BAB 8

220 15 0
                                    

Ding dong

Andra yang sedang sibuk menyusun pinggan di atas meja makan terus berlari mendapatkan tetamunya. Maklumlah tetamu special mestilah kena sambut.

"ARA!" jerit Andra riang.
Ara dan Andra saling berpelukan melepaskan rindu. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa ketika Rayden dan Rayla berumur 1 tahun.

" Darling, ajak la diorang masuk! Kesian diorang penat tu" bergema suara Rayyen.

Andra dan Ara terus meleraikan pelukan mereka. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Terus sahaja Andra menjemput Ara beserta abang-abangnya masuk ke rumah mereka.

Selesai sahaja mereka makan, laju sahaja Andra dan Ara menuju ke taman mini di rumah itu. Abang-abangnya sedang sibuk bermain bersama anak-anak Kak Andra.

" Parents Ara macam mana? Sihat ke?" Soal Andra ingin tahu.

"Alhamdulillah akak, sihat je. By the way akak, siapa yang duduk dekat sofa tadi?" Tanpa basa-basi lagi dia mengajukan soalan.

" Oh yang tu ke! Itu adik abang Rayyen. Tak silap akak nama dia Rayyan Adzriel."

" Dia buat apa kat sini akak?"

"Amboii, berminat betul ye dengan dia. Sebenarnya, dia datang sini untuk dapatkan rawatan penyakit kronik. Jadi, sepanjang tempoh pemulihan dia, abang Rayyen akan jaga."

Ara mengangguk sahaja kepalanya menandakan dia faham. Seketika dia memandang ke arah bunga ros yang ditanam di taman itu.

"Darling, Rayden cari mummy dia ni!"

Andra terus berlari menuju ke arah suaminya. Hampir terlupa dengan anak-anaknya dek kerana bergosip dengan sepupunya.

Ara terus berjalan menuju ke dapur. Tekaknya berasa sedikit haus. Baru sahaja dia ingin melangkah, dengan pantas tangannya menyambut badan Rayyan yang hilang keseimbangan. Mata mereka saling bertemu. Ara mempamerkan muka selambanya.

" Ya Allah, perasaan apa ni. Kenapa laju sangat jantung aku ni" perlahan sahaja suara hati seorang Rayyan berkata.

" Ehh apa aku merepek ni! Naura maafkan abang sayang" hatinya bersuara kesal.

Terus sahaja Ara cuba meleraikan pegangan mereka. Niatnya hanya mahu membantu namun lain pula yang jadi.

" Terima kasih erm.." ayat Rayyan tergantung.

"  Ara " sepatah sahaja dia berkata. Tidak mahu  memperkenalkan dirinya dengan lebih ramah. Perangai mesranya hanya untuk orang yang tertentu sahaja.

MRS. RAYYAN ADZRIEL [ OG ]Where stories live. Discover now