Chapter 24

64 1 0
                                    

Selepas makan malam , mereka ke ruang tamu kerana sudah menjadi kebiasaan adik-beradik itu selepas makan akan meluangkan masa bersama walaupun sekejap . Kaiser dan Haira meminta diri untuk masuk ke bilik , mahu berehat . Semasa menaiki anak tangga , Kaiser memegang tangan Haira dan dilihat oleh seketul Rayden . Dia hanya mencebik , ' tahulah dah kahwin , tak payahlah tunjuk depan orang single ' desis Rayden .

Sampai sahaja di dalam bilik , Kaiser terus mencari katil lalu merebahkan badannya ke atas katil . Penat ! Haira yang melihat hanya menggelengkan kepala seraya tersenyum . Penat sangat gamaknya . 

Apabila melihat Kaiser yang memejamkan mata , Haira duduk di birai katil . Dia hanya merenung wajah suaminya . Muka yang bersih tanpa adanya janggut dan misai . Mempunyai bulu mata yang sudah sedia lentik . Hidung yang mancung dan mempunyai seulas bibir yang berwarna pink natural , tanda tidak merokok .

Ralit merenung sehingga tidak sedar suaminya itu telah membuka mata dan bangkit dari duduknya . Haira mengaduh sakit apabila dahinya dijentik perlahan oleh Kaiser . Digosok perlahan dahi yang terasa sakit itu kemudian diganti dengan tangan kasar suaminya .  Dahinya itu tidaklah sakit mana cuma adalah sikit rasa peritnya itu bila jari jemari Kaiser menjentik dahinya . Jari dahla besar dari dia .

" Kacak sangat ke abang ni sampai abang panggil pun tak dengar ? " ujar Kaiser sambil menggosok dahi isterinya yang sakit kerana ulahnya . Itu sahaja cara yang terlintas di fikiran selepas beberapa kali memanggil isterinya tapi tidak menyahut . Kasar sangat ke ?

" Haa ? " Haira bingung seketika . Nak cover malu sahaja kerana sudah mengusyar suaminya ini . Tapi inikan suaminya , suka hatilah !

" Takpelah sayang abang , lupakan . Ni abang nak bagi tahu esok pagi kita balik kampung . Jumpa atuk dengan nenek " Terus bersinar mata Haira . 

" Betul ke ? "

" Iya sayanggg " tanpa ditahan Haira terus memeluk Kaiser sehingga menyebabkan Kaiser terpaksa menahan belakangnya dengan tangannya agar tidak terhantuk pada dinding . Dia gembira dan teruja untuk balik ke kampung . Mahu berjumpa dengan atuk dan nenek Kaiser . Dihari akad nikah dia tidak sempat berbicara panjang dengan atuk dan nenek . Hanya sempat berkenalan kerana atuk dan nenek perlu pulang dengan segera . Sempat atuk dan nenek Kaiser menitip pesan agar pulang ke kampung agar dapat mengenali Haira dengan lebih dalam .

Badan Kaiser yang mengeras akibat tindakan tidak terjangka itu . Baru sahaja mahu membalas pelukan , Haira telah meleraikan pelukan itu lalu meninggalkan Kaiser seorang diri . Haira masuk ke bilik wardrobe untuk mengemas pakaian untuk dibawa hari esok .

Terkebil - kebil Kaiser yang ditinggalkan di atas katil seorang diri. Dia baru sahaja mahu membalas pelukan isterinya itu . Sampainya hati Haira buat dia begini . Tapi tidak lama , bibir Kaiser mula terukir senyuman tipis . Geli hati dengan perangai si isteri , comel pun ya .

★ ۰ ໋࣭ ۰ ໋࣭★ ⋆.

Keesokkan harinya , selepas sarapan seawal jam 8 pagi mereka terus bergerak pulang ke kampung halaman Kaiser di Pahang . Gerak awal sampai awal . Rayden tidak mengikuti mereka kerana dia akan menjaga kafe . Ikutkan hati memang mahu ikut pulang tapi dia memberi peluang kepada abang dan kakak iparnya itu bercuti . Biarlah dia yang berkerja . Nanti dia kahwin , dia akan cuti selama mana yang dia mahu , KALAU KAHWIN .  Biar abangnya pula yang menjaga kafe . 

Lebuhraya Pantai Timur kelihatan tidak sibuk memandangkan hari ini waktu bekerja .Perjalanan mereka dihiasi dengan musik di corong radio Range Rover tersebut . Adakalanya borak kosong dan pertanyaan yang diajukan antara satu sama lain . Juga dihiasi dengan gelak ketawa mereka suami isteri . Sudah beberapa jam di atas highway , Kaiser memilih untuk berhenti seketika di RNR . Kaiser toleh ke sisi kirinya, lebih tepat isterinya sebelum bertanyakan soalan .

