DIA CUTE JE BUKAN SEXY

275 22 2
                                    

Karina's POV

"Aku memang bodyguard. Tapi aku juga CEO syarikat ni. Alah, tak penting pun. Bukannya aku CEO bilionair. Tengoklah aku naik motosikal je datang kerja. Itu pun setakat Zero."

Jadi, aku perlu panik atau tidak? Menuduh CEO syarikat ini ada hati dengan suamiku sehingga memberikan semua akses terhadap 'special requirement for CEO', yang sebenarnya ialah milik dia? My husband is the CEO? Should I panic now? Maksudnya aku isteri CEO kan?! Di wajahku tergambar malu yang tidak terbendung tapi dalamanku melompat keriangan. Gila tak excited. Macam dalam novel!

Yes! My life is a fairy-tale! Kompletto! Satu, terjumpa vampire ni di pub dan melamarku. Kedua, kami ada sejarah (all related to my parents and his previous life). Tiga,  dia ialah CEO dan bukan sekadar bodyguard biasa! Walaupun katanya dia bukan bilionair, biarlah. Tengokkan dari cara dia berbelanja, abang aku yang raja lagi kedekut daripada dia.

Oh, jadi aku tak sepatutnya duduk di kerusi ni. Ini kerusi bos.  Aku isteri dia je. Kalau orang nampak aku duduk di sini, apa pula kata mereka. Aku bingkas bangun lalu bergerak ke sofa di tengah bilik.

"Kenapa kau duduk di sana?" Ethan yang baru sahaja menghidupkan komputer ribanya terpinga-pinga. "Tak selesa ke?"

"Oh, tak tak, ia sangat selesa. Tapi saya tak nak ganggu awak bekerja." Untuk mengelakkan dia bertanya banyak soalan, aku menepuk-nepuk sofa itu dengan penuh kagum. "Wow, empuknya. Saya... suka sofa ni.  Awak... duduklah di kerusi CEO tu. Saya nak duduk di atas sofa ni."

Keningnya naik kerana bingung. "Kau suka sofa tu?"

Aku mengangguk pantas. Walaupun hakikatnya, ia sama sahaja dengan sofa yang ada di dunia ni, aku cuma tidak mahu mengambil tempat duduk Ethan yang begitu selesa. Barangkali kerana itu dia membenarkanku untuk duduk di kerusinya kerana ia kerusi yang paling selesa di pejabat itu.

Ethan bangun bersama-sama komputer ribanya sebelum melabuhkan punggungnya di sebelahku. Ternyata niatku disalah erti. Dia tidak mahu bersendirian di meja, ujarnya.

.

.

.

Melihatkan Ethan bekerja, perasaan kagum muncul. Dia begitu tekun. Aku ingatkan dia akan melakukan sesuatu yang luar biasa seperti yang tertulis dalam novel asmara (kenapa otakku kotor sangat ni? Buku apa yang aku baca dulu?!). Hero akan mengajak heroin ke pejabat bukan untuk melihatnya bekerja tetapi menjadikan pejabat sebagai tempat untuk 'bersibuk-sibukkan' dengan aktiviti yang melibatkan fizikal secara intimasi.  

Hah, aku dah salah anggap terhadap Ethan. Dia bukan lelaki macam tu rupanya walaupun di dahinya tertulis perkataan 'LUST'. Hanya sekali dua pandangannya kepadaku, selebihnya tertumpu pada skrin laptop mahupun telefon pintarnya. Telefon pintarnya juga berdering banyak kali. Itu belum lagi telefon di mejanya. Nasib baik, Ethan pantas. Dia boleh bergerak ke meja dan sofa dalam sesaat.

"Awak sangat laju." Aku menongkat dagu dengan tangan, memandangnya dengan penuh kagum. "Cepatlah kerja awak siap kalau macam ni."

Aku dapat melihat senyumannya walaupun matanya masih menghadap skrin laptop. How sexy is that? Opps! Lebih baik aku lupakan ayat ni sebelum dia mendengar fikiranku.

"Agaknya, jam berapa kerja awak siap?"

"Kenapa?" 

OK. Aku dah mula rasa terabai. Dia tak pandang aku pun semasa bercakap! "Hmm... tak ada apa-apa." Sedihlah pula. Tiba-tiba aku berasa kesunyian. Sunyi di sebelah suamiku yang sibuk bekerja. Aku tak tahu hendak buat apa. Twitter sunyi. Instagram sunyi. Buku pun tak ada yang boleh dibaca. Menyesal pula aku bersetuju untuk datang ke pejabat. Kononnya aku nak tengok suasana pejabat. Pejabat dia pun sunyi. Hanya ada dua, tiga orang pekerja di tingkat ini. Selebihnya berada di tingkat bawah. 

My Brother's Guardian is a Vampire (Complete 💯❤️)Where stories live. Discover now