EPISODE 25 : Date

20 2 0
                                    

Selepas Arcane Watcher Tiba di Kediaman Raven, Designer baru Mika turut tiba dan mula melakukan pekerjaannya. Kerana Pemilihan warna, Saiz, permata dan benda tak berguna yang lain-lain lah, Roh Mika hampir diambil oleh Malaikat Maut kerana kepenatan.

"Anak Gorgon ye.... Kau makin lama makin gila, Mika-kun." Puji Crowley.

"Nak buat macam mane? Ni perjanjian dan Hasrat terakhir Medusa. Aku tak boleh buang tanggungjawab aku lepas bunuh Mak dia."

"Tapi kau pandai ke jaga budak? Kau kan sibuk dengan The Great Three dengan perang nanti."

Kata-kata Crowley membuatkan Mika tersentak. Crowley tahu apa maksud disebalik wajah terkejut Mika.

"Kau.... takde pengalaman kan? dan kau.... Nak jaga Anak Gorgon, Seekor Monster yang boleh mengubah apa-apa yang dia nampak jadi batu? Kau nak jaga Benda tu walaupun kau tak tahu nak jaga?"

Hati Mika ditusuk dengan Mulut tajam Crowley.

"A-Aku....akan minta tolong Simon---dan!! Jangan panggil dia Monster atau benda!! Dia tu akan jadi keluarga aku!!"

"Mika, Kan aku dah cakap semalam." Albert mencelah pembincangan Arcane Watcher. "Simon Hantar Beruang Kat Llyod untuk berlatih. Dia tak layak jadi pengasuh."

"Kau nak ke Budak tu dijaga dengan Simon? Kalau dia anak aku, memang tak lah aku nak bagi kat Simon." Lanjut Albert.

"Aku cuma nak minta saranan dari Simon je. bukan aku nak jadikan dia Pengasuh."

"Apapun, Pastikan Kau bertanggungjawab terhadap Anak Gorgon tu, Mika-kun. Gorgon bukanlah Makhluk yang jinak. Mereka boleh bunuh sesiapa sahaja bila mereka keluar daripada cengkerangnya. Ini tugas yang berat." Jelas Crowley.

"Pengorbanan yang berat pasti dibalas dengan hasil yang bagus."

Mika tersenyum sinis, "Aku perlukan Mata Gorgon yang asli dan masih segar untuk peperangan nanti."

*******

Ochana, Ibu Kota kerajaan Lithen dan tempat di mana Arcaton Citadel, Istana Maou berada. Athena Academy Berada berhampiran dengan Ochana iaitu di sebuah Pulau tepat sebelah Ochana.

Suasana jalan raya dan pasar amatlah sibuk kerana Ada pengumuman bawahan The Great Three akan berkumpul di Arcaton Citadel. Sudah pasti akan ada banyak Khabar angin yang mengarut tentang peperangan.

"Aku dengar The Great Three berkumpul sebab nak balas peperangan Dengan Vuitish."

"Mungkin nanti akan ada tawaran kemasukan Tentera. Yelah, Diorang kan perlu tentera untuk lawan Musuh."

"Apa yang The Great Three Buat sampai Vuitish ajak perang? Seingat aku, Peperangan Ni kan dah habis lepas Hilangnya Maou Zororis dengan Commander Julia."

"Kalau Lithen Kalah nanti, Macam mane dengan kita semua? Apa kita akan jadi tahanan Kerajaan Vuitish?"

"Kalau berperang nanti, Mesti Tambang dengan Cukai naik."

Slupp... Mika menjilat Aiskrim Strawberry dengan tenang sambil mendengar gosip makcik makcik bawang.

"Entah kenapa aku rasa aku lah punca diorang semua risau." Fikir Mika.

"Nak buat macam mane? Diorang mestilah risau kalau Lithen Jatuh. Hidup diorang mungkin akan jadi hamba kalau Lithen jatuh. Lagi-lagi bangsawan." Jelas Albert yang berjalan di sisi Mika.

Seperti yang dijanjikan, Mika dan Albert keluar bertemu janji setelah proses pembuatan baju Mika selesai.

Untuk tidak kelihatan menonjol dan tertangkap dengan murid dari Athena, Mereka memakai Kerudung hitam yang labuh di siang hari. Tanduk Albert boleh menarik perhatian orang ramai, jadi Dia menghilangnya dengan magik walaupun tu takkan bertahan lama kalau dia guna magik lain.

VILLAIN : SHE THE LOST MOON Where stories live. Discover now