Masa seolah-olah berjalan laju. Setiap kali jam menunjukkan pukul 10 tidak kira pagi atau malam, Khalish akan menyanyikan lagu untuk aku, apa-apa saja lagu. Tapi yang paling aku suka bila dia nyanyi lagu Those Eyes by New West. Tapi paling aku tak suka bila dia nyanyi lagu How Do I Say Goodbye by Dean Lewis. Sajalah tu, nak kena luku kepala tu. Kalau aku tak fikirkan dia sakit, memang aku nak bagi penampar. Aku tak suka dia cakap pasal mati, aku tahu dia akan hidup lama dan kami akan bina mahligai bersama-sama suatu hari nanti. Ya, aku masih lagi berharap yang dia akan sembuh tapi apa yang aku lalui tak seindah mimpi kerana realitinya adalah mimpi ngeri untuk aku... - Qisha."Qisha" panggil Khalish.
"Ya, kenapa?" Qisha mengangkat wajahnya, memandang muka Khalish yang pucat.
"Aku nak minta kau buat something untuk aku" pinta Khalish, suaranya kedengaran lemah dan tidak bermaya.
"Aku akan buat apa saja untuk kau. Cakap je." Qisha cuba untuk tersenyum tika ini tapi usahanya gagal, hanya matanya saja yang sudah bergenang dengan air mata.
"Aku teringin sangat nak minum kopi, boleh kau belikan untuk aku"
Qisha mengangguk kepalanya laju, dia mengambil dompetnya di dalam laci dan bergegas ke pintu. Khalish memandang Qisha untuk kali terakhir. Qisha berhenti dihadapan pintu, dia mengimbas ke arah Khalish untuk seketika.
"Aku cintakan kau Khalish" ujar Qisha dengan wajah yang bimbang. Khalish ketawa perlahan, dia hanya mengangguk. Akhirnya Qisha turut tersenyum apabila mendengar gelak tawa Khalish yang dirinduinya, dia melambai sebelum pergi.
Khalish sandar pada bantal, badannya terasa sejuk. Dia mengambil comforter dan menyelimuti seluruh tubuhnya. Ketika itu seorang budak perempuan yang tidak dikenalinya berdiri di hadapan pintu wadnya, budak perempuan itu sangat comel. Berambut pendek dan bermata biru gelap, dia sedang merenung ke arah Khalish.
"Adik sesat ke?" tanya Khalish. Dia bangun sedikit dari tempat sandarannya, Khalish menyuakan tangan ke arah budak itu.
"Nama saya Sara" ujar budak perempuan itu. Khalish mengukir senyuman.
"Nama abang Khalish. Mari la masuk sini"
Sara mengangguk kepalanya, dia berdiri disisi Khalish.
"Saya nampak ada ramai orang dalam bilik ni, sebab itulah saya datang tengok" ujar budak perempuan itu lagi. Khalish memandang ke sekeliling, bilik itu kosong sahaja. Khalish mengucap dalam hati, dia cuba untuk tenang tapi jantungnya berdengup dengan kencang ketika ini. Sara tersenyum nipis, dia menyentuh dada Khalish.
"Abang jangan takut, mereka orang baik. Mereka akan bawak abang ke tempat asal abang" Sara menggenggam tangan Khalish, senyuman manis terukir di bibir merah itu.
"Sara akan cari abang Khalish disana. Abang jangan takut, Sara akan doakan abang. Tak lama lagi Sara akan ikut abang " Sara mengesel pipinya pada tangan Khalish. Khalish mengangguk lemah, dia cuba untuk mengulas senyuman tapi otot-otot diwajahnya bagaikan sudah tidak mampu digerakkan lagi, dia hanya menggariskan senyuman nipis. Sekali lagi Sara menghadiahkan senyuman untuk Khalish sebelum dia meninggalkan wad itu.
Sudah tiba masa untuk aku...
"Khalish"
"Ma..." Khalish mendongak memandang Puan Katrina, matanya kuyup melemparkan pandangan pada ibunya dan bibirnya mengulas senyuman lemah.
Puan Katrina menahan sebak di dada, dia menekap kedua-dua pipi Khalish dan dahi anak lelakinya itu dikucup. Khalish masih lagi tersenyum lebar, dia mengambil tangan ibunya itu.
"Qisha mana?" tanya Puan Katrina.
"Khalish suruh dia belikan kopi kat bawah"
"Khalish tak minum kopi"
Khalish diam, mata birunya merenung wajah ibunya. Tersembunyi seribu satu emosi dalam kedua-dua kolam mata itu. "Khalish tak mahu dia berada disini. Khalish tahu dia kuat semangat, Khalish tak sanggup tengok dia menangis lagi" beritahu Khalish, dadanya berombak.
"Kalau macam tu Khalish kena kuat semangat untuk Qisha"
"Khalish cintakan Qisha mama, Qisha bagi semangat untuk Khalish tapi siapa Khalish nak lawan ketentuan Tuhan. Mama, Khalish mintak maaf kalau ada buat salah pada mama"
"Khalish..." Puan Katrina sudah tidak dapat menahan air matanya . Hening itu mengalir jatuh ke pipi Khalish ketika Puan Katrina mencium pipi anak lelakinya itu. Khalis memandang redup pada pemandangan di luar tingkap, mata birunya bergenang dengan air mata jernih.
"I love you Qisha and I will never stop loving you" Khalish memejamkan matanya, menarik nafas sedalam- dalamnya sebelum dia mendengar derapan tapak kasut bergegas masuk ke dalam wadnya. Mesin EKG mengeluarkan bunyi yang nyaring, mamanya pula tidak henti-henti mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
YOU ARE READING
First Love
Short StoryFirst Love merupakan cerpen yang mengisahkan kisah hidup Qalisha Aleeya yang bertemu dengan seorang lelaki kacukan Melayu dan Scottish. "Apasal?" "Mata kau bergerak ke kanan ke kiri. Lawak la, macam mata patung" "Comel la tu mata aku, sebab tu kau...