Bab 51

91 8 0
                                    

(btw sebenarnya menggunakan bahasa korea tapi saya malas untuk translate jadi saya teruskan dengan menggunakan bahasa melayu.)

Korea, 2 petang.

Semua orang gaji sibuk menyediakan hidangan makanan di atas meja. Ada juga yang mengemas beberapa bilik dan ruang rumah besar itu.

"Buat apa?" tanya Encik Choi Hee Zwa.

Puan Na Hyun yang sedang mengatur gubahan bunga yang terhias di sebelah mejanya itu terus terhenti. Dia menoleh ke arah suaminya.

    "Saja." Selamba sahaja jawab wanita tua itu.

"Nak sambut kedatangan menantu ke?" Encik Zee Hwa tersenyum kecil melihat jelingan isterinya.

Macam lah dia tak tahu, Puan Na Hyun perlahan-lahan menerima Farah menjadi menantunya. Tapi dia tahu, Puan Na Hyun menyorokkan perasaan tersebut kerana ego.

"What's going on, eomma?!"

Satu suara yang membuatkan Encik Zee Hwa dan Puan Na Hyun menoleh ke arah pintu depan. Suara itu yang meriahkan lagi suasana rumah besar ini.

Daela mendekati ibu bapanya. Seketika, matanya melilau melihat sekeliling. Kelihatan banyak orang gaji sibuk melakukan kerja.

    "Kenapa ni?" tanya Daela sekali lagi.

"Abang kamu baru bagitahu yang dia bawa Farah tinggal di sini sementara dia pergi kerja," jawab Encik Zee Hwa.

Nak harapkan Puan Na Hyun yang menjawab, sampai tahun depan pun tidak. Daela yang mendengar itu terus tersenyum lebar.

"Arghh yes! Ada kawan lah Daela minggu ni," balas Daela.

    "Kalau takde, sofa pun tak sempat panas. Yelah, asyik pergi keluar berhibur je," perli ayahnya.

Daela tersengih kecil. Matanya beralih pada ibunya yang sedang sibuk menguruskan bunga-bunga yang menjadi hiasan.

"Kenapa tiba-tiba je eomma kemas benda alah macam ni?" tanya Daela.

Pelik betul dengan perangai mamanya. Dia tahu, mamanya seorang yang malas kalau bab-bab mengemas ni. Kalau bab-bab memasak untuk suami, dia rajin.

   "Takde apa lah. Pergilah rehat sana, baru balik kan?" Puan Na Hyun seakan menghalau anaknya yang sibuk bertanya apa yang dia lakukan.

Encik Zee Hwa mendekati Daela. Dia ingin membisikkan sesuatu kepada anak bongsunya. Hal ini perlu diberitahu.

   "Mama kamu dah terima Farah jadi dia pun sibuk kalau Danny datang hari ni. Tapi dia ego, pura-pura tak suka," bisik Encik Zee Hwa kepada anaknya.

Daela terkilan. Seketika dia terus tertawa kecil. Perlahan kepalanya mengangguk laju. Sekarang baru dia faham.

"Kalau datang sini cuma setakat nak mengumpat, pergi tempat lain lah. Jangan kacau saya nak buat kerja," ujar Puan Na Hyun setelah lama mendiamkan diri.

Dia membawa pasu bunga sebelum mengerling sekilas ke arah suaminya. Beri malu je kalau orang nampak yang dia ni baik. Dia jahat tau!

Daela dan Encik Zee Hwa hanya ketawa. Mereka nampak wajah malu Puan Na Hyun apabila dikatakan begitu. Malu lah tu, jadi baik.

   "Daela nak pergi keluar beli barang untuk Kak Farah petang ni, papa nak ikut?" tanya Daela.

"Kenapa tak ajak mama?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Dia macam tengah sibuk, mesti tak nak," jawab Daela.

    "Papa ada meeting petang ni so tak boleh teman Daela. Papa gerak dulu," balas Encik Zee Hwa.

Suamiku, Mafia SepetWhere stories live. Discover now