Leha 1

46.6K 79 1
                                    

Johari terduduk di atas bangku di luar pondoknya. Matanya tidak lepas dari wajah Leman. Dia tidak menyangka pengakuan itu datang dari lelaki itu. Akhirnya dia tahu juga bagaimana cerita tentang hubungan seksnya dengan Puan Hasnah tersebar di ladang itu. Rupa-rupanya ia perbuatan Leman.

"Aku bukannya sengaja, Jo. Aku hanya menceritakan perkara itu kat bini aku je. Sumpah. Tapi bini aku tu tak dapat jaga mulut dia. Entah macamana dia boleh cerita pula kat bini Daud. Lepas tu, cerita pasal kau dan Puan Hasnah tu terus sampai pada orang lain." Begitulah pengakuan Leman.

"Macamana kau boleh mengintai aku malam tu?" tanya Leman.
"Itu pun secara tak sengaja. Aku sebenarnya datang nak ajak kau ke kedai kopi kat simpang tu. Bila aku sampai je, aku terdengar suara orang marah-marah. Aku takut terjadi apa-apa yang buruk kat kau jadi aku pun intailah ke dalam. Terkejut bukan main aku bila melihat kau dengan Puan Hasnah tu."
"Kau tengok semuanya ke?"
"Ya. Aku tengok semuanya. Mana lah aku nak lepaskan peluang menonton wayang free!" Leman tersengih-sengih. "Tapi, Jo... Aku rasa memang patut lah kau bagi pengajaran sikit kat perempuan tu. Biar dia sedar. Aku pun dah lama muak kat dia tu."

Johari tidak membuat apa-apa komen. Dia hanya berdiam diri. Johari masih memikirkan akibat daripada perbuatan Leman. Patutlah sejak kebelakangan ini suasana di ladang itu terasa semacam saja. Ada pekerja-pekerja yang asyik tersenyum bila terserempak dengan Johari. Yang wanita pula kerap berbisik-bisik sesama sendiri.

"Kau jangan risau la, Jo. Kita orang tak salahkan kau apa-apa. Kawan-kawan kita pun setuju kau menghajar perempuan tu. Memang ada kebaikannya juga kau buat macam tu. Kau tengok sendiri perempuan tu sekarang. Dia dah tak ada marah-marah lagi macam dulu."

"Entahlah, Leman. Aku tak pasti samada aku memang patut buat macam tu atau tidak. Tentang perubahan pada Puan Hasnah tu...aku harap ianya akan berterusan. Yah....untuk kebaikan dia sendiri juga."

"Harap-harap begitulah, Jo. Mana lah kita tahan bekerja macam hamba. Selalu pula kena marah, kena maki. Ehh....aku nak pulang dulu, Jo. Aku ada kerja sikit kat rumah tu. Jangan difikirkan sangat tentang perkara yang dah lepas tu... Oh ya...kalau Limah, bini aku tu ada lalu kat sini, kau pesan kat dia supaya balik ke rumah cepat. Aku nak suruh dia masak awal sikit petang pasal aku nak pergi memancing dengan Daud."

"Bini kau lalu kat sini?? Kenapa pula dia lalu kat sini??"
"Tadi dia kata nak cari sayur pucuk paku kat tepi hutan sana tu dengan si Leha, bini Daud tu. Dia orang memang akan lalu kat sini kalau nak ke tepi hutan tu. Ehh...aku pergi dulu. Jangan lupa pesan aku tu." Leman terus meninggalkan Johari.

Johari kembali bersendirian. Dia masih duduk di bangku di luar pondoknya. Suasana masih terasa panas pada petang itu. Hari itu hari Ahad dan mereka tidak bekerja. Johari terpaksa membuka bajunya kerana kepanasan. Peluh membasahi seluruh tubuhnya. Johari merasa tidak selesa kerana tubuhnya melekit-lekit disebabkan oleh peluhnya. Keadaan yang tidak selesa itu memaksanya untuk pergi mandi lebih awal. Johari berniat untuk berendam di dalam anak sungai kecil tidak jauh dari pondoknya. Johari masuk ke dalam pondok lalu menanggalkan seluar panjangnya. Dia mengambil tuala, melilitnya di pinggang dan terus keluar dari pondoknya. Johari mencapai baldi yang berisi dengan barang keperluan untuk mandi dan terus berjalan menuju ke anak sungai. Johari turut membawa bersama pakaiannya yang perlu dibasuh.

Tiba ditebing anak sungai itu, Johari melihat-lihat keadaan sekelilingnya. Bukannya dia bimbang atau malu jika dilihat orang tetapi memang jadi kebiasaannya untuk berbuat begitu sebelum mula mandi. Lagipun, memang ada baiknya kalau sentiasa berhati-hati. Manalah tahu ada apa-apa bahaya yang menantinya di tempat itu. Kawasan itu memang dekat dengan hutan. Setelah memastikan keadaan sekelilingnya selamat, Johari pun mula membasuh pakaian kotornya. Johari telah membina sebuah pelantar kecil merentangi anak sungai kecil itu. Di situlah dia sering membasuh pakaiannya.

Batang Kuda JohariWhere stories live. Discover now