Chapter 13

9.2K 355 2
                                    

"Kenapa Cik Dania? Ada apa apa masalah ke?" - tanya Ayra sebab tiba tiba Dania terkejut besar

"Saya baru 22 tahun ni , dan saya panggil awak Ayra macam kurang sopan.." - cakap Dania, sumpah dia ingatkan Ayra ni muda lagi daripada dia tu yang selamba badak je

"Hahahahaha, Saya tahu dah daripada awal. Saje nak sakat awak" - Ayra

"Eh awak tahu?" - soal Dania keliru, macam mana dia tahu?

"Ya saya tahu, Encik Qayyum yang bagitahu saya dan pekerja pekerja lain tentang awak Dania, dan memang prosedur kat sini kalau orang yang dekat dengan Tengku wajib pekerja lain panggil dengan formal" - panjang lebar diceritakan Ayra kepada Dania

"Orang dekat?" - Masih tak tentu arah Dania

"Ya, orang dekat maksudnya macam awak kan PA Tengku so automatic awak orang paling dekat dengan dia dan semua kena hormat awak dan Encik Qayyum"

"Sampai macam tu ye prosuder kat office ni" - terkilan sebentar Dania

"Biasalah tu, takde sape boleh bantah keputusan Tengku Fareez" - Ayra yang seperti sudah faham akan Bosnya hanya mengikut saja undang undang itu

Hm Mamat tu lagi, apa tah yang hebat sangat sampai nak urus hidup orang. Perangai tak berubah dari dulu

~Malam pun menjelma~
Semua stuff mula bersiap untuk balik, begitu juga dengan Dania. Walaupun first day tapi tetap dia kena siapkan semua kerja yang diberikan untuk elak dari dipecat pada hari pertama

Tok tok
Pintu bilik Dania diketuk dan terus dimasuki oleh seorang jejaka yang tidak asing....
Tengku Fareez

"Yes tengku?" - saja Dania bertanya walaupun sebenarnya dia agak marah kenapa lelaki ni tak reti ketuk pintu

"Kau tak balik lagi?" - Fareez lihat semua office dah gelap walaupun baru pukul 7. Memang prosuder semua stuff kena balik pukul 7 selewat lewatnya 8 pm sebab pernah ada kes kecurian fail penting jadi untuk elakkan hal tu berlaku dia cepatkan waktu balik

"Erm tak, baru nak balik" - jelas Dania

"Haa balik cepat, Kang kena culik baru tahu" - Tiba tiba Fareez menakutkan Dania

"Ye saya nak balik lah ni" - emo pulak Dania dengan mamat depan dia ni. Sibuk je kacau orang

"Kenapa Tengku tak balik lagi?" - Soal Dania sebab dari tadi Tengku berdiri luar pintu office Dania. Maklumlah PA ada office sendiri

"Tunggu kau lah, karang kalau hilang dah aku kene bebel dengan mama" - Lah siapa suruh dia tunggu aku (dengus Dania dalam hati)

Dania pun mempercepatkan langkahnya mengemas fail semua dan terus beredar dari situ meninggalkan Tengku Fareez

Dalam perjalanan nak ke lift, Dia saja berlari anak supaya tak perlu naik lift bersama dengan Tengku Fareez. Malas dia nak jumpa tetapi malangnya usaha dia terbantut bila Tengku Fareez menahan pintu lift yang hampir tertutup itu. Saja Dania tekan butang tutup tetapi tidak berhasil

"Kau nak sepitkan aku dalam lift ni ke?" - tanya Fareez dengan nada garang sedikit

"ma -mana ada Tengku, dah lift tu nak tertutup" - jawab Dania walaupun memang betul pun

Keadaan dalam lift sunyi sepi dan apabila sampai ke tingkat bawah , Dania pun terus berlari ke arah pintu keluar. Nak cepat cepat baliklah katakan tiba tiba impian dia musnah bila hujan yang agak lebat turun

"Ya allah, hujan pulak dah. Aku dah tak bawak payung" - dengus hati Dania

Nak tunggu hujan berhenti memang tak ada harapan sebab terlalu lebat tetapi disebabkan dia memang nak balik awal, Dania buat keputusan untuk berlari sahaja sebab dia tahu kereta dia hanya depan mata cuma perjalanan agak jauh

"Redah jelaa Dania" - kata Dania sendiri

Baru sahaja dia nak redah hujan tiba tiba dari belakang ada orang payungkan dia dan cepat cepat dia toleh ke belakang dan nampak kelibat yang amat dikenali nya itu

Ya, Tengku Fareez memayungkan dia dari belakang

"Kau gile ke nak redah hujan macam tu je? kalau kau demam sape susah bongok" - jelas terpacak muka kemarahan Tengku Fareez pada Dania yang ikut suka hati je nak redah hujan lebat macam tu

Entah kenapa Dania rasa blushing seketika dengan ayat Tengku Fareez tadi, walaupun nampak garang tapi macam double meaning
Lah Dania wake up kau kenapa

"Saya tak de pun susahkan Tengku" - jawapan spontan dan relax dari Dania

"Kau yakin tak susahkan aku? nanti kalau kau tibe pengsan kat sini sape susah aku jugak lepastu yang nak bawak ke hospital sape? Aku jugak . Yang kene bebel dengan mama aku jugak" - penjelasan dari Fareez membuatkan Dania tak mampu nak bantah dah

"Mana kereta kau?" - tanya Fareez

"Tu, Swift car yang warna putih tu" - pantas Dania tunjuk ke arah kereta nya itu

"Dah jom aku hantar kau kat kereta" - Dania agak terkejut dan macam tak percaya apa yang dia dengar sekarang

Fareez? Tolong? Dia?

"Cepatlahh, karang aku tinggal baru kau tau" - Selepas tak dengar respond apa apa dari Dania terus Fareez bersuara

"Haa yela yelah" - Dania tak boleh bantah sebab dia memang nak balik

Mereka pun membuat kiraan 1,2,3 dan terus berlari anak ke arah kereta milik Dania sambil Fareez memayungkan dia. Walaupun tepi bahu Fareez kelihatan basah sebab payung tu banyak dihalakan pada Dania , serba sedikit membuatkan Dania bersalah

Terus saja sampai ke luar kereta, Dania terus masuk ke dalam dan Fareez diluar kebasahan. Dania membuatkan isyarat terima kasih menggunakan mulut dan Fareez hanya mengangguk faham. Lantas Fareez berlari ke arah sebelah kereta miliknya iaitu disebelah kereta Dania

Terkejut Dania melihat Fareez masuk dengan selamba, dia tak tahu pun tu kereta Fareez tapi memang kelihatan mewah

Disebabkan Fareez melihat Dania tak gerak dari tadi, Dia membunyikan hon kereta dan message Dania suruh balik rumah. Dania menerima message itu dan terus gerak

[C] Tengku Fareez MikhaelWhere stories live. Discover now