" Sayang nak ikut atau nak tunggu dalam kereta ? "

" Nak ikuttt " Haira menayang senyuman lebar sehingga tertutup matanya . 

" Alright , tapi sayang tunggu sekejap " Kaiser mematikan enjin kenderaan lantas keluar dari perut kereta dan melangkah menuju ke bahagian penumpang yang menempatkan isterinya . Dia membukakan pintu kereta untuk isteri tercinta . Terkebil - kebil Haira memandang Kaiser . 

" From now on my dear princess , I will open the door for you " Kaiser berkata manis seraya menghulurkan tangan kepada Haira . Semakin manis senyuman Haira , dia menyambut huluran suaminya lalu pintu kereta ditutup oleh Kaiser .

" Sayang ada nak beli apa-apa ke ? "

" Saya nak beli pau " Kaiser hanya menganggukkan kepala seraya mata diliarkan untuk mencari kedai yang menjual pau . Selesai membeli mereka meneruskan perjalanan yang masih berbaki dua jam .

Setelah beberapa jam akhirnya mereka tiba di kampung Kaiser . Kaiser memakirkan keretanya di halaman rumah atuk dan neneknya . Handbreak ditarik dan enjin dimatikan , Kaiser memandang Haira yang sudah tertidur . Ketika dalam perjalanan tadi bukan main mulut tak berhenti bercakap , tahu tahu tidur dah rupanya . Maklumlah ini kali pertama isterinya itu berjalan jauh .

Kaiser berkira-kira sama ada mahu mengangkat atau mengejutkan Haira . Tapi bila melihatkan Haira yang lena dalam tidurnya Kaiser memilih untuk mengangkat saja isterinya itu .  Sebelum itu sempat dia mengangkat beg pakaian mereka masuk ke dalam bilik . Kaiser mengusap lembut kepala isterinya sebelum berhati-hati mengangkat tubuh kecil isterinya itu . Atuk dan nenek yang menyambut kedatangan mereka itu hanya tersenyum . Mereka sangat suka apabila Haira menjadi cucu menantu mereka . Dia yakin Haira dan Kaiser mampu membahagiakan rumah tangga mereka . 

Kaiser berhenti di depan pintu bilik apabila melihatkan pintu bilik itu tertutup . Matanya turun memandang wajah jelita si isteri sebelum bersuara .

" Sayangggg... " meleret suara Kaiser memanggil Haira.

" Tolong abang buka pintu ni... " Haira masih lagi lena dalam tidurnya.

" Kekasih hati... Bukalah mata , tolong cinta hati bukakan pintu ni " Haira sedaya upaya menahan bibirnya dari tersenyum apabila mendengar Kaiser memanggil dia ' kekasih hati ' . Haira kemudiannya membuka sebelah matanya dan bertembung dengan anak mata Kaiser sebelum cepat-cepat ditutup kembali . Terkejut dia tereye contact dengan encik suami .

Kaiser melepaskan tawa kecil melihat telatah Haira . Ada- ada saja perangainya . Senyuman lebar juga terukir bila tangan kecil Haira mula mencari tombol pintu dengan mata yang tertutup . Ya Allah makin hari makin comel isterinya ini . Selepas pintu bilik berjaya dibuka , Kaiser meletakkan Haira di atas katil dengan berhati-hati . Dia memberikan sebuah ciuman di dahi isterinya sebelum mengusap kepala isterinya itu . Haira terus mencelikkan matanya . Haira hanya tersengih bila memandang Kaiser yang sudah mengangkat-angkatkan keningnya .

" Ingat abang tak nampak ke sayang terhendap-hendap dalam kereta tu ? Hmm sayang ? " Kaiser menunduk mendekatkan wajahnya dengan wajah si isteri sehingga meninggalkan ruang seinchi sahaja . 

" Alaa bukan selalu " Haira memuncungkan mulutnya . Jantungnya berdegup dengan laju apabila dia dapat merasakan hembusan nafas hangat Kaiser . Dia yakin mukanya sudah berubah warna kepada warna merah .

" Iyalah sayang iya . Apa-apa aje yang buatkan isteri abang ni gembira " tersengih suka Haira dibuatnya . Husband kita tak pernah tak sweet . 

Mereka keluar dari bilik , Haira ke dapur untuk membantu nenek menyediakan sedikit hidangan manakala Kaiser ke belakang rumah untuk melihat apa yang dilakukan oleh atuknya . 


Continued

Kekasih CandraWhere stories live. Discover now