi dari tadi dia melihat seperti seseorang mengekori dari tadi.Sejak bersama Hans dan Tasya.

Kiara sangat peka dengan keadaan sekeliling, walaupun orang sangat ramai  hari ini.Pemgintip itu cuba sedaya upaya untuk sembunyi dan tidak bertentang mata dengannya.Boleh pulak pura-pura tak nampak.

Bukan ingin menuduh,tapi pakaian yang semua hitam bersama topi dan kaca mata menimbulkan syak wasangka.Lagi-lagi apabila gerak-geri pengintip itu sangat mencurigakan.

Kiara berasa amat gerun.Takut apabila diapa-apakan.Dia bukanlah seorang anak orang kaya malahan hartawan jauh sekali.Dia hanyalah manusia biasa.

"Cik"

"Cik !! "

Tersentak Kiara.Dia memandang seorang penjual air yang memanggilnya.

" Air cik dah siap ".Sambil menunjukkan air Kiara.

"Ouh,umhh..berapa ye".

"RM 8.00,cik".Tiara menghulurkan RM10 kepada penjual tersebut.Air bertukar tangan,Baki yang ingin diberikan di tolak lembut oleh Kiara.

" Simpan baki tu,saya sedekah kan ".
Terpancar di wajah penjual itu riak gembira.

"Terima kasih cik.Semoga cik dimurahkan rezeki".Kiara hanya mengangguk sambil tersenyum.

Kiara berpaling dan memandang ke arah tempat pengintip tadi.

Takde

Kosong


Kemana pengintip tu tadi??








DON'T RUN FROM MEWhere stories live. Discover now