Bab 6

9.5K 451 39
                                    

"JOM solat sama sayang..." Arshad mengajak Marsha solat maghrib berjemaah.

Marsha sejak petang tadi asyik menghadap handphone. Sehingga ke maghrib tak tahu nak berhenti lagi.

"Sekejap awak...tengah best ni cerita korea ni." Marsha menonton diselangi ketawa kuat.

"Marshatilla Deniz..." Arshad memanggil nama penuh isterinya. Dia berharap isterinya gerun sikit dengan dia.

"Ya...ya...sekejap. Dah nak habis dah ni." Marsha yang berada dalam posisi berbaring di atas katil tadi telah bertukar posisi duduk bersila.

Arshad duduk di birai katil sambil merenung keadaan isterinya. Liat betul isterinya bila diajak solat.

Dia mula teringat pada minggu lepas ketika pertama kali Marsha menjadi makmumnya.

"Awak solatlah...saya tak pandai."

"Kalau tak pandai kena belajar lah sayang...sampai bila tak nak solat? Solat ni wajib tau. Kalau tak...apa guna kita hidup 1000 tahun pun tapi tak solat."

Bibir Marsha muncung. Seperti terasa dengan kata-kata Arshad.

"Tak apa...sayang ikut je abang dari belakang. Lama-lama sayang pandai lah. Ingat lagi tak nak ambil wuduk macam mana?"

Marsha menggeleng.

Kemudian Arshad membawa Marsha ke bilik air. Tombol pili air dipulas. Keluar air mutlak bercucuran ke lantai. Satu persatu arshad mengajar Marsha cara mengambil wuduk.

Cup!

Tiba-tiba ada satu kucupan singgah dipipi Arshad. Terus dia tersedar dari lamunan.

Marsha disebelah menayang sengihan. "Awak marahkan saya ke?"

"Tadi tak marah sangat tapi sekarang memang abang rasa nak marah. Abang dah ada wuduk tau tadi." Arshad sudah bangun bercekak pinggang. Marsha ketawa. Dia terlupa yang suaminya sudah bersiap sedia untuk solat.

"Sorry la abang...sayang terlupa lah. Jom pergi ambil wuduk sama-sama." Marsha menarik tangan Arshad untuk dibawa ke bilik air. Arshad hanya mampu menggulingkan bola mata ke atas.

Selesai mereka solat dan berdoa, Arshad mengambil iqra' yang terletak di atas meja. Dia baru membelinya siang tadi.

"Mulai hari ni...sayang ada kelas mengaji dengan abang. Kelas ni free tau. Jadi jangan pernah ponteng. Kalau tidak...abang rotan!" Arshad melibas rotan buluh ke atas sejadah. Rotan itu dia gunakan untuk merotan para pelajarnya yang nakal di sekolah.

Terhincut bahu Marsha kerana terkejut dengan libasan rotan tadi. Mukanya jadi cuak. Arshad tersenyum sinis. Inilah masanya dia nak buli isterinya.

"Sanggup ke abang pukul isteri abang yang cantik dan comel ni?" Marsha kelip-kelipkan kelopak matanya dengan harapan suaminya dapat berlembut dengan dia.

"Jangan nak goda abang lah...ingat comel ke?"

"Eh, abang tergoda ke? Mesti sayang comel kan?kan?kan?" Marsha mencuit pinggang Arshad.

"Stop it sayang...dah cukup. Ta'al (mari sini)." Arshad meminta marsha datang merapatinya. Mereka duduk berhadapan. Rehal diletakkan ditengah antara mereka berdua.

"Sayang kena mulakan dari iqra' pertama. Semuanya ada enam jilid. Bila sayang dah habiskan sampai iqra' keenam, baru sayang boleh belajar baca Al-quran."

"Omaigod abang! Ada enam jilid? Berapa lama kena habiskan semua tu?"

"Sekejap je boleh habis kalau sayang istiqamah baca. Selagi sayang tak dapat baca dengan baik, abang takkan benarkan sayang baca iqra' seterusnya." ucap Arshad tegas.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now