Realitinya aku hanya persinggahan sementara dalam hidupnya!
✨AYRA SOPHIA ✨
Hujung minggu dimanfaatkan dengan menghabiskan masa dengan anak-anak. Ayden sejak awal pagi setia duduk di sebelah Aylene menemaninya menonton kartun kegemaran anak kesayangannya itu. Manakala Ayra pula setia di sisi sambil memangku bayi mereka.
Jika tak keluar bersama, mereka sekeluarga lebih suka duduk di rumah menghabiskan masa bersama. Sekali sekala Ayden akan pulang ke rumah keluarganya. Ayra pula jarang sekali mengikuti Ayden pulang ke rumah keluarganya. Mungkin Ayra tidak mahu menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan keluarga Ayden.
Sekali sekala tawa dan gurauan serta usikan dari Ayden kedengaran memecahkan kesunyian antara mereka.
"Tengah hari ni masak lebih sikit,Hez nak datang rumah."ujar Ayden memecahkan keheningan pagi.
Ayra hanya mengangguk. "Hezran ni sejak aku kahwin dengan Ayden,rajin pula dia datang ke sini"getus hati kecil Ayra.
"Sayang..ni mesti sedang mengata Hez kan?"
Ayra tersenyum. Haih..suami aku ni..
"Ala.. sekadar mengata dalam hati. Hez pun suka sangat ganggu hujung minggu kita."
Kata-kata Ayra membangkitkan tawa Ayden. Takkanlah dengan Hezran pun Ayra nak cemburu. Tapi Ayden sendiri kadang tak ingin hujung minggunya di ganggu dengan kehadiran orang "ketiga". Tapi apa daya nak tolak pun ada rasa kasihan pula terselit di hati. Hezran kawan mereka.
"Biarlah dia nak datang. Aylene pun suka nak bermanja dengan uncle Hez kan?"
Aylene menganggukkan kepala. Siapa tak nak uncle Hez. Uncle Hez handsome tau.
"Anak dara abang tu dah kenapa? tersengih dengar nama Hez."
Geli hati Ayra melihat tingkah anaknya itu. Ayden turut sama memandang Aylene.
"Anak daddy fikir apa?"soal Ayden.
"Uncle Hez.. handsome."
Tidak mampu menahan rasa,Ayra ketawa kuat. Ayden turut sama tergelak mendengar jawapan si anak. Usia baru setahun jagung dah tahu menggedik.
"Handsome ya? daddy tak handsome?"soal Ayden sahaja mengusik si anak.
"Daddy.. handsome."
Aylene membalas dengan senyuman juga siap dengan pakej flying kiss darinya. Makin riuh keadaan dalam rumah dengan gelak ketawa mereka sehinggakan bayi kecil yang sedang lena di pangkuan Ayra terjaga.
Tangisan si kecil bergema tanda terganggu dengan suasana yang agak bising. Aylene segera berdiri mendekati si adik.
"Adik.."
Aylene segera menepuk punggung si adik. Lagak seolah-olah dia sudah dewasa. Telatah Aylene mencuit hati Ayden. Terserlah sifat penyayang si gadis kecil. Sama seperti Ayra!
YOU ARE READING
Matinya Hati Seorang Perempuan [Completed]
RomanceFirst sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilangan orang yang benar dia cintai. Kerana cintanya,dia kembali mengejar. "Awak tetap orang yang saya c...