Cinta Miliknya-3

128 4 0
                                    

"Nak kucing. Hurmm" aku memandang kearah Chinta yang sedang mengigau itu. Aku mencangkung disebelahnya.

"Cinta nak sangat ke kucing?" Aku mengusap kepalanya.

"Hurmm" dia memeluk leherku menyebabkan jarak mukaku dan jarak mukanya sangat dekat.

"Hmm" Chinta membuka matanya perlahan-lahan lalu membesarkan matanya. Dia lantas bangun dan mengambil bantal dan dibaling ke arahku. Nasib sempat tangkap.

"Awak nak buat apa dekat saya? Ohh gatal eh awak ni" aku menggeleng laju.

"Ehh tak tak bukan, biar saya explain" aku mula menceritakan kejadian tadi dari a sampai z.

"Hmm you sure?"

"Iya sumpah demi Allah saya tak akan buat macam tu" Chinta mengecilkan matanya.

"Okay and..." aku menunggu respon Chinta.

"And...?"

"Saya nak kucing" aku mengeluh kecil. Stres juga dapat isteri macam ni, badan kecik pun susah nak jaga.

"Saya akan fikirkan ye cinta sayang" aku bangun dan pergi ke bilik tidur. Aku mengambil kalendar yang ada di atas meja di dalam bilik itu.

"Hmm birthday dia minggu depan jadi..." aku berfikir sejenak, betulkah keputusan aku ni? Entah aku sendiri pun tak tahu.
___________________________

Aku harini bangun awal, you know what day is it today? My birthday!

"Fifi fifi fifi!" Aku menepuk-nepuk badan Adam yang sedang tidur itu.

"Hmm yee" Adam duduk di birai katil dan menggosok-gosok matanya.

"You know what day is it today!?" Aku menjongket-jongketkan keningku. Adam mengangguk.

"Hari khamis" terus down aku.

"Birthday awak. Happy birthday cinta" Adam menepuk-nepuk tangannya dengan mukanya yang baru bangun tidur itu.

"Wah awak ingat? Hehe thank you thank you, saya pergi mandi dulu pastu saya pergi kerja! Awak hantar ye" aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik air.

"......k" Adam tidur balik.

Selepas selesai mandi, aku keluar dari bilik air.

"Masih tidur budak ni?" Aku mengambil segayung air dan merenjis-renjiskan air ke mukanya.

"Hurmm janganlah"

"Bangun bangun. Nak pergi kerja" Adam bangun dan mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu.

Selepas selesai semua, kami masuk ke dalam kereta dan pergi kerja.

Bila sudah sampai di depan restoran tempat aku kerja, aku menyalam Adam dan keluar dari kereta. Aku masuk ke dalam restoran itu. Customer tak ada lagi, yelah siapa je yang nak datang pukul 9 pagi ke restoran mewah? Aku.

"El!" Shazwana menarikku pergi ke dapur.

"Ana kenapa ni?"

"1 2 3" amende dia kira ni? Ada kumbang ke dekat tudung aku?

"HAPPY 23rd BIRTHDAY CHINTA ELYANA!!" Semua kawan kerjaku menyanyi lagu happy birthday kepadaku.

"Awww thank you guys. Dah jom siapkan bahan-bahan untuk memasak" mereka semua memandangku dengan muka terkejut.

"Biar bethol ko ni. Punyalah kitorang practice banyak kali, ko bagi respon gitu je. Tch tch tch" aku cuba untuk menahan gelakku.

"AHAHAHAHAHHA SIOTLAH. Aku tipu je, janganlah koyak, kalau boleh aku taknak kerja sehari tau tak!?" Mereka hanya diam memandang kebelakangku. Tetiba rasa macam buku roma naik pula. Aku pusing kebelakang. Gulp!

Cinta MiliknyaWhere stories live. Discover now