•••
« yura »
Kuat bergema playlist lagu kpop melalui corong Bluetooth speaker yang bersambung dengan peranti milikku. Sesekali aku sambung menyanyikan bait-bait lirik yang aku ingat sambil menghapus partikel debu yang melekat pada kabinet putih bak kulit Choi Chanhee.
" Haih, takde customer pun penat! Ada customer lagi lah penat! Tenatlah macam ni, hidup memang memenatkan!" aku membebel sendiri untuk release tension jadi bibik berbgaji.
Bulu ayam yang aku gunakan untuk menghapus habuk dilempar sebelum aku melangkah ke ruang pantri. Penat mengemas serata butik milik Chanhee memandangkan aku takde kerja hendak dibuat. Terang-berderang rupanya warna pink putih mendominasi dekorasi segenap butik ini. Ingatkan kelabu, memang bikin sakit mata!
Sekarang, empunya butik serta anak buah menghilang, pergi jumpa client katanya. Tinggal lah aku sendiri dari awal butik ini dibuka sehingga dua jam sebelum closing. Betul ke jumpa client ni? Takkan la boss sendiri nak curi tulang?
Pintu peti dibuka lalu minuman susu pisang yang berada di pintu peti aku capai. Rakus aku mengoyak bungkusan seraya menutup pintu. Sejuk tekak dibasahi oleh susu pisang tersebut. Serta merta badan yang lesu mulanya terasa segar.
Lagu Drama hasil air liur Aespa berkumandang kuat. Aku sudah tarik senyuman senget sebelum mencampak botol plastik yang sudah kosong ke dalam tong sampah. Bila lagu Aespa masuk line, aku auto dirasuk semangat Naevis!
Bulu ayam yang dicampak tadi aku capai semula. Lantas dibawa rapat ke bibir dijadikan mikrofon ala-ala kpop idol sedang perform di atas stage.
" yah, yah, im the drama-"
Soloist Yura, in action!
Anggota tubuh bergerak selari dengan irama, sebijik seperti choreography asal angkara Changmin yang selalu ajak aku berdansa dengannya. Katanya menari adalah salah satu caranya release tension, sekali dengan aku disuruhnya menari sampai aku terikut-ikut.
Tapi memang tidaklah aku nak menari depan Changmin sengal tu secara energetic begini. Otaknya bukan sihat sangat! Pasti dia akan shamming aku entah apa-apa. Wajib dibawa berjumpar neurologist!
" you know I'm savage-" penuh enthusiastic aku menari persis Winter. Bulu ayam yang aku jadikan mikrofon pada mulanya sudah hilang ke mana. Bibir turut terkumat kamit menyebut lirik hangul yang aku ingat, selebihnya memang berterabur.
" Cik?"
Sejak bila pulak suara lunak Winter berubah jadi maskulin ni? Kenapa dengar mendayu semacam di tepi telingaku?
Mulut yang beria-ria menyanyi automatik terkunci tatkala separuh tubuhku menghadap ke belakang. Jantungku nyaris mengalami kegagalan apabila susuk lelaki asing menjadi tatapan. Dia terlihat, canggung.
Aku rasa nak pengsan!
" Saya dah panggil banyak kali, tapi cik nampak busy. Saya ingatkan cik pekak tadi." kedengaran tawaan sumbang di hujung ayat buatkan aku rasa nak lari lalu kuncikan diri di dalam tandas.
Seo Yura! Kenapa kau menyundal depan orang ni! Sang hati mula memarahi diri sendiri.
Kelam kabut aku berlari mendapatkan telefon bimbit di pantri. Serta merta ruangan ini sepi. Sungguh aku terasa berat hati mahu berpaling kepada lelaki yang menegurku tadi. Bagaimana ya mahu bertukar badan dengan dinding sekarang? Jutsu apa yang aku patut baca?
YOU ARE READING
bad.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023