× Last ×

124 8 6
                                    


Pagi hari sudahpun menjelma untuk para manusia yang mempunyai aktiviti harian tetapi hujan masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Masih lebat seperti malam semalam.

Dirumah seorang pelajar universiti yang bernama blaze, terlihat dia sedang membancuh coklat panas seperti biasa. Wajahnya masam mencuka, tiada senyuman ataupun reaksi.

Kakinya mula melangkah menuju ke ruangtamu, dua cawan coklat panas diletakkan ke atas meja kopi yang berada di depan televisyen.

Kriek..

Mata jingga itu memandang lekat pada seseorang yang selalu berada di depan rumahnya setiap kali hujan pada waktu pagi. Senyuman kecil mula terhias.

" Meh masuk, aku ada buat coklat panas untuk kau sekali " pelawa blaze.

Ice, remaja yang selalu berada di depan rumah itu hanya mengangguk pelan. Dia sudah terbiasa akan suasana itu.

^^^

[ 7:45am ]

" Kau tak sejuk ke ? Kenapa tak datang waktu hari tak hujan ? " Soal blaze hairan.

Ice hanya mendiamkan diri, tangannya mengenggam cawan yang coklatnya sudah tinggal separuh.

" Kau tak kerja ke atau belajar ? " Soal blaze lagi, tak putus asa.

Dia curious dengan remaja berpakaian biru itu, tentang kehidupan remaja itu. Bukan dia bermaksud untuk busybody tetapi hatinya yang berkata supaya bertanya kehidupan remaja itu.

" Ice taknak " jawab ice pelan.

" Taknak ? Kau tak mampu ya ? " Soal blaze lagi.

" M-maaf, aku tak bermaksud- "

" Ice nak cari seseorang " potong ice laju.

Blaze terdiam, dia mula teringat akan kata-kata taufan semalam.

" Ice nak tanya dia, kenapa ice tak ingat apa-apa " sambung ice lirih.

" Kau...pernah terlibat kemalangan ke sebelum ni ? Siapa orang tu ? " Soal blaze.

Mata biru aquamarine itu memandang tepat kearah manik mata jingga dihadapannya. Blaze terkaku apabila melihat manik malap itu. Hatinya mula berdenyut sakit.

Manik biru yang seperti menyimpan berjuta luka didalam. Blaze tidak berada di tempat ice tetapi dia dapat merasa apa yang remaja itu rasa.

" A-aku tak bermaksud untuk tambah luka pada hati kau. A-aku cuma ingin tahu. Cakaplah aku busybody pun tapi aku tak tahu kenapa aku nak sangat tahu tentang kehidupan kau ! " Ujar blaze serba-salah.

Ice tersenyum, cawan kaca itu mula berpindah keatas meja. Dirinya mengesot kearah blaze dan memeluk remaja jingga itu. Kepalanya digeleng pelan.

" Tidak apa. Ice faham, lagipun ice juga yang selalu datang sini " ujar ice lembut.

" Ice akan jawab satu persatu soalan blaze. Ice suka waktu hujan sebab tu ice selalu datang sini waktu hujan. Ice tak suka matahari. Ice taknak kerja atau belajar sebab ice nak cari orang tu. Satu-satunya orang yang berada di ingatan ice. " Ujar ice.

" Ice takde alasan untuk benci matahari. Ice hanya benci je " sambung ice lagi.

Mata jingga itu mula berkaca-kaca, hatinya terus berasa makin sebak sejak ice memeluknya. Dia terasa seperti dia sedang merindui pelukan itu.

Rain [Blice] (🐨) ✔️Where stories live. Discover now