EPISODE 1 : The Welcome

111 8 2
                                    

[Monster]

“Monster!!”

“Ibu!! Matanya menakutkan!! Uwaa!!”

“Kenapalah kitorang kena jaga anak macam kau!!?”

“Kau bukan anak aku!! Kau cuma orang luar!!”

“Apa kau dengar? Anak jiran kita ni, Aku dengar anak mereka seekor monster.”

“Aku pun pernah nampak Monster tu!! Matanya merah!!”

Korang pasti tahu lagi kan? Aku dengar Ibu bapa Anak tu meninggal dunia akibat kemalangan. Aku berasa kesian dekat keluarga yang ambik dia sebagai anak angkat.”

“Mereka bahkan mengalami krisis kewangan. Pasti anak itu membawa nasib malang.”

Aku.... Penat....

Aku penat dengan semua ni....

Ibu, ayah dan Onii-sama.... Mereka semua tinggalkan aku bersendirian di dunia ni.

Pakcik dan Makcik.... Mereka sampah.

Kawan-kawan.... Mereka anggap aku ni Monster.

Dari dahulu lagi.... Aku dah penat dengan semua ini.

“Kau dengar tak? Anak jiran kita bawa nasib buruk pada orang lain. Hari ini, ada seorang budak mati lemas lepas bermain dengan anak tu.”

Jangan salahkan aku.... Aku tak salah apa-apa.

“Aku tak tahan dengan budak tu.... Dia menakutkan....”

Ini bukan salah aku.....

“SAYANG!!! SAYA TAK NAK BUDAK TU ADA DALAM RUMAH KITA!! CEPAT BUANG DIA!!”

Semuanya.... Semuanya benar-benar buatkan aku rasa muak.....

“Monster!!! Kalau kau takde dalam rumah ni!! Kalau kau tak lahir!! Kakak aku masih ada!!”

Semua orang... Ingin aku mati....

“—PEMBUNUH!!!!”

Ye tak ye juga.... Kenapa aku tak mati dari awal?

“Mika.”

Aku dah muak dengan semua ni....

Aku penat dengan semua ni....

Clangg....

Perluru di masukkan ke dalam pistol.

Ini adalah yang terakhir.... Aku melihat pemandangan yang indah ni....

Aku melihat suasana bandar yang masih sibuk walaupun sudah masuk waktu senja. Angin yang bertiupan di atas bangunan itu menambahkan suasana baik aku.

"Hari ini.... memang hari yang indah untuk mati."

BAAAANGGGG!!!!

*******

Eh?

Aku terkejut setelah sedar apa yang berlaku.

Bukan ke sepatutnya aku dah mati?

Apa ini dunia selepas kematian? Kenapa gelap je?

Aku melihat cermin antik dan besar di depan aku. Cermin itu terapung dan apa yang boleh melihat di dalam cermin itu ialah, Warna hitam.

“Api melambangkan keberanian.”

Gambar api menyala ditunjukkan oleh cermin itu.

“Air melambangkan Kesedihan.”

VILLAIN : SHE THE LOST MOON Where stories live. Discover now