"Baiklah murid-murid. Cikgu terpaksa keluar awal kerana ada hal mustahak. Masing-masing buat kerja sendiri. Dan jangan bising." kata cikgu sebelum keluar.
Muzamil kemas apa yang patut, tiba-tiba Olaf ke tempatnya.
"Zam.. Kau pergi tak birthday Daniel?“ soal Olaf.
"Entah.." kata Muzamil selamber.
"Ala.. Pergila.. Kawan kita tu. Lagi pun kita last year kot. Maybe kita takkan berjumpa lagi lepas ni.. Pergi la.. Aku pergi." kata Olaf.
"Aku tak janji.." kata Muzamil.
"Please, kau temankan aku. Aku dah la first time.. Please teman aku. Kau pun first timekan... Please.." kata Olaf buat muka kesian.
"Haih.. Ye la... Ye la.. Macam budak kecik.." kata Muzamil. Saat itu sebenarnya ada seseorang yang sedang pasang telinga.. Bibirnya tersenyum nipis.
"Bagus.. Ini peluang..."katanya dalam hati.
"Yeay.. Tak jadi siap kau.." kata Olaf gembira.
Tak berapa lama, Gibran bangun.
"Dengar sini. Sempena birthday Daniel lusa. Sesiapa yang hadir diwajibkan berpakaian bertemakan silver. S.I.L.V.E.R Faham.. Kalau ade yang datang sekadar mencacatkan majlis.. Blah!" kata Gibran lalu angkat beg dan keluar.Masing-masing mula membawang.
"Cih... Cancel la macam nie.." kata Muzamil.
"Siot.. Apahal dia tu.. Ni birthday Daniel ke birthday dia.. Macam b***." kata Olaf.
"Eh Zam.. Mana boleh.. Kau dah janjikan. Pedulikanlah dia tu.." kata Olaf."Itulah Gibran, tak pelik bukan dia.. Dia kan suka berparty. Dan aku dengar party Daniel ni kat rumah dia..?" kata ketua kelas tetiba.
"Rumah dia? Bukan ke rumah Daniel..? Dan apasal pulak dia yang lebih-lebih.." kata Olaf.
"Memang la.. Kau tak tahu ker..? Birthday Gibran sama dengan Daniel. Tepatnya rumah tu rumah bersama. Ibarat rumah singgah. Biasanya kalau ada majlis apa-apa dorang buat kat rumah tu la. Aku tak hairan kalau Gibran sambut sekali. Dorangkan cousin.." kata Ketua kelas.
"Mesti ada Gibran nanti.. Menyesal aku setuju.." kata Muzamil.
"Nak buat macam mana.. Ala.. Kita stay dengan Daniel je lah.. Buat apa layan dia.. Kan?" kata Olaf pujuk..
"Hrmmmmh.." Muzamil mengeluh.
************************
Olaf butangkan baju t-shirt warna putih sebelum sarungkan jaket silver. Karang kena reject pulak dengan Gibran. Dah siap wangi-wangi dia ambil kotak hadiah untuk Daniel.
"Oit.. Lawa-lawa ni nak gi mana? Dating erk?" kata Ed sebaik saja nampak Olaf turun pakai lawa-lawa.
"Kau dah lupa? Kan aku nak pergi birthday kawan aku.. So, apa kau tercegat lagi? Jom.." kata Olaf.
“Eh gi mana? Aku tak mandi lagi..?" kata Ed.
"Ish.. Sabar je la.. Kalau aku mengucap nanti ade pulak yang terbakar.. Dah pergi siap lekas!!!" arah Olaf.
* * *
“Nah tok.. Kemeja hitam. Blazer silver. Seluar silver. Memang ngam sangat.. "kata Aiman sambil beri pendapat pada Muzamil.
"Kejadah aku nak pakai kilat-kilat macam ni..? Ni pakai macam ni pergi birthday party ke annual dinner?" kata Muzamil.
"Eh.. Tau pulak atok pasal annual dinner.. Haha.." kata Aiman. Muzamil juling mata ke atas.
YOU ARE READING
VAMPIRE KUNYIT
Science FictionAkaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.