s a t u

48.8K 107 0
                                    

"Ezra Natasha, go wash your face"

Terhenti lamunan aku bila nama penuhku dipanggil dengan begitu kuat oleh lecturer lelaki berbangsa Cina yang sedang mengajar di depan. Satu dewan pandang aku. Hilang terus angan angan aku tadi.

"Termenung ingat kat mat salleh semalam ke?" tanya Ruby kawan baikku yang duduk di sebelah kiriku.

Kami pergi ke kelab malam bersama semalam dan aku pulang mengikut seorang mat salleh yang berjaya menggoda aku. Malam yang memenatkan dan memuaskan kerana bukan selalu dapat meratah lelaki mat salleh walaupun hanya one-night stand. Tapi bukan itu yang aku menungkan.

"Bukanlah! Tengah fkir nak deco rumah baru aku macam mana" balasku lalu bangun pergi membasuh muka di tandas yang bersebelahan dengan dewan belajar.

Ya, rumah baru. Setelah 22 tahun aku duduk dengan daddy dan mummyku namun kali ini aku ingin berdikari. Walaupun mereka tidak kisah aku yang masih tinggal dengan mereka namun aku inginkan privacy aku sendiri. Maklumlah, senang nak berbuat apa pun hihi

~

"Sha, lepas ni kau kemana?" tanya Ruby setelah berakhirnya kelas durasi 3 jam tadi.

"Pergi IKEA kejap beli barang, then hantar dekat rumah baru and then balik rumah parents aku. Kenapa? Nak ikut ke?" balasku panjang. Rumah baru ku masih lagi belum siap, kerana itulah aku harus tidur di rumah ibu bapaku.

"Hmm tak kot. Ian tu ajak aku keluar jalan jalan" Juga seperti aku, Ruby juga berperangai seperti aku yang suka bertukar tukar 'teman' dan kali ini dia bersama dengan budak kelas sebelah yang telah menemani kami sejak dari malam tadi di kelab malam.

"Second round lah ni?" tanya aku sambil mencuit bahunya.

"Maybe..." jawabnya gedik sambil menguis hujung rambutnya

Pinn.. Pinn..

"Malam ni 8:30 tau babe! See you"

Sempat Ruby mengingatkan aku tentang double date bersama Ian dan seorang lagi temannya malam ini lalu meloloskan diri ke dalam kereta Ian yang datang mengambilnya di lobi Universiti kami.

~

Tepat pukul 8:30 malam aku sudah pun bersiap memakai satu dress simple berlengan panjang sehingga paras lutut berwarna hitam dan juga heels berwarna hitam yang akan aku padankan dengan satu hand bag kecil berwarna hitam. Temaku malam ini all black dan juga kerana itu adalah warna kegemaran ku.

Satu kereta berwarna navy blue menghampiri rumah keluargaku dan aku tahu ianya adalah kereta Ian yang bersama dengan Ruby datang mengambilku atas kerana aku malas untuk memandu pada malam ini.

~

Sesampainya di restaurant kegemaran aku dan Ruby kami terus bergerak ke meja yang selalu kami duduk iaitu menghadap KLCC.

"Kawan you tak sampai lagi ke Ian?" tanya aku kerana aku perasan masih kami bertiga sahaja di meja itu.

"Stuck jammed I guess" balas Ian bersahaja. Aku memang kurang berkenan sikit dengan perangai Ian yang poyo itu. Macam mana entah dia boleh melekat dengan si Ruby yang gedik itu.

Sesudah kami memesan makanan, tiba tiba..

"Eh Sha, tu bukan Sir Jay ke?" Tanya Ruby lalu aku hanya pandangnya sekilas sahaja. Sir Jay yang menegur aku pagi tadi di kelas dek kerana aku termenung di kelasnya.

"Dating dengan girlfriend dia kot" lalu aku sambung melihat Instagram di telefonku.

Sebab kenapa aku berkata begitu kerana pakaiannya yang nampak sangat kemas di mata aku. Walaupun aku hanya pandang sekilas namun dia tampak bergaya dengan baju kemeja kelabu yang disinsing dan juga seluar slack hitam. Sir Jay ni kalau tak sombong memang aku dah lama dah try dia. Umurnya pun aku rasa 3 atau 4 tahun je atas aku.

Tiba tiba kerusi disebelahku di tarik lantas ada seseorang duduk di situ.

"Meet my friend, Jay" kata Ian

"What?" Serentak aku dan Ruby ternganga memandang ke arah lecturer kami itu.

"Hi girls!" katanya sambil melambai tangan. Aku musykil habis dah ni. Apa kena mengena Ian dengan Sir Jay? Ruby tahu ke? Eh tapi dia pun terkejut juga.

"Sir dengan Ian-"

"Just call me Jay. Kita bukan dekat Universiti" potong Jay lalu sambung,

"Ian dengan I berjiran masa I duduk dekat Ampang dulu. That's why kami rapat. And knowing Ian now is with Ruby, I suggest four of us for a dinner because I got my eyes on you since our first class. Don't worry, it's my treat"

Aku dan Ruby mengganguk seperti burung belatuk menandakan kami faham akan penjelasannya. Tetapi nampaknya bukan aku sahaja yang berminat dengannya. Terus hilang aura sombong dia!

A B A N G [SLOW UPDATE!]Where stories live. Discover now