Bab 4: Makan Tengah Hari

150 33 1
                                    

"Apa!? Tuanku Hadrien sudah memilih calon isteri? Jadi aku bagimana! Bagaimana dengan aku!" Tengking Rashta dengan mata yang terbeliak besar. Tajam dia merenung masuk ke dalam anak mata milik pembantunya yang baru sahaja menyampaikan berita buruk itu.

Prang!

Habis segala cawan dan kudap kudapan yang berada atas meja ditepis jatuh ke atas lantai. Kaca berkecai. Muka Rashta merah menahan amarah cemburu buta. Turun naik dadanya memikirkan hal itu. Meliar mata cuba mencari kewarasan sendiri.

Bertahun-tahun dia mengejar cinta tuanku Hadrien. Berani-beraninya dia berkahwin dengan wanita lain! Puak Siren pulak tu! Ini tidak boleh dimaafkan sama sekali.

"Siapkan gerabak! Aku mahu berangkat ke istana sekarang juga!" Arah Rashta sambil berlalu pergi meninggalkan para pembantunya yang sedang mengemas kembali serpihan-serpihan kaca yang sudah bersepah.

Larissa mengunyah daging steak yang terhidang di hadapannya dengan penuh berhati-hati. Tidak selesa apabila ada sepasang mata yang tidak henti-henti menganggu dirinya saat ini. "K-kenapa tuanku merenung aku seperti itu? Adakah mukaku terlihat seperti steak daging?"

"Tidak. Cuma... kau cantik sekali hari ini" tutur Hadrien sambil tersengih-sengih.

Glup!

Tertelan daging dalam mulut Larissa mendengar ayat raja kacak itu. Sudah kenapa pula lelaki ini? Bukankah mereka baru sahaja berjumpa awal pagi tadi. Tiba-tiba ingin memuji lebih-lebih.

Larissa memandang ke arah belakang Hadrien. "Ermm mana Evar? Bukankah tadi dia bersama tuanku?" Ujarnya menukar topik.

"Sudah mengapa pula dia mahu mengacau waktu kita bersama? Akukan suami kau bukannya dia"

Terus memerah pipi Larissa mendengar bicara Hadrien. Dasar tidak tahu malu betullah dia ni. Belum apa-apa lagi sudah mengecop diri sendiri sebagai suami.

"T-tidak lagi"

"Apa?"

"Belum lagi jadi suami" Larissa menunduk wajah malu.

"Tidak peduli aku. Lambat atau cepat kau tetap akan jadi isteriku. Jadi apa salahnya kalau aku berangan dengan lebih awal" balas Hadrien bersahaja. Penuh beradab mulut mengunyah daging yang sudah dipotong-potong menjadi serpihan kecil.

"Kenapa aku? Kenapa tuanku memilih aku sebagai calon isteri tuanku. Aku yakin ramai lagi puak manusia yang lebih layak daripada aku. Lagi pula aku adalah daripada puak Siren. Puak yang terkutuk"

"Larissa..." suara Hadrien mengeras.

"Jangan panggil aku tuanku. Panggil aku Hadrien. Aku tidak suka bakal isteriku begitu formal dengan ku. Lebih-lebih lagi hanya kita berdua sahaja yang ada di sini. Dan ingat Larissa, aku tidak izinkan kau menghina keturunan kau sendiri sekalipun di hadapan aku" Hadrien menayang sengih simpul.

"Kau tanya kenapa aku memilih kau?"

Larissa angguk kepala.

Hadrien diam sebentar, kemudian dia menyambung bicaranya semula.

"Kerana kau ialah Larissa" jawab Hadrien mudah.

Larissa angkat wajah. Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

"Apa maksud H-hadrien" Larissa sedikit tergagap saat menyebut nama lelaki itu. Aduh! Kekok sekali.

Hadrien senyum lagi. Senang hati apabila Larissa memanggil namanya. Rambut merah Larissa yang terjuntai di hadapan dia selitkan semula ke belakang telinga. "Seperti yang aku kata. Aku memilih kau untuk menjadi calon isteriku adalah sebab kau, Larissa. Satu-satunya calon isteri yang aku tunggu-tunggu" Hadrien kembali mengunyah makanannya.

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now