Pagi itu, Haziq dan Athif jalan beriringan menuju ke bilik mesyuarat. Tiba disitu, mereka bersalam dengan Syafiq, Khairul dan Arman, rakan seunit mereka. Athif mengambil tempat disebelah Khairul manakala Haziq mengambil tempat bertentangan dengan Athif disebelah Arman.
Mereka berlima bangun serentak dan mentabik hormat kepada Syamsul Bin Shahrin, Ketua Polis Bukit Aman. Kemudian serentak mereka duduk.
"Orang kita sudah dapat mengesan markas pembuatan syabu milik Rico" kata Tuan Syamsul.
"Dekat mana tuan?" Soal Haziq.
Mereka yang lain juga tertunggu-tunggu jawapan yang bakal diberikan. Sudah lama mereka mengesan markas Rico, tetapi lelaki lingkungan 50-an itu licik, dia dan orangnya buat kerja dengan pantas dan tiada sebarang kesan ditinggalkan. Sukar untuk pihak polis mengesan kedudukan mereka.
"Sentul"
"Saya tak nak kamu semua berlengah. Saya nak Athif mengetuai pasukan ini. IPD Kuala Terengganu akan menghantar dua orang inspektor untuk membantu kita" kata Tuan Syamsul tegas. Mereka akur dengan arahan Tuan Syamsul tanpa ada sebarang bantahan.
Mereka keluar dari bilik mesyuarat sebaik mendengar maklumat yang telah diberikan. Masing-masing menayangkan muka gembira apabila tidak lama lagi Rico dan kuncu-kuncunya akan ditangkap.
"Akhirnya, Rico akan kena tangkap juga" kata Arman dengan sebuah senyuman. Senyuman buat misi mereka kali ini akan berakhir tidak lama lagi setelah beberapa bulan untuk mengesan Rico. Yang lain turut menyokong.
"Suka-suka juga. Kita tak tahu apa akan jadi nanti, yang penting kita kena bekerjasama" kata Athif. Dia sudah memberikan kata semangat untuk rakannya yang lain.
Haziq duduk termenung dihadapan komputernya, dia bermain dengan pen yang berada ditangan. Dia tersentak saat bahunya ditepuk oleh seseorang. Pen yang berada ditangan jatuh keatas meja.
"Kau fikir apa tu? Jauh termenung" soal Athif ingin tahu.
"Areen..." balas Haziq ringkas dalam nada suaranya yang perlahan. Athif berkerut.
"Kenapa dengan dia?"
Haziq memandang tepat wajah Athif. Mukanya langsung tidak ada senyuman. Dia memperbetulkan kedudukannya.
YOU ARE READING
Tetap Dia Di Hati
General FictionHaziq Uqasyah × Ariana Syereen × Athif Azreen Hanya mempunyai hubungan sama seperti abang dan adik. Dia diamanahkan oleh ayah gadis tersebut untuk menjaga anak perempuannya sampai bila-bila. "Abang janji abang akan jaga dan sayang Areen sampai bila...