BAB 01

156 5 0
                                    

BUNGA-BUNGA yang baru tiba di kedainya tadi disusun cantik mengikut jenis. Rasanya petang nanti pun ada stok bunga, jadi dia malas ingin membebankan para pekerjanya dengan memberi banyak tugasan.

Dia tersenyum puas apabila melihat hasil kerjanya yang rapi. Usai sahaja dia puas dengan susunan bunga tersebut dia terus berlalu ke dalam bilik kerjanya. Pada masa begini tiada pelanggan yang datang dan pekerjanya juga belum tiba lagi. Jadi, eloklah dia berehat dahulu.

Dia menghenyak punggung ke atas kerusi kerjanya. Dipusing ke kiri kenan kerusi tersebut. Badannya disandarkan lalu kepalanya di dongakkan ke atas.

Seketika dia teringat ahli keluarganya yang berada di kampung. Sejak dua menjak ini dia agak sibuk sehingga dia susah untuk pulang ke tempat asalnya.

Dia memandang bingkai gambar yang berada di atas meja kerjanya. Terdapat gambar semua ahli keluarganya. Jujur dia rindu. Lagi-lagi pada adiknya yang bernama Hud Qay Althaf, kerana sudah 4 bulan dia tidak bertemu dengan Qay atas sebab Qay perlu menjalankan tugasnya sebagai seorang perwira negara.

Tok! Tok! Tok!

Dia memandang ke arah pintu pejabatnya apabila pintu tersebut diketuk dengan keras.

"Masuk!" Arahnya. Menerima sahaja arahan dari Dara, dia terus menguak pintu tersebut.

"Ha! Wat gapo tu?" Soal Nadia sambil tersenyum manis.

Dara membalas senyuman tersebut. Dia fikirkan siapalah tadi. Rupanya Nadia, sepupu rapatnya.

Nadia berjalan memasuki bilik tersebut dengan penuh keriangan. Ditangannya terdapat beg kertas yang berisi makanan untuk sarapan. Dengan selamba Nadia terus melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Dara. Memanglah selamba Nadia ni dah macam kembar Dara. Lahir pun beza berapa hari je. Tinggal pun serumah.

"Nah! Ambik ni. Then, you eat! You tak eat, I slap you."  Ujar Nadia lalu menghulurkan bungkusan kertas tersebut kepada Dara.

Dara menyambut huluran beg kertas tersebut dengan sengihan. Lalu dia membuka beg kertas tersebut untuk melihat isinya. Terdapat sandwic dan susu kotak kecil.

"Terima kasih, Nad." Ucap Dara berterima kasih kepada Nadia. Namun, beg kertas tersebut di letakkan nya kembali di atas meja. Nadia memandang tidak puas hati wajah sepupunya itu.

"Aku tak lapar lah, Nad. Petang nanti aku makan ye?" Beritahu Dara tatkala wajah sepupunya itu sudah berubah seperti ingin menyinga.

Bukan dia tidak menghargai pemberian tersebut. Tetapi dia langsung tiada selera. Sudah berapa lama dia tidak sarapan kerana tiada selera. Sejak mengambil alih tempat Puan Embun, dia langsung tiada masa untuk beraktiviti seperti orang lain. Sibuk saja memanjang. Mengawal dua syarikat dalam satu masa? Itu bukan minatnya, namun dia terpaksa.

"Eh, tak payah makan. Buang je. Aku penat beli kau sedap je nak makan petang nanti. Takde-takde... Kau makan sekarang!" Arah Nadia. Dara ni bukan boleh percaya. Silap-silap basi makanan tu kalau dibiarkan tidak tersentuh.

Dara mencebik. Sumpah dia tiada mood sekarang ni. Dara memandang wajah Nadia dengan reak kesian. Mengharapkan belas ihsan sepupunya itu.

"Makan! Aku suruh makan je Dara. Bukan masak! Hish, lantak kau lah!" Nadia beralah. Entah apa yang liat sangat sampai suruh makan pun susah!

Nadia dengan wajah cemberut bangun dari duduknya. Malas ingin bercakap dengan orang yang jenis kepala batu ni. Ada saja benda nak melawan.

"Wat lek wat peace. Kau tenang-tenang sudah. Ye, aku makan." Bungkusan tersebut terus dibuka lalu dia mengeluarkan sandwic tersebut. Plastik bungkusan yang membaluti sandwic dikoyakkan olehnya. Lalu dia memasukkan sandwic tersebut ke dalam mulutnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia... Pemilik Hati Tuan ArmandWhere stories live. Discover now