Tolong tarik nafas dalam-dalam, dan baca dalam keadaan tenang :)
*****
"Saya tak goda sebab saya memang dah attractive." Kaley mengibaskan rambutnya ke belakang."Ye la tu," usik Razeen sambil menggeletek tubuh Kaley.
Kaley yang kegelian berlari melepaskan diri. Seronok mereka ketawa sambil berkejaran di sekeliling ruang tamu seperti pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Langsung mereka tidak hirau akan sebarang masalah.
"Kalau awak dapat saya, you can have me tonight," cabar Kaley.
"Betul?" Razeen yang berdiri jauh dua meter dari Kaley mengukir senyum nakal.
"Of course, sayang. You know I'm here because of you. So, deal?" Kaley sudah bersedia untuk menguji stamina Razeen.
"Betul ni? Tak menyesal?" soal Razeen sambil berjalan perlahan mendekati Kaley. Meskipun wanita itu cuba menjauhkan diri tetapi Razeen masih dengan rentak yang sama. Dia tahu lambat atau cepat dia akan dapat juga Kaley.
"Why should I?" Kaley menjongketkan bahunya.
Razeen tertawa halus. Pandai Kaley jual mahal.
"I know you want me too, sayang. Tak payah nak lari sangat. You know when I get you, I will never let you go." Razeen masih berjalan mendekati Kaley.
"I hope so."
"Then, come here." Razeen mendepakan tangannya.
Kaley menggelengkan kepala. Dia tetap mahu bermain dengan Razeen.
"Then, I have no choice." Sepantas kilat Razeen berlari menerkam tubuh Kaley. Dia sudah jangkakan bahawa dia mampu mendapatkan Kaley dengan mudah.
Kaley menderaikan tawa besar saat dia di dalam dukungan Razeen. Akhirnya, mangsa sudah sudah tewas di tangan pemangsa.
"I told you I will never let you go." Razeen ketawakan Kaley sebelum meletakkan Kaley di atas sofa.
Kaley bersandar pada kepala sofa sambil bertatapan mata dengan Razeen. Tubuhnya dikunci kiri kanan oleh tangan kekar Razeen. Masing-masing masih tertawa keseronokan.
"Should I?" soal Kaley sambil menunjuk hoodienya.
"Or... Should you?" Kaley aju soalan lagi kepada Razeen.
Razeen bukan sejenis yang penyabar kalau bab ini. Lagi-lagi Kaley kelihatan sangat menawan di matanya saat ini.
Baru berkira hendak menanggalkan pakaian Kaley, sebiji penumbuk sudah melekat pada pipi Razeen. Sekelip mata tubuh Razeen terpelanting jatuh ke atas lantai. Dua pasangan sejoli itu tergamam melihat kehadiran Sofea yang entah datang dari mana.
"Kau memang jantan sial! Kau memang sial!" pekik Sofea sebelum bertindak menyepak abdomen Razeen. Mengerang kuat sepupunya menahan sakit.
Kaley tidak sampai hati melihat keadaan Razeen begitu. Dia lantas berlutut di sisi Razeen. Sedih dia melihat kekasihnya diperlakukan sebegitu.
"Sayang... Are you okay?" Kaley memangku tubuh Razeen. Wajah Razeen yang sedang menahan sakit itu dia usap.
"Kau pun sama tak guna!"
Pang!
Tergamam Kaley apabila wajahnya turut menjadi sasaran gadis di hadapannya. Dia tidak kenal siapa gadis itu tetapi dia yakin gadis itu sudah gila.
"Kau sanggup buat Bunga macam ni, Zeen? Bini kau tak ada dekat rumah, kau bawa betina lain? Kau dah berzina, Zeen," marah Sofea. Menitis air matanya menandakan betapa kecewanya dia terhadap Razeen.
YOU ARE READING
Akhiri Derita Ini
RomanceBertemu tanpa sengaja untuk pertama kali telah berjaya membuatkan Bunga Sumayyah menanam rasa benci terhadap sikap Razeen Iman yang biadap. Dia sangka lelaki bandar itu hanya pulang untuk menghadiri kenduri tahlil datuknya ternyata disuruh menjaga n...