✨BAB 4

165 9 0
                                    

"Awak tahu?"Hanya itu sahaja aku menanya dan apabila aku nampak tatapannya kearah aku itu sedikit sinis aku sudah tahu jawapan.

"Okey kita tukar soalan. Papa saya ke bagitahu awak tentang saya?"

"Kau rasa?"

Lah kita tanya dia,dia tanya kita balik?

"Bila papa saya bagitahu awak?"

"Aku rasa dalam tiga minggu lepas."

"So kiranya masa kita terserempak dekat Paris tu awak buat-buat tak kenal saya ke?"

"Tak aku memang lupa,sehingga sekarang aku baru sedar orang yang langgar aku tu partner blind date aku sekarang ni. And one more thing, kau siapa aku nak kena ingat?"

Lily terus menggulingkan matanya keatas. Habis kau ingat kau siapa untuk aku?

Apabila makanan yang dipesan telah sampai di meja, mereka tanpa melenggahahkan masa makanan tersebut dijamah tanpa mengeluarkan sedikit suara.

Aku yang hanya melihat chicken grill itu terus mengambil pisau yang berada di sebelah pinggan.Jangan kau nak terbang eh ayam malu aku nanti.

Baharu sahaja aku mahu memotong chicken grill itu, pinggan aku sudahpun ditukar oleh Nik dan yang lagi membuatkan aku pelik chicken grill itu sudahpun dipotong secara kecil-kecil yang hanya mampu membuat satu suapan.

"Papa aku ada bagitahu yang kau lemah dalam bab-bab macam ni. Selalu papa kau atau adik kau yang buat untuk kau kan?"

Aku tidak teragak-agak untuk menganggukan kepalanya. Benda pun dah kantoi kita mengaku jela.

"Dah makan tak payah nak rasa terharu. Akuu takut melanting je ayam tu nanti."Setelah itu Nik terus melahap chicken grill tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Aku yang mendengar itu terus mengecilkan mata.Cehh ingat ikhlas tadi hampeh betul hmmmmmph.

"Thanks"Setelah itu aku terus mencapai garfu dan mencucuk kepingan yang berisi ayam lalu disua kearah mulut.Sedap!!

Okey kita makan dulu nanti kita sambung gaduh okey.

..............................................

Setelah selesai menghabiskan makanan kami terus keluar dari restoran.Nak buat apa lama-lama kan?

"Kau datang naik apa tadi?"

"Nak datang naik kereta tadi tapi papa tak bagi. Dia suruh naik grab."

"Dah tak payah buat muka sedih ingat aku nak layan kau. Tadi datang naik grab kan? Balik pun naik grab. Aku cau lu."Setelah itu Nik terus meninggalkan aku yang terpinga-pinga itu.

Aku yang melihat susuk badan Nik yang semakin jauh itu terus mengangkat bahu keatas.Apa ingat aku tak boleh nak berdikari ke ha?!

Aku terus mengeluarkan telefon dari beg tangan dan dengan cepat aku membuka aplikasi Grab.Baharu sahaja aku mahu memesan ada sebuah kereta Mercedes yang berwarna hitam berhenti di depan.

Aik?Order pun belum lagi ni macam mana boleh sampai ni?

Aku menundukkan badan sedikit apabila tingkap kereta itu diturunkan. Lahhhh dah kenapa tak balik lagi dia ni?

Aku mengangkat keningnya sebelah."Kenapa ada benda nak bagitahu saya ke?"

"Masuk la cepat tak akan nak aku bukakan juga pintu tu?"

"Lah tadi kata malas nak layan?"Haihhh tadi kata lain sekarang lain memang hidup mamat ni complicated ke?

"Eh banyak bunyi pula dia masuk jela kau jangan sampai aku heret kau!"

"Ishhhhh sabar la nak masuk la ni!"

Aku terus masuk kedalam kereta milik Nik itu dan menutup pintu sedikit kuat.

"Oiiii rosak kereta aku nanti!!"

"Rosak hantar baiki la apa susah."

Aku memandang pelik kearah Nik yang sedari tadi hanya memandangnya atas bawah.Dah apa pasal usya aku macam tu?

"Dah kenapa tengok saya macam tu?Jalan la cepat orang malas nak tengok muka awak la!!"

"Pakai la seatbelt tu kau ingat kalau kena saman nanti aku nak bayar dekat kau ke?"

Aku terus memutarkan matanya keatas.Cakap la lain kali kalau senyap bisu macam tu ingat aku boleh faham ke?

Aku terus menarik tali pinggang dan melilik ke badan."Dah pakai. Cepatlah gerak. Malas nak duduk dalam ni lama-lama dengan awak."

"Kau ingat aku nak ke duduk dengan kau lama-lama?"Setelah itu kereta milik Nik lantas memecut keatas jalan raya yang berkeadaan sesak itu.Hari minggu kan...

"Errr awak tahu ke saya stay mana?" Aku menayakan kepada Nik.Bukan apa mamat ni main bawa je bukan nak tanya aku stay mana kang bawa melencong tempat lain kan tak pepasal.

"Hmmm papa kau ada bagitahu tadi"

Aku hanya membulatkan mulutnya apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut si Nik.Papa ni kan kalau boleh semua nak bagitahu haihhhhh....

"Maksudnya papa dah ceritalah semua pasal saya dekat awak?"

Nik hanya menganggukan kepalanya sebagai jawapan. Aku memandang Nik seketika.Papa bagitahu semua ke pasal aku?Cuba test tengok?

"Kalau Papa dah bagitahu semua pasal saya mesti awak boleh jawab soalan yang saya nak bagi ni kan?"

Nik menayangkan senyuman sinis."Kau nak tanya apa cepat bagi."

"Okey saya paling tak suka apa?"

"Easy.Kau paling tak suka bila papa kau aturkan blind date untuk kau."

"Hoiii perli ke ha?!"

"Tak itu fakta bukan auta"

Aku terus menayangkan wajah yang sudah merah menahan geram.

"Okeylah saya tanya next soalan apa warna mata saya?"

"Dark brown.Kau tanya soalan macam tu budak 5 tahun pun boleh jawab.

Aku menganggukan kepala dan aku terus memandang kehadapan semula bersama satu senyuman sinis.Nampaknya papa tak cerita sepenuhnya tentang diri aku kepada Nik.

Agak-agak apa jadi ehh kalau dia tahu warna mata aku yang sebenarnya?

.........................................................................................

>TBC<

Heyyo! Gorgon dah berjaya saya tangkap! Tapi sekarang saya confuse? Nak kena buat apa ehh dengan gorgon ni? Nak bagi siapa?

Takpelah nanti kita fikir. Happy reading everyone! Muah love you💖







SECRET GIRL [COMPLETED]Where stories live. Discover now