Bab 11

154 15 0
                                    

Seminggu terakhir sebelum cuti semesta habis.

Aku dah siap-siap berhenti kerja minggu lepas. Jadi, aku sekarang dalam proses untuk menyiapkan assignment yang tertangguh dan menikmati masa bersama family.

Umi kata dia tak puas hati pada aku.

Aku ni cuti punyalah lama sampai 5 bulan. Alih-alih, busy juga dengan kerja sampai balik pun jarang. Tiada beza seperti ketika aku di U. Ini pun nak stay rumah, semata-mata nak siapkan assignment and presentation. Orang ajak keluar, tak ikut juga.

Umi kena faham. As ni dari di bangku menengah lagi, jenis workaholic. Memang tak lah As nak duduk berseronok. Paling tak pun, masa keluar, mesti As main phone. Susahlah nak buang habit berfikir banyak benda dalam satu masa.

Tapi, walau dah jadi rutin aku untuk berfikir banyak benda serentak, aku tetap memerlukan waktu untuk menenangkan diri.

Aku memilih waktu itu hari ini. Waktu di mana aku akan meluangkan waktu bersendirian.

Alhamdulillah, assignment dah siap, jadi aku memang nak berehat sebelum sambung mengerah otak.

Lupakan sahajalah mengenai segala assignment tu, kerana hari ini di mana aku akan lebih menghargai diri aku.

Hari di mana aku akan menanggalkan segala topeng yang sering mengaburi pandangan orang lain terhadapku.

Aku memilih tasik sebagai tempat untuk aku menenangkan fikiran yang aku sengaja jadikan serabut.

Aku termenung memandang air yang statik tidak bergelora. Mungkin kerana tiada angin yang sudi melalui kawasan ini.

Aku tak tahu kenapa, tetapi aku terasa moody gila hari ni.

Mulut ni, nak tersenyum pun berat, apakan pula bercakap. Aku terasa berdosa sangat kerana hari ni aku cakap lepas sahaja. Memang tidak dibendung lagi segala isi hati. Aku tak fikir langsung perasaan yang akan orang lain rasai.

Antara cara aku nak hilangkan perasaan negatif ni, dengan cara melepaskan segalanya di sehelai kertas putih.

Tak kisah apa yang dilukis, yang penting segala perasaan negatif ini akan dialirkan dari hati ke tangan lalu dilepaskan pada mata pensel.

Headphone di kepala sudah terpakai.

Aku memang menyampah apabila mendengar suara orang ketawa atau budak menangis yang lalu di sekitarku pada waktu beriadah seperti ini.

Alunan piano yang mengasyikkan menjadi halwa telingaku.

Aku dari remaja lagi lebih suka untuk mendengar alunan piano berbanding lagu yang ada suara seseorang menyanyi.

The Poet, Psycho dan Sociopath menjadi pilihanku setiap kali telinga ini rindu mendengar muzik yang mendamaikan.

Aku jarang sekali ingin mendengar lagu seperti ini dengan kuat.

Kawan-kawan aku termasuk parents aku merasakan citarasa aku dalam menyukai sesuatu seni sangat menyeramkan. Akhirnya, aku jarang berkongsi sesuatu yang diminatiku.

Aku tahu citarasa aku agak pelik, jadi aku malas ingin diperlekehkan dalam sesuatu.

Tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir, aku terus menarikan penselku di atas kertas. Melukis pemandangan yang berada di depan mataku.

Sekarang sudah pukul 5 petang.

Matahari seperti malu-malu bersorok di sebalik awan, membuatkan suhu persekitaran sangat memberi kerja sama denganku.

Aku melukis dengan penuh sabar untuk berminit-minit seterusnya. Hanya membuat tak endah manusia-manusia yang berjalan melepasiku.

Lusa aku sudah ingin berangkat ke Skudai.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